Wednesday, April 28, 2010

wild d ikea

hari selasa semalam, aku bercuti. seawal bulan april lagi aku dah apply cuti. perancangan untuk cuti pada 27/4 ni telah aku buat sejak januari lagi. tujuannya sebab nak hantar mak aku buat check up kat hospital kuala pilah. takkkan lah aku nak biarkan mak aku naik bas. apa guna aku ada kereta tapi tak boleh nak hantar mak aku ke mana-mana? huhuu. mengikut plan aku pada awal januari lalu, hanya aku seorang bercuti. yelah, kenapa pulak orang lain nak cuti sekali kan???

jalan-jalan di hari ahad

hari ahad yang lepas aku berjalan-jalan dengan lida dan beberapa orang anak buah aku. antara yang terlibat:

1. aku - kompem la driver dan banker
2. lida
3. akim
4. duan
5. adif
6. nurin

Monday, April 26, 2010

pada hari sabtu yang lepas

..... aku telah menjalani beberapa aktiviti bersama kaktih dan beberapa orang anak-anak buahku. pada asalnya plan aku untuk hari sabtu lepas adalah untuk menjadi driver kepada emak aku untuk pergi ke rumah sedara-mara dan kenalan keluarga untuk tujuan mengajak untuk kenduri kahwin aku yang tinggal tak sampai sebulan je lagi ni. namun, plan telah ditukar dimana aku telah diberi pilihan oleh kakngah samada untuk jadi driver anta mak aku pegi mengajak atau jadi driver jemput anak dia (akim) kat sekolah kat rembau. tanpa mengambil masa 5 saat pun aku terus setuju untuk jemput anak kakngah kat rembau.

Saturday, April 24, 2010

wild and neutrogena

tadi kat guardian dalam giant senawang, aku jumpa toner jenama neutrogena. sebelum ni aku

duk mencari torner garnier tapi tak jumpa-jumpa. untuk pengetahuan, pencuci muka

aku memang guna jenama neotrogena sejak 2007. baru-baru ni je baru berjinak-jinak

guna skrub muka pon jenama neutrogena. tapi, krim muka dan masker aku guna jenama garnier.

berat yang tak dianggap

petang tadi keluar dengan kaktih. dari seremban plaza ke econsave pastu g dataran

senawang dan akhirnya ke giant. sebelum nak balik tadi, aku nampak mesin penimbang.

mesin jenis lain dari mesin penimbang yang jujur yang aku jumpa kat pacific beberapa

hari lepas. disebabkan aku ragu-ragu dengan angka yang dipaparkan oleh mesin

penimbang yang jujur tu, aku pun amik keputusan untuk timbang sekali lagi. kali ni dengan mesin

penimbang yang lain pulak. aku pun meraba-raba mencari duit syiling 20sen dalam henbeg.

Friday, April 23, 2010

wild mendengar ceramah

baru je habis perhimpunan beserta dengar ceramah tentang produktiviti pukul 10.15 tadi.

tahniah diucapkan kepada diri aku sendiri kerana buat pertama kali aku langsung

tidak merasa mengantuk semasa mendengar ucapan dan ceramah.

Thursday, April 22, 2010

my sweet 18

10 tahun yang lalu, pada ketika ini, aku adalah seorang remaja yang baru tamat spm. sementara tunggu keputusan spm, aku bekerja di sebuah kilang di nilai sebagai operator pengeluaran. akupun tak tahu kenapa aku nak kerja masa tu. just ikut kakak aku, lida dan kaktih je masa tu. mula-mula memang excited kerja sana. lama-lama aku jadi bosan sebab rutin harian aku sama je. dan paling aku tak tahan sebab aku keje shift. pukul 4 pagi dah kena bangun siap-siap dan tunggu bas kilang amik. masa tu aku menumpang dirumah kakngah di desa dahlia senawang. pagi-pagi kakngah masakkan makanan untuk aku bawak bekal pegi keje. terima kasih kakngah. huhuhu.

kerana hujan vs kerana segigit beger

aku bersyukur kepada Ilahi kerana aku masih hidup lagi hari ni dan masih dapat pergi kerja. pagi tadi hujan lebat entah dari pukul berapa. aku bangun tido 6.15 tadi memang dah hujan lebat. 6.40 baru aku gerak pergi kerja dan hujan masih lebat. sebab risau jalan jem masa hujan, dan aku tak mahu lewat, aku terus je drive laju.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails