Tuesday, October 5, 2010

stupid nurse i ever met

aku baru je balik dari check up kat klinik kesihatan rasah. rasa sakit hati dan membazir masa betul. tujuan untuk checkup hari ini ialah untuk minum air gula dan juga scan perut. appoimen pukul 8.00 pagi. jadi maknanya aku memang masuk opis lambat la hari ni.



nak dijadikan cerita...lepas je pendaftaran, terus letak buku merah kat makmal b untuk amik darah sebelum minum air gula@ air bodoh tu. pastu kena tunggu 2 jam, amik darah setabung lagi. so maknanya dari pukul 10 malam tadi hinggalah amik darah kali kedua aku terpaksa berpuasa tak boleh makan or minum apa-apa. sepatutnya tu lah rutinnya. tapi pagi tadi kan....lepas letak buku merah kat makmal b tu aku pun tunggu la giliran aku dipanggil untuk kena amik dairah. dahlah sejam lebih tunggu, tapi nama tak jugak kena panggil. apa yang aku perhatikan, yang letak buku kemudian dah kena panggil untuk di amik darah. dalam tempoh menunggu tu tup tup ada nurse tanya sape yang sepatutnya minum air gula tapi belum minum lagi. aku pun angkat lah tangan.

pastu nurse tu suh aku minum dulu air gula tu. tapi aku kata aku belum amik darah lagi. sebab setahu aku memang kena amik darah dulu baru minum air gula tu. tapi dah nurse tu kate takpe, minum dulu...aku pun minumlah. capo grande pun ada kat situ dan dengar nurse tu suh aku minum air gula dulu walaupun belum amik darah lagi. dan rasanya orang yang menunggu kat situ pun dengar.

so, aku pun pegilah amik air bodoh tu dan minum. dah la rasa macam hampeh je air tu. tepaksa minum seteguk-seteguk sket-sket sebab rasa air tu memang teruk. boleh muntah kalau aku minum macam minum air kosong atau air coke. huhuhu. amik masa 5 minit untuk aku habiskan. dalam tempoh aku minum tu terus kepala pening dan tekak loya rasa nak muntah dengan isi perut menggelegak dalam perut ni. puas aku menahan supaya aku tak muntah. akhirnya dapat habiskan air bodoh tu dan tak lama pastu giliran aku dipanggil untuk amik darah. so dah masuk dalam tu terus nurse tu kata hari ni kena minum air gula. aku jawablah aku baru je minum air gula tadi.

pastu 2 orang nurse tu tekejut lak aku dah minum dan kata kena amik darah dulu boleh minum air bodoh tu. aku kata lah nurse lagi sorang yang suruh aku minum dulu tadi walaupun aku dah bagitau aku belum amik darah lagi. dah nurse yang sorang tu stat marah-marah aku pulak sebab dah minum dulu. aku pun cakaplah nurse lagi satu yang suh. brape banyak kali aku nak ulang tah. pastu bising-bising membebel kat aku. tinggikan suara kat aku. ko ingat aku ni sape yang kau nak marah2 tinggi2 suara. ingat aku terkinyam sangat nak minum air bodoh tu kalau bukan kena suruh kat nurse satu lagi.

bila nurse bongok tu dah meninggikan suara kat aku, aku pun melawanlah balik. aku pun boleh tinggikan suara jugak. bukan kau je. aku pun reti gak marah. kalau kau nak marah aku sebab memang kesalahan aku, aku tak kisah. tapi aku tak salah. nurse bodoh lagi sorang tu yang suruh aku minum dulu air bodoh tu walaupun tahu aku belum amik darah lagi. so, aku pun tinggikanlah suara aku dan jawab apa sepatutnya aku jawab. nak bising-bising kat aku buat apa? aku mengikut arahan je. pegilah marah kat nurse yang suh aku minum air bodoh tu.

disebabkan aku dah minum air bodoh tu sebelum darah diambil, jadi terpaksa buat lain kali. dah kena buat apoimen lain pulak. betul-betul buang masa aku. dah la nak kena minum air yang teruk tu lagi skali. ni semua pasal nurse-nurse bodoh tak reti wat keje punya pasal. akhirnya aku yang jadi mangsa keadaan. benci betul. tah apa kejadah nak kena minum air bodoh tu. WTF!!!

5 comments:

mekchu said...

sengal nye nenek... terus pnggil nenek.. soh dia option je.. nnti org lain pun kena

KaLiS PeLuRu said...

mengong tol nurse tu..
br 1st time kje gk eyh...
tu yg sengal jek...huhu

sabar la kak ek..
tkdir namo eyh tu...=)

Iyiana said...

banyak dengar kes kat government hospital dan klinik, hubby lak keje kat htj.. lagi la macam2 citer dengar. huhu..
yana brangan if pregnant nak wat consultation dgn dr sukhilmi.
waa gitu..
kalo la gaji 6k ke atas..

wildcutecat said...

mekchu: huhuhu. bukan setakat sengal tapi bengong skali.

lin: nurse tu kalau bengong sensorang takpe...ni dia libatkan orang lain dengan kebengongan dia skali.


yana: akak wat checkup kat dua2. kat sulkilmi dan kerajaan.

Unknown said...

normal la tu..memang jururawat ni ramai yang bodoh-bodoh.kerja main-2 buka ikhlas sebab nak duit..gaji nurse banyak gak..cain mangsa stupid nurse

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails