4.1.2014 yang lepas, kami celebrate birthday arissa yang ke 3 tahun. birthday sebenar 2.1 tapi sebab 2.1 tu jatuh pada hari khamis maka birthday party dibuat pada 4.1 sebab hari sabtu. birthday party dibuat di kfc seremban.
ni cite pendek je dulu. nanti baru citer full untuk besday arissa di kfc. ingatkan masa cuti lama minggu lepas rajin lah nak mengupdate blog kat rumah. sekali aku terjebak pulak dengan game the sim 3. ni semua salah arissa. aku tau aku memang ketagih dengan game the sim. dari masa study kat utm dulu. dulu celik je mata bukak pc terus main the sim. berjam-jam sampailah tido balik.
bila pc rosak dah tak main lagi. adalah 6-7 tahun aku tak main the sim. awal tahun lepas aku terjebak dengan the sim 2 sebab anak buah bujang aku beli tapi tak tahu nak install dan tanya aku. bila dah cd the sims 2 tu ada kat tangan aku mulalah aku gatal suruh encik capo install kan kat pc aku kat rumah. dah kemaruk balik main the sims tapi yang nombor 2 lah. memang ketagih sangat tau. lepas tu aku kesian kat arissa sebab bila aku main game aku macam abaikan dia sket. tak berapa layan lah. aku decide untuk berhenti main dan buat tak tau je kat game the sims 2 tu.
beberapa bulan lepas tu encik capo yang punyalah sporting downlodkan the sim 3 pulak untuk aku. aku tak suruh malah dah lupa pun pasal game the sims tapi encik capo sendiri yang donlodkan sebab tau bini dia suka main. maka....setat balik aku ketagih main the sims tapi yang nombor 3 pulak. kira the sims yang latest lah. macam sebelum ni jugak, aku terabaikan arissa bila aku kusyuk main game. maka aku pun berhenti main. sehinggalah hari isnin minggu lepas 13.1 si arissa sibuk suruh aku bukak game the sims 3 sebab dia nak main. sambil aku memasak kat dapp arissa leka main the sims 3. bukan dia reti main pun. ikut suka dia je nak klik beli itu ini kat games tu.
bila aku dah sudah masak dan arissa nak tengok mothers goose club pulak, maka pc aku tebiar sambil games the sims terpampang. maka aku pun main lah sekejap. sekejap katenye lah. sekali...berjam jam sampai berhari-hari aku duk main. kali ni tak abaikan arissa sebab arissa nak duduk kat pangku aku sambil aku main the sims 3. kusyuk dia menengok aku main. tak lama lagi pandai lah dia main tu. ntah2 berebut pc pulak dengan arissa sebab nak main the sims 3.
maka cuti aku seminggu yang lepas penuh dengan aktiviti main game the sims 3. hari-hari main okeh. huhu. tak surfing dan tak tahu perkembangan semasa selama seminggu tersebut. hohoho. tapi dah stat keje balik ni kompemlah jarang main. balik pun mata dah penat mengadap pc kat opis. tak larat nak mengadap pc lagi kat rumah.
mungkin weekend je main. memang game the sims ni buat aku ketagih. tapi game ni sangat best sebab tu lah boleh main berjam-jam hari-hari. dan sebab tu juga aku tak mengupdate blog malah tak menjenguk blog sape-sape dan tak masuk pun forum feveret aku selama seminggu itu.
ok sekian.