Thursday, May 19, 2011

jalan-jalan warm up

sambungan entri perjalanan yang jauh

hari sabtu (14 Mei 2011) adalah hari kedua di KT. sebab ini hotel budget, maka tiada breakfast disediakan. pagi tu lebih kurang pukul 9 lebih, encik capo pergi beli breakfast. aku malas nak keluar pagi-pagi. sementara encik capo keluar beli breakfast, aku pun sambung tido. hahaha. takde lah. dah bangun pun masa tu. iron baju, siap-siapkan baju arissa nak pakaikan lepas arissa mandi nanti. masa ni arissa tido lagi. sebenarnya arissa dah bangun pukul 6 pagi tu. lepas bagi susu, mak dia ngantuk lagi so arissa yang memahami terus sambung tido balik. ahak ahak ahak.


breakfast pagi tu ialah milo ais, 2 keping roti kosong untuk aku dan untuk encik capo sebungkus nasi ... nasik... alamak aku lupa nama nasik tu. nasi dagang ke? ke nasi kandar? huhuhu. aku lupe aku lupe. lepas breakfast, terus siap-siap nak bejalan-jalan. lokasi pertama ialah pasar payang. tak jauh dari hotel tempat kami menginap tu. tapi masa ni tak beli banyak sangat. nak survey nak tengok tengok je dulu. dalam pasar tu memang panas betul. bahang. berpeluh-peluh.

possing depan mpkt (lepas bayar saman paking, possing dulu sebagai kenangan. wahahaha)
pemandangan dari mpkt kat tingkat 9

lagi satu, tujuan g pasar payang tu sebab nak pegi majlis perbandaran kuala terengganu (mpkt). ape ke hal plak nak pegi situ? huhuhu. kena saman paking la plak. hotel tu takde tempat paking. so kena paking tepi jalan je. so pagi2 nak keluar tengok ada surat cinta pink kat wiper. saman paking daaaa sebab tak masuk duit kat meter. mana la aku tau, pelancong la katakan. kalau bayar dalam tempoh 1-3 hari kena bayar RM5 je. so aku pun terus la nak bayar hari tu gak. nasib baik mpkt tu sama bangunan dengan pasar payang. sambil bayar saman boleh shopping sekali.

berkelah dalam keta kat tepi pantai batu burok

lepas tu,singgah sekejap kat pantai batu burok. tapi tak turun dari keta sebab dah nak hujan. ada kilat sekali. so, tak berani nak turun. amik gambar dalam keta je. kami pun berkelah tepi pantai dalam keta sambil makan jagung bakar. huhuhu.


dah puas tengok pantai, perjalanan pun diteruskan ke destinasi seterusnya. bersambung next entri ok. ^_-

Wednesday, May 18, 2011

terima kasih GPK

GPK? apa itu GPK? kenapa aku perlu mengucapkan terima kasih kepada GPK?
GPK tu singkatan kepada Geng Pemburu Kelawar yang diketuai oleh lida dan dianggotai oleh kakngah, kaktih, akim, mimi dan shira. kelawar kelawar kelawar!!! tak abis abis dengan kelawar. kalau korang nak tau, sejak encik kelawar masuk rumah kiteorang bulan lepas, tingkap rumah ni memang tak pernah bukak. baik hari kerja, baik weekend. sebabnya trauma kalau kelawar masuk dalam rumah lagi.

 tapi hari ni, bukak tingkap sekejap dan tak tutup rapat, terus kelawar masuk rumah. benci! benci! benci! dah sebulan lebih hidup aman tanpa diselubungi kelawar tetiba dia muncul semula. tak tau la kelawar yang sama atau kelawar lain. aku kat ruang tamu tengah menaip entri untuk blog sambil tengok tv. encik capo main game tak jauh dari aku. arissa pulak tido kat depan aku. tetiba encik capo bagitau ada kelawar masuk sebab dia nampak kelawar terbang kat area bilik depan. aku pun comeh la. automatik kaki menggigil. terus je bangun amik arissa letak dalam kelambu.

aku dan encik capo pun mencapai apa yang patut untuk buat senjata. konon2 nak halau itu kelawar. tapi gaya je la lebih. bila kelawar tu terbang kat kiteorang, kelam kabut kiteorang lari sambil tunduk kepala. apa nak buat, dua-dua penakut. menggigil kaki aku nih bila nampak kelawar tengah terbang. lepas kiteorang tunduk kepala tu tetiba kelawar tu dah tak kelihatan. tapi aku tau, kelawar tu mesti ada lagi kat dalam rumah. cuma tak tau kat mana. nak mencari dan menghalau memang aku tak konfiden langsung. dua-dua pun takut cane nak konfiden? geli tau dengan kelawar.

GPK sudah sampai dan operasi mencari pun bermula

duduk la kami berdua kat ruang tamu sambil pegang senjata iaitu raket tenis dan bantal. hahaha. dalam keadaan kaki yang menggigil dan berdebar-debar sebab takut kelawar terbang kat ruang tamu, aku pun capai henset terus sms kakngah. mintak tolong dia datang halau kelawar. kalau tak halau pun at least meramaikan orang dalam rumah ni pun dah ok. sebab bila ramai2, takut tu kurang sket. aku ingatkan kakngah taknak datang sebab malas. sebabnya dia baru je balik dari rumah aku tak sampai 2 jam sebelum kelawar tu muncul. tapi jawapan dia sangat la melegakan hati sebab kakngah kata jap lagi dia datang bawak bantuan.

tak lama lepas tu kakngah pun sampai. ingatkan datang dengan anak dia akim je. sekali ada kaktih, lida, mimi dan shira jugak. kelas kan adik beradik aku. mintak tolong je on the spot bantuan datang. mana nak dapat family camnih. so mereka ni la yang aku gelar Geng Pemburu Kelawar. sampai-sampai je terus lida tanya mana kelawar tu? dia nak tangkap. fuyoooo...bersemangatt betul. suke aku. lida, akim dan encik capo (tetiba jadi berani. wahahahaha) mencari kelawar kat setiap bilik. tapi tak jumpa. selak sana sini, tinjau celah-celah tingkap pun tak jumpa. entah mana kelawar tu nyorok. walaupun ada yang cakap kelawar tu dah keluar, tapi aku tak percaya. aku yakin kelawar tu masih ada lagi dalam rumah.

tempat persembunyian telah dikenalpasti dan operasi menghapus bermula oleh lida dan akim disaksikan oleh shira.

aku suh lida carik gak kelawar tu sampai jumpa sebab takut nanti bila GPK dah balik, tetiba kelawar tu keluar dari tempat persembunyian dia sebab dia tau yang tinggal kat rumah ni penakut. kui kui kui. aku dan encik capo carik lagik kelawar kat bilik kiteorang. memang tak jumpa. sekali, encik capo nampak kelawar tu menyorok belakang kabinet kecik kat tepi kati. eeeeeeeeeeeee.........tak suka tau kelawar tu main nyorok2 kat tempat yang kiteorang tak jangka.

errr...pengsan atau pura-pura pengsan? huhuhuhu.
so, lida pun dipanggil masuk bilik sebab khidmat dia diperlukan. gilo berani budak ni dengan kelawar. dengan cicak takut dengan kelawar berani plak. aku nih, cicak takut kelawar pun takut. lida dan akim pun menjalankan tugas diorang menghapuskan kelawar tu. kelawar ni bawak penyakit. so, bahaya biarkan dia dalam rumah. walaumacammanapun kena pastikan kelawar tu keluar dari rumah hidup atau mati. macammana kelawar tu dihapuskan dari rumah kami, tak payah la aku citer. ce cite ce citer. (tak payah la. huhuhu) peranan aku dalam situasi ni hanya la ke hulu hilir pastu jerit2 geli sambil snap gambar. eeee...serius geli. yuccckkkk! dengan bantuan lida dan akim serta geng GPK yang lain, kelawar telah dapat dihapuskan. semoga tiada kelawar lain masuk lagi lepas ni. memang jangan harap tingkap akan dibuka lagi. pas ni nak g beli jaring yang sesuai untuk letak kat setiap tingkap. kelawar kelawar sekalian, jangan la kamu masuk rumah kami lagi. kalau masuk jugak, khidmat GPK sangat dialu-alukan. *_*

operasi selesai...kita makan dulu!

