sejak pregnant ni, tempat yang selalu sangat aku berkunjung ialah tandas. tak kiralah kat rumah, opis, kat shoping complex, kat stesen minyak atau r n r, pasti tandas tempat yang wajib aku kunjung. bukan apa...memang kerap sangat nak terkencing walaupun tak sampai 5 minit baru terkencing. kadang-kadang baru je keluar tandas, terus bergegas masuk balik sebab dah rasa nak kencing. malah, kalau tengah on d way g mana-mana yang lalu hiway, pastinya aku nak singgah r n r sebab tiba-tiba nak kencing. bukan boleh ditahan-tahan. tiba-tiba je nak keluar.
aku bukan nak citer pasal kencing kat sini. tapi ada kaitan lah. seperti yang semua orang tahu, tandas dan licin tak boleh dipisahkan. hari ahad lepas balik dari family day hari tu, kiteorang tengok wayang kat mbo. sementara tunggu wayang stat, aku pun nak ke tandas sebab ada yang tak sabar-sabar nak keluar. huhuhu. lepas habis apa aku nak buat, aku pun nak keluar dari bilik kecik itu. tapi belum sempat keluar, tiba-tiba aku tergelincir. nasib baik je bilik kecik tu kecik, dan kedua-dua tangan aku dapat menahan pada kiri kanan dinding. tapi kaki memang dah terkangkang nak jatuh terduduk. sakit tak payah cakap lah. terseliuh pangkal peha aku nih. sampai orang kat tandas sebelah ingat ada orang ketuk pintu tandas dia. padahal tangan aku terhentak sebab cuba menahan badan aku dari terus jatuh. nasib baik tak jatuh. aku terbayang darah keluar je kalau aku terjatuh kat tandas tu. huhuhu.
malam tadi, masa pergi econsave, 2 kali aku berkunjung ke tandas dalam tempoh 10 minit. masuk kali kedua tu yang tiba-tiba aku tergelincir dan nak terjatuh terlentang dalam tandas tu. sebabnya, aku terpijak getah besi paip. huhuhu. tapi tak jatuh terkelentang lah. macam kejadian kat mbo gak, aku sempat berpaut pada dinding. tapi sakit sangat kat kaki sebab menahan dari terjatuh padahal dah terkangkang aku dalam tandas tu. sia-sia betul kalau aku tak sempat tahan dan terus jatuh. terbayang dah darah meleleh keluar dari tempat tertentu kalau aku tak sempat berpaut pada dinding tandas tu. cepat-cepat pegang perut aku pastikan baby dalam perut ok. risau aku jadi apa-apa kat baby aku. jadi apa-apa kat aku takpe,jangan kat budak tecik ni.
semua ni buat aku terfikir satu ayat ni kalau berlaku emergency. tapi nak kena cakap omputih. grammar atau ejaan tak betul...lantaklah. huhuhu
" if anything happen and u have to choose between me and the baby, then...choose to save the baby"
cewah cewah, macam dalam drama pulak. tapi...malang tak berbaukan. huhuhu
harap-harap takde lah jadi apa-apa yang buruk. semoga semuanya selamat. amin. aku memang suka berimaginasi. huhuhu
8 comments:
kak...sy suggest...sile bli selipar kalis licin...bahaya wooo...jgn men2 ngan jth2 ni..akk da pregnant
ok..harap2 pasni bli selipar or kasut bru k...huhu
bahaya dib
maybe lepas ni cuba catwalk seselow yang boleh. biar lambat asal tak jatuh :)
akak....hati-hati kak.kite setuju an ngan nisa n kak zai..jalan perlahan2..bile selipar y x licin..
insyaAllah.semua selamat..
aminnn.. :)
nisa, kak jemah, hani: tq semua amik berat kat sy. kasut tu memang baru beli. jalan pun dah seselow yang mungkin, tapi tetap jatuh jugak. huhuhu. lepas ni sy cuba gandakan keselowan langkah kaki saya.
x pe.. kenderaan berat mmg lmbt smpai dan sila dulukan pada kenderaan ringan yg lain.. pasti kan jugak kbunga tayar di tukar selalu :)
saya sokong dengan semua di atas ..
senang takyah nk wt ayat g ..
hahaha
Dari blog org lain, sekadar berkongsi..
cerita 1 = amalan semasa mengandung
cerita 2 = kenapa kena bawak benda tajam
cerita 3 = bayi hilang dalam kandungan
cerita 4 = pantang larang semasa mengandung
mekchu, lin and yana: mekasih semua atas nasihat yang berguna itu. ^_^
Post a Comment