pagi ni buat pertama kali, kaki aku langsung tak sakit bila aku bangun tido. kalau tak, nak duduk dan bangun dari pembaringan amatlah terseksa. gerakkan kaki sket je rasa macam nak patah kaki ni. kalau orang lain amik masa 2-3 saat untuk duduk dan bangun dari katil, tapi aku terpaksa amik masa 10-15 saat, malah kadang-kadang lebih daripada itu.
tapi pagi ni, aku boleh terus bangun. mula-mula tak perasan, tapi tiba-tiba rasa pelik sebab berjalan pun tak sakit. aku ingatkan kaki dah elok, dah tak sakit lagi. siap boleh bergerak agak lasak sket berbanding biasa. maksudnya kembali normal seperti sebelum pregnant la. sebabnya sejak semalam peha kiri aku ni bengkak. boleh nampak kebenjolannya. sakit gila nak bergerak n berjalan. tu yang bila rasa kaki tak sakit lagi, aku cepat-cepat raba bahagian yang bengkak kat peha kiri tu. bengkak dah takde...sebab tu tak sakit lagi kot. tapi sayangnya, elok hanya sekejap je. bila aku dah berjalan masuk dalam bangunan wisma negeri ni nak menuju ke arah lif, tiba-tiba kaki rasa terseliuh dan sakit balik seperti biasa. huhuhu.
seksanya nak berjalan. kalaulah boleh bekerja dari rumah macam sesetengah company swasta...
2 comments:
dib.. as nak alamat umah.. nak pos kad.. nnti send kat fb or sms je kat as.. tq
fb kena blok kat opis. nanti sy sms
Post a Comment