setelah meng EL kan diri selama 2 hari, hari ni aku kembali ke opis. keje aku sejak pregnant ni asik MC dan EL je kan. puncanya aku EL bukan sebab deman atau morning sickness lagi. muncul pulak sakit lain yang biasa di alami oleh ibu ibu mengandung (orang yang cakap). sepanjang sabtu ahad yang lepas, aku sihat walafiat je. menjalankan kehidupan seperti biasa.
tiba-tiba malam hari ahad tu, kedua kaki aku teramat-amatlah sakitnya hingga nak gerakkan kaki pun aku tak sanggup sebab sakit sangat-sangat. sakit dari pangkal peha hingga ke tapak kaki. rasa macam terseliuh tapi tak logik pulak sebab aku tak terjatuh pun. jadi aku baring je atas katil sambil cuba angkat kedua kaki. tapi tak boleh...serius sakit sangat. aku nak berensot pon sakit sebab pinggang aku turut sakit.
oleh itu terpaksa minta tolong en capo grande memapah aku ke toilet sebab kaki betul-betul sakit bila nak bergerak apatah lagi hendak memijak untuk melangkah. pagi esoknya ketika sahur kaki masih sakit lagi. terpaksa berjalan berdengkot-dengkot (betul ke perkataan ni???) untuk ke dapor. tapi rasa ok sket berbanding sebelum tido malam tu sebab langsung tak boleh jalan. lepas sahur macam biasa lah, tido balik. ingatkan bila bangun pagi nak g keje sakit kaki dah ok. tapi jadi teruk balik. jadi aku ELkan diri je. macam mana nak pegi opis kalau nak berjalan pun seksa???en capo grande juga dengan rela hati mengELkan diri dia sebab sape nak tolong angkut aku ke bilik air atau amik apa-apa kalau aku perlukan apa-apa? takkan mak bapak mertua ku nak mendukung aku yang ringan ni ke bilik air? huhuhu.
pagi hari selasa pon sama. kaki masih tak elok lagi walaupun petang isnin tu dah menunjukkan ciri-ciri akan elok. dari sakit kaki, terus cram. jadi, aku terpaksa EL sehari lagi sebab kaki masih sakit untuk berjalan. tapi hari ni walaupun kaki masih sakit, tapi tak seteruk 2 hari lepas dan aku boleh berjalan seperti biasa. cuma nak berlari tu kena fikir 8 kali kot. kalau tak, beraya atas katil je aku nanti. huhuhu.
seronoknya aku 2 hari EL ni sebab dapat jadi puteri kejap. nak amik atau suruh apa-apa, order je, pasti encik capo grande tunaikan.
"abang nak air"
"abang, tolong sidai baju"
"abang, tolong buat susu anmum"
"abang, nak itu..."
"abang, nak ini..."
"abang, nak bla bla bla..."
huhuhu
disebabkan aku dah EL 2 hari ni, cuti aku semakin berkurang...rasa macam nak cancel je cuti raya ni untuk ganti cuti yang aku terpaksa EL tanpa dirancang 2 hari ni.
5 comments:
mcm seksa je dgr kak..
tp takpe la...
skg susah,,akan dtg senang plak..
sape tau kn..=)
kalo tak sakit pn,,wt je sakit..
cnfirm jd puteri g..
huhuhu
ble lg nk dpt cmtu
kn..kn...kn......
bagus gak cadangan lin tu. boleh dipertimbangkan. time ni la nak jadi puteri kan kan. hehehe :D
boleh suruh dayang tu sediakan makanan untuk patik? patik ingin bersantap... hahaha.. layanan bagaikan puteri..
sakit tu hilang gitu jer ker?
mesti best jadi tuan puteri kan?
mekchu: hahaha. tu kena cakap sendiri la kat 'dayang' tu.
yana: sakit tu tak hilang begitu saja tapi berkurang je. pastu nanti sakit tu datang balik bile2 dia suke. huhuhu. memang best jadi tuan puteri. hihi
armouris: tq 4 d info
Post a Comment