aku terlalu busy buat programming hingga takde masa nak bukak blog, apatah lagi nak update blog. namun, hari ni aku ambil kesempatan jugak nak update. sebabnya, ada sesuatu yang ingin aku coretkan. huhuhu.
Thursday, September 30, 2010
Thursday, September 23, 2010
aku jatuh lagi
fuhhh...baru dapat bernapas dan rilek sket. sibuk menyiapkan sistem sebab nak livekan hari ni. patutnya minggu lepas lagi kena livekan tapi minggu lepaskan masih dalam mood cuti raya lagi. lagipun ada beberapa form yang nak kena betulkan supaya tak mendatangkan masalah dikemudian hari. tapi bukan boleh rilek terus ni. pasni nak sambung buat sistem lain pulak. Ya Allah...banyaknya keje aku. beberapa hari ni pun asik tido lewat je dan kompem pagi2 bangun pun lewat. bukan saje, tapi memang tak sedar. nasib baik tak merah attendance. sipi-sipi je. huhuhu.
Labels:
my life
Friday, September 17, 2010
hari kejatuhan wildcutecat
hari rabu (15/9/2010) merupakan hari yang mencemaskan, menyakitkan dan melucukan bagi aku. aku sudah pun mula bekerja sejak hari isnin (13/9/2010) lagi. senyap sunyi dan lengang je opis dari hari isnin sampai selasa tu. cuma hari rabu dah ramai sket yang dah mula datang keje. tapi bukan ni yang aku nak citer. ni mukadimah je.
Labels:
my life
Tuesday, September 14, 2010
biasa-biasa je raya aku
hari ni dah hari raya ke 5. dan aku sudah pun mula bekerja sejak semalam lagi (isnin). amik cuti lama-lama pun bukan buat ape. duduk rumah je. baik pegi keje. boleh gak jimatkan cuti rehat untuk kes-kes emergency nanti. citer raya aku biasa je. sama macam orang lain jugak. hari raya salam salaman, pastu makan nasi impit dengan kuah kacang serta rendang daging. walaupun time bukan hari raya pun mak aku selalu masak je kuah kacang dan rendang daging, tapi masa hari raya tetap nak makan jugak walaupun dah selalu makan. kan aku pernah buat entri sebelum ni tentang rendang daging mak aku yang sedap tu. kalau dah sedap, buat hari-hari pun tetap nak makan jugak ^_^.
Wednesday, September 8, 2010
antara sakit kaki dan menjadi puteri
setelah meng EL kan diri selama 2 hari, hari ni aku kembali ke opis. keje aku sejak pregnant ni asik MC dan EL je kan. puncanya aku EL bukan sebab deman atau morning sickness lagi. muncul pulak sakit lain yang biasa di alami oleh ibu ibu mengandung (orang yang cakap). sepanjang sabtu ahad yang lepas, aku sihat walafiat je. menjalankan kehidupan seperti biasa.
Friday, September 3, 2010
percubaan pertama
malam hari isnin yang lepas (30/8/2010), untuk pertama kalinya aku buat kuih raya sendiri. minggu sebelumnya, bersungguh-sungguh aku google resepi kuih sarang semut dan nestle cornflakes. tahun-tahun sebelumnya memang aku pernah buat kuih raya, tapi aku tolong mak aku tak pun tolong kaktih. tapi tahun ni, aku teringin nak buat sendiri. bolehlah aku bagi mak aku rasa kuih raya yang aku buat pulak setelah hampir 28 tahun makan kuih raya yang mak aku buat je. hihihi.
Thursday, September 2, 2010
berbuka di klana resort
bahagia betul sejak keje gomen ni. banyaknye jemputan berbuka puasa kat hotel. semalam, aku berbuka puasa di hotel klana resort, seremban. turut serta ialah encik capo grande dan staff di UPTM bersama keluarga masing-masing. aku turut mengajak emak, lida dan kakngah untuk turut serta berbuka di klana resort. bila cakap pasal berbuka puasa ni, tak lain dan tak bukan mesti ceritanya pasal makan, makan dan makan. berapa banyak yang aku makan, usah dipersoalkan. huhuhu. oleh itu, aku letak je gambar yang kami ambil semalam.
aku MC lagi
semalam aku MC. sebabnya, bangun-bangun dari tido terus rasa pening kepala dan nak muntah. bila alarm dah berbunyi pukul 6.15 tu memang dah stat pening. aku pun tido la lagi 15 minit kot-kot hilang lak pening tu. dah pukul 6.30 pagi pun pening lagi. 6.35 pagi...masih tak berubah. 6.40 pagi...aku masih terbaring lagi menunggu adakah pening dan loya akan berkurang. kalau dah berkurang, aku bangunlah pergi mandi dan siap-siap pegi keje. 6.45 pagi terus aku kejut encik capo grande suruh dia bangun pegi mandi. dia pulak berdolak dalik suruh aku yang mandi dulu. ewah....ewah...kalau aku nak mandi dulu, kompem aku dah bangun pukul 6.30 pagi tu. memang setiap hari pun aku yang bangun mandi dulu. huhuhu. sebabnya aku kejut dia mandi sebab aku dah kompem tak pergi keje sebab kepala berpusing-pusing.
Labels:
my life
Subscribe to:
Posts (Atom)