dah lama tak update blog. dah lama jugak tak bukak blog sendiri mahupun kengkawan. sejak minggu lepas, aku berada dalam mood kemalasan. sebab dan puncanya, opis aku dalam keadaan tengah direnovate dan kami bekerja dalam keadaan opis sedang direnovate. dengan barang-barang dan fail-fail penting dalam kotak, merempat kat bilik orang sebab lepas renovate ni aku dah takde bilik lagi. F44 ke atas je yang duduk dalam bilik. bilik aku dah dibukak menjadi satu kawasan lapang.
oleh itu sementara tunggu tempat baru yang akan dipasang cubicle, maka aku menumpang dibilik bos ketiga aku dimana bilik itu ialah bekas bilik encik capo grande. ya...dia jugak sudah dihalau dari bilik sendiri. huhuhu. bukan apa, staff dah makin ramai, jadi opis dah sempit. maka...penyelesaiannya bilik-bilik harus dibuka dan diganti dengan cubicle. hanya gred F44 ke atas yang akan duduk dalam bilik. susunan tempat juga akan berubah. so, bayangkan kami satu opis merempat mencari tempat untuk buat keje. sambil buat keje boleh nampak pekerja-pekerja ni menyimen lantai, pasang marmar. terdengar ketukan demi ketukan. habuk bertaburan di sana sini. apakan daya...walaupun keadaan opis begini...keje tetap perlu diteruskan. cuma kemalasan melanda sebab tak selesa.
mengikut suara-suara yang aku dengar, renovation ni amik masa 2 minggu. so, seminggu lebih dah berlalu. harap-harap hujung minggu ni boleh siap dah. tak sabar nak duduk kat meja baru dan lokasi baru. haruslah bersemangat aku bekerja nanti. ye ke??? ntah-ntah semangat menghapted blog. huhuhu.
oh ya, entri ni takde gambar opis sedang di renovate. aku memang malas nak mengambik gambar. nanti dah siap, dah cantik baru aku amik gambar.
2 comments:
apsal tak lepak ngan kitorang dalam bilik mesyuarat. best tau boleh sembang2 boleh makan2
bilik meeting dah penuh...huhuhu
Post a Comment