terdapat tambahan peta pada kad jemputan aku di mana aku terlupa nak letak direction dari tol untuk yang datang dari arah KL / Melaka / Johor atau mana-mana yang perlu masuk tol untuk sampai ke seremban. so, kat sini aku upload kad jemputan bersama peta tambahan tersebut. cara nak baca peta (pada sesiapa yang perlu melalui tol) ialah:
1. tengok direction pada peta tambahan dulu iaitu dari masuk tol senawang. tengok sign board betul-betul ye kat hiway tu. exit kat TOL SENAWANG tau BUKAN tol seremban atau port dickson. tapi kalau memang terer jalan-jalan kat seremban ni dan nak exit kat tol seremban/ labu atau seremban/port dickson boleh la berbuat demikian.
2. pastu kat bahagian yang aku tulis 'ikut peta pada kad jemputan' terus tengok peta kad kad jemputan lah maksudnye. huhuhu. tu maknanya dah masuk kawasan dekat2 rumah pengantin dan boleh ikut peta pada kad. kat peta tu aku tunjuk dua arah. mana-mana arah ikut pun mesti akan sampai punya.
3. insyaallah, sepanjang perjalanan tu nanti akan ada papan tanda tunjuk arah ke rumah pengantin. tapi tengok nama pengantinnya betul-betul. jangan ikut arah rumah pengantin lain lak. huhuhu.
4. rasanya aku dah hantar kad pada semua kawan-kawan aku yang reply msg aku mintak alamat. ada yang aku dah bagi by hand. dan disebabkan kad tidak mencukupi, ada yang aku invite kat facebook. ada ke yang tertinggal? huhu
klik pada gambar untuk paparan lebih besar |
klik pada gambar untuk paparan lebih besar |
No comments:
Post a Comment