Tuesday, May 7, 2013

tenis

aktiviti family aku sejak bulan mac 2013 ialah main tenis kat kompleks sukan paroi. setiap minggu kiteorang akan main tenis kecuali hari hujan. biasanya main hari jumaat malam. sebab esoknya sabtu, jadi takde la nanti ada yang EL sebab kepenatan atau telajak tido sebab kepenatan. kiteorang yang aku maksudkan disini ialah aku, encik capo, kakngah, mimi, akim, kaktih, laki dia, helmi, arip, shira, duan hadi, adif, nurin, lida dan emak aku. mereka semua adalah adik beradik aku dan juga anak-anak buah. tapi malam yang latest hari tu bancik pun turut serta.

ni hari jumaat malam yang lepas. arissa makan nuget yang dibeli kat gerai kompleks sukan yang mengakibatkan dia dan aku menderita sakit perut selepas balik dari main tenis. aku turut menderita sebab aku ada makan separuh sebab arissa dah taknak lagi.

 biasanya kiteorang main 2 jam dan amik dua court sebelah menyebelah. senang nanti nak amik kalau bola tenis melantun situ sana sini. lagipun family aku ramai yang main, kalau amik satu court tak sempat berpeluh dah turn orang lain pulak. untuk yang nak tahu, satu court tenis RM 12 sejam. kadang-kadang ramai yang main tenis sampai court penuh, kadang-kadang takde orang pulak.



sebenarnya kiteorang semua tak tau pun main tenis. encik capo je la yang tau sebab dia dah biasa main dengan kawan dia sejak belum kawin lagi. tapi kiteorang semua belasah je, janji seronok dan berpeluh. tapi bila dah tiap-tiap minggu main tenis, lama-lama dah tau main sikit-sikit dan dah faham macammana nak hantar dan amik bola, cuma cara kawal bola belum begitu bagus lagi.

dari kiri: kakngah, arissa, aku dan kaktih. arissa pun dah tukar baju sebab air tumpah kat baju dia.

kiteorang semua beli raket tenis kat kedai be strong kat tengah town seremban. encik capo yang bawak la sebab aku memang tak tau mana nak beli raket tenis. disebabkan baru je berjinak-jinak nak main tenis, beli yang murah je. harga raket aku RM 121. manakala kakngah, kaktih dan lida RM 107 kot. aku punya mahal sikit sebab aku nak jugak raket kaler merah. hahahaha. ada lagi raket yang mahal dalam RM 200 ke RM 900, tapi tu dah profesional main barulah beli kot. 

jangan tak percaya, mak aku pun main tenis skali tau. agaknya dah tiap-tiap minggu asik tengok anak, menantu, cucu main tenis, akhirnya mak aku pun nak test power jugak.


** ini je gambar yang ada. tu pun dari kamera kaktih. untuk sesiapa yang tiada dalam gambar, maybe next time main, amik gambar semua orang main pulak.

Friday, May 3, 2013

pagi-pagi dah sengal

kejap lagi satu pembaziran akan berlaku. satu mug berisi 2 paket nestum 3 in 1 coklat yang telah dibancuh akan dibuang begitu saje. bukan sebab dah expired atau ada makhluk hidup/mati dalam dia. tapi atas kesengalan aku sendiri juga.


pagi ni aku takde terasa lapa pun. kalau lapa mesti aku dah turun pegi tapau kat cafe. jadi pagi ni aku terasa macam nak minum nestum 3 in 1 je. seperti kebiasaan aku pasti akan masukkan 2 paket dalam mug. lepas tu pegi pantri nak isi air. entah apa yang aku berangankan sambil mengisi air sehingga tak perasan aku terisi air sejuk dalam mug yang dah ada 2 paket nestum tu. mug dah penuh baru aku perasan aku termasukkan air sejuk, bukan air panas.

demmit! kalau separuh air sejuk, boleh lagi aku cover dengan separuh air panas. tapi dah penuh satu mug dengan air sejuk dan aku dah pun kacau bancuhan tersebut baru tersedar. semuanya sudah terlambat. mana pernah aku buat nestum 3 in 1 dengan air suam, apatah lagi air sejuk. entah apa rasanya, mesti teruk. aku selalunya akan bancuh dengan air panas, barulah sedap nestum tu.

untuk tidak membazir, aku cuba rasa dulu nestum sejuk ni. tapi tak boleh nak diterima tekak aku. jadi satu pembaziran akan berlaku. nak buat satu lagi guna air panas, tapi stok nestum ku di opis tinggal satu paket, dan aku suka bancuh dengan 2 paket. jadi pagi ni....aku kempunan nestum 3 in 1 coklat panas.

T_T.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails