Thursday, May 6, 2010

aku sayang mak aku

hari ni bawak bekal pulut + sambal ikan bilis dengan nasi goreng. hebat tak, 2 bekal sekali gus. huhuhu. semua ni mak aku yang masak dan sediakan. hari-hari aku g keje mesti bawak bekal. dan selalunya aku tak pernah tahu pun apa aku bawak. sampai opis bile nak makan, baru aku tau apa bekal aku hari ni. hehe. sebabnya, setiap pagi aku turun je dari tingkat atas, kat atas meja tu dah siap sedia dah bekal aku dalam beg kertas. aku just amik je beg kertas tu dan terus keluar g keje. kompem la aku salam mak aku dulu sebelum aku keluar.


untungnya aku sejak keje kat seremban dan tinggal dengan mak aku. sebenarnya aku tinggal kat rumah abang aku. mak aku memang tinggal kat rumah abang aku sejak awal tahun 2008 lagi iaitu sejak arwah isteri abang aku meninggal. aku pulak tinggal kat rumah abang aku sejak aku dapat keje kat seremban ni la iaitu awal bulan 10 2009. ikutkan dari jarak rumah ke tempat keje, lebih baik aku tumpang rumah kakak aku kat taman panchor jaya. tapi memandangkan aku ni 'anak emak', kat mana mak aku tinggal kat situ la aku nak tinggal. huhuhu. so, tak jadi masalah aku berulang jauh sikit. alah, takde la jauh mana pun. still dalam kawasan seremban gak.

tapi aku takde la nak amik kesempatan tinggal dengan mak aku nak mak aku sediakan bekal dan masak hari-hari. sebab masa tinggal kat damansara sensorang dulu, aku pun dah biasa jarang makan dan masak sekali sekala. kadang-kadang pagi-pagi aku masak untuk bekal aku sendiri ke opis. tapi tu dulu lah masa aku tinggal kat damansara. sejak tinggal dengan mak aku , semua mak aku buat. huhuuh. tau-tau je lauk dah masak dan bekal dah sedia. macam mana la aku tak cepat gemuk. huhuhu. dan lagi satu, baju aku pun mak aku lipatkan dan simpan dalam almari. aku dah pesan, baju aku tak payah lah mak lipat. nanti aku lipat sendiri bila balik keje. tapi mak aku lipat gak. katanye, alang-alang dia tengah lipat baju, dia lipat la baju aku sekali. bukan tu je, baju-baju aku pun mak aku iron kan. tau-tau je baju-baju aku dah licin bergosok dan bergantung kat tepi tangga. keje aku pagi-pagi lepas mandi, g amik baju yang dah beriron untuk dipakai. hihihi. bab mengiron baju ni aku mengakulah, aku memang malas iron baju. tapi nak tak nak aku memang iron jugak baju. tapi mak aku selalu tak puas hati cara aku iron baju. tu pasal mak aku amik keputusan ironkan baju aku. entahlah, bagi aku asal licin je baju tu kira ok la. tapi mak aku lain lak caranya. nak kena ada skill-skill tertentu. huhuhu.
sampai skang aku tido dengan mak aku lagi. huhuhu. sebabnya aku takut tido sensorang. kih kih kih. dari aku kecik sampai la aku besar ni, aku tak pernah kena marah dengan mak aku. huhu.

tak lama lagi hari ibu. apa ye aku nak buat tahun ni. tiap-tiap tahun memang kiteorang adik beradik akan sambut hari ibu. selalunya wat surprise untuk mak aku. buat majlis senyap-senyap. belikan kek sorok-sorok. beli hadiah senyap-senyap, pastu surprisekan mak aku. tahun ni nak buat sama gak ke? atau lain sket. memandangkan hari ibu tahun ni jatuh pada hari aku kahwin, kira sambut hari ibu masa tu skali la. kira pakej la. hehehe. apalah sangat hadiah dan surprise tu berbanding dengan apa yang mak aku dah buat untuk kami adik beradik selama ni. apepun, aku sayang sangat mak aku. tanpa mak aku, siapalah aku ni. masa arwah ayah aku meninggal patahlah sebelah sayap aku. tapi mak aku besarkan aku dengan hanya sebelah sayap yang kemudiannya menjadi sepasang sayap. huuhuhu. apo aku merepek ni. tiba-tiba aku emo lak ni. sedih lak tiba-tiba. aku sayang mak aku walaupun kadang-kadang aku ni tak betul. huhhu. tu je...

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails