dalam bulan 12 ni ada 2 benda baru yang terjadi pada aku. bukan aku je lah, kat orang lain yang terlibat skali lah. tapi disebabkan ini blog aku, aku citer pasal aku je lah. huhuhu. yang pertamanya, opis aku tengah renovate dan akan berwajah baru. yang keduanya, aku dan encik capo grande telah berpindah ke rumah baru. yahooo!!!!. hik hik hik. tapi bukanlah rumah baru siap dibina. rumah baru bagi kamilah sebab 1st time tinggal kat situ.
mulai hari ahad 28/11/2010, kami telah memindahkan barang sedikit demi sedikit dengan bantuan keluarga kedua-dua belah pihak. hari ahad tu perpindahan major. sebab kena sewa lori. barang yang dipindahkan hari ahad tu ialah set katil aku masa tinggal kat rumah bangcik (sebelum aku kawin), meja belajar, tilam, peti ais pemberian bangcik dan meja makan pemberian kakngah. tu pun dah penuh satu lori. toce toce pada yang menyumbangkan barang-barang ye. jimat duit tak payah beli.
rumah baru kami berada di tingkat 3 ye. dan tiada lif. oh ya, kami pindah di apartment pegawai kerajaan ye. atau nama pendeknya kuarters. sebelum ni kami tinggal di rumah keluarga encik capo grande. nasib baikla aku pregnant, jadi takde la kena angkut angkut barang naik turun tangga 3 tingkat. angkat sket2 boleh la. kalau lebih-lebih, maunnya terberanak aku kat tangga tu. ahakz. stat hari isnin 29/11 sampailah 3/12, kami berdua mengangkut barang sket-sket naik kereta dan mula membasuh serta mengemas rumah. tapi kami tak tido lagi kat rumah tu sebab belum buat kenduri doa selamat lagi.
kemuncaknya, pada hari sabtu 4/12 yang lalu, kami mengadakan kenduri doa selamat untuk masuk rumah baru dan kesempatan juga diambil mengadakan kenduri doa selamat supaya aku selamat bersalin nanti. terima kasih pada keluarga yang banyak menolong sebelum, semasa dan selepas kenduri tu. terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang hadir. mula tido kat rumah baru pada jumaat 3/12 bersama keluarga encik capo grande. pada hari sabtu keluarga aku pun tido kat rumah baru jugak. seronok beramai-ramai sebab rumah tu besar. tapi petang ahad tu...keadaan jadi sunyi sebab famili masing-masing dah balik dan tinggallah kami berdua sahaja.
aku yang excited tinggal di rumah sendiri sejak kawin, tak henti-henti duk mengemas rumah. ada je yang aku nak buat dan kemas. walaupun kaki dan pinggang sakit-sakit, tapi aku tak nak gak berhenti mengemas. ada je aku nak colek. sampai lah skang. dah dekat seminggu kami tinggal berdua di rumah baru. paling aku suka ialah memasak. walaupun masak yang simple-simple, tapi aku suka bangat masak. kadang-kadang encik capo grande pun masak. bila aku masak, dia duk ruang tamu main game. bila dia memasak pulak, aku pulak amik kesempatan rehat tengok tv takpun berbaring-baring.
hari ni 1st time bangun pagi masak breakfast. siap bawak bekal lagi tu. menu breakfast pagi ni ialah kuew tiaw goreng. walaupun bangun awal dan sempat memasak...lewat jugak sampai ke opis. padahal rumah dekat je dengan opis. mungkin belum pandai budget masa keluar rumah lagi. ini saja kot aku nak cerita pasal pindah rumah ni. yang pastinya aku seronok sangat walaupun terpaksa mendaki tangga untuk sampai ke rumah. orang kata naik turun tangga senang nak bersalin nanti. mungkin ni boleh jadi excercise untuk aku. dan mungkin boleh jadi excercise untuk encik capo grande mengempiskan perut dia yang dah nak hampir sama besar dengan perut aku nih. ahak ahak ahak.
2 comments:
5 minit sebelum time punch boleh gerak.. belum sempat habis 1 lagu dh smpai.. oh.. mmg heaven..
mmg senang nak beranak nnti..
duduk berdikari laki bini mmg seronok..
Post a Comment