mekacih mak uda, mama, maktih, akim, mimi dan shira. malam ni buleh la arissa, mak dan ayah tido lena. ^_^

perjalanan yang jauh

hari jumaat (13 Mei 2011) yang lepas, aku dan encik capo amik cuti rehat. kami apply cuti sampai hari isnin (16 Mei 2011). tujuannye sebab kami nak pergi bercuti cuti malaysia kat terengganu besama-sama arissa. kalau nak tau, 15 Mei 2011 adalah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. so, we all berjenjalan ala ala honeymoon bertiga. ikut plan asal hari jumaat tu nak bertolak pukul 10 pagi. pastu nak bawak bekal sandwich, nasi, lauk rendang ayam dan sebagainya. penyudahnye tak sempat. sempat buat sandwich je. bertolaknye pun pukul 2 petang dari seremban.

keta wildcutecat ku sedang ditukar bateri

mana tak sempat. hari nak pegi tu la baru nak pegi servis keta kat perodua. pastu time tu la bateri keta lemau nak kena tuka. time tu jugak la tersedar kamera takde nak kena pinjam kat kakngah. dengan baju tak packing lagi. wahahahahaha. pagi tu encik capo pegi hantar servis keta kat perodua, aku kat rumah kelam kabut packing barang dan buat sandwich. penyudahnye tak sempat nak masak nasi dan lauk untuk bekalan. lepas encik capo balik, terus bawak beg-beg turun. ke hulu hilir area seremban setelkan apa yang tak setel. pegi pinjam kamera, pegi tukar bateri keta. tukar kat kedai luar. kat perodua mahal nak mampus bateri keta. huhuhu. pukul 2 petang bertolak la kami bertiga ke terengganu.

perjalanan ke kuala terengganu
seronoknye jadi arissa, kat ruang sempit pun boleh tido. huhuhu

perjalanan jauh sangat tak sabar-sabar nak sampai. seat dah panas duduk berjam-jam. huhuhu. nasib baik la arissa budak baik takde meragam dalam keta. selang beberapa jam singgah kat  R & R takpun kat hentian sebelah. sempat la nak berehat, makan and tukar pampers arissa. ingatkan sebelum pukul 8 malam dah boleh sampai kuala terengganu tapi pukul 9 malam baru sampai.

encik capo @ driver
me @ tilam begerak arissa @ driver simpanan
modulator. penghibur disepanjang perjalanan

kami menginap di KT Travellers In. hotel budget je tapi keadaan bilik dan kemudahan taraf hotel 4 bintang. kalah hotel yang kiteorang menginap masa pegi bengkel ISP bulan lepas. huhuhu. hage semalam RM108 sebab kami amik bilik superior plus. 1 katil queen dan 1 katil single. dah bertiga ni katil pun 3 la. katil tu kami rapatkan so, arissa amik katil single. budak tecik ni tido lasak. bagi ruang besar, boleh la dia tegolek golek atas katil tu. ^_-.

dah terbaring atas katil ni maknanye dah sampai hotel
keadaan dalam bilik hotel

sampai hotel, lepas check in rehat kejap pastu terus pegi makan. sebab tak biasa jalan kat KT, receptionist hotel la rujukan kami. lepas makan malam terus balik hotel, rehat dan terus tido. nak simpan tenaga untuk aktiviti esoknye pulak.

dinner

bersambung entri yang akan datang.

Wednesday, May 11, 2011

telur kasih sayang

ehem ehem. ni bukan entri lucah tau. tapi entri kasih sayang. ahak ahak ahak. kalau tak caya, temgok gambar kat bawah ni.

comel kan, telur bentuk love. ^_^
petang semalam encik capo beli kuali love ni kat pacific. kiut miut je kuali ni. kecik la sangat. nasib baik muat letak atas dapur gas. asik goreng telur bentuk bulat je kan. sekali sekala, goreng bentuk lain plak.


bila dah angkat, bentuk love nye lari sket sebab masa nak tebalikkan telur ni, dia telekat lak kat tepi kuali tu. huhuhu. kuali kocik sangat, nak tebalikkan telur agak payah sket. jom makan. ^_^

ada apa dengan hari khamis?

hari khamis muncul lagi. macam biasa, hari khamis ialah hari vegetable untuk aku dan encik capo. minggu lepas hari vege terpaksa dibatalkan sebab kiteorang pegi training.


hari ni bawak popia inti timun dan taugeh untuk bekalan. sejak dah terer buat popia ni, asik makan popia la plak. nak buek cano, laki den dah request. kui kui kui.

apa kes menyalak-nyalak

* english day aku dan encik capo takde kate entri kat blog pun mesti english kan. so, aku taip dalam bm la ek. sonang nak cerito dan sonang korang nak paham. huhuhu.

apa korang rasa kalau dengar anjing menyalak. maksud aku menyalak-nyalak. asik menyalak-nyalak. tak kira la siang ke malam. kalau aku, terasa mengganggu gak kalau menyalak tak henti-henti. kalau malam-malam terdengar anjing menyalak, mula la nak terbayangkan yang seram-seram. huhuhu.


tapi kalau siang-siang, rasa nak baling dengan batu pun ada. tapi tak pernah la buat lagi. tak baik mencederakan binatang kalau binatang tu tak mengganas dengan kite kan. tapi kalau dah memekak je keje, lama-lama hilang sabar gak kan. kalau kucing mengiau-ngiau je boleh la dukung atau belai-belai kepala dia. tapi kalau anjing? dah tentu la najis. takkan nak pegang plak. rasa nak hempuk je kot kalau boleh. kui kui kui.


agaknye kalau tinggal kat kawasan takde anjing dan tak dengar anjing menyalak-nyalak, mesti tenteram kan. kalau menyalak untuk bagi amaran apa-apa takpe g. ni memang dasar nak memekak je. huhuhu.

tetiba lak nak buat entri pasal anjing memekak *_*

wednesday is our english day


as u can read from the banner above, wednesday is english day. english day for me and mr capo grande. actually, our english day start last week. but i forgot to update in my blog. so...every wednesday, me and mr capo will using english as our main language. no malay malay except emergency. huhuhu.

this english day was mr capo idea and i agreed. the reason is to improve our english. BUT...when we discussed, he not mentioned about RM0.10 for punishment if one of us speak in malay. suddenly the banner he created have the words about punishment. kui kui kui

that's all about our english day. sorry if there's error in my grammar. eden torai....wahahaha.

Tuesday, May 10, 2011

cerite kedai sate. toing! cerite kedai sate.

* bace tajuk entri ni dengan nada lagu cerite kedai kopi ok. sape tah nyanyi. tak ingat den.

petang semalam, lepas amik arissa, kiteorang pegi terminal one. tujuannye sebab encik capo nak anta cpu dia yang rosak kat kedai komputer all it kat dalam teminal tu. korang bayangkan, sebelum kawin lagi cpu dah rosak, dah dapat anak sorang baru nak anta repair. huhuhu. dah masuk kedai all it tu aku sambil mendukung arissa, berjalan-jalan ke arah sekumpulam laptop yang dipamerkan di hujung kedai. aku nak survey laptop sebenarnye. bila dah kate nak survey tu maknanye nak beli la satu hari nanti kan. bila tu tak tau la. survey je dulu. ahak.

lepas tu kiteorang pegi kedai sate kat tingkat paling bawah kat teminal tu. tetiba rasa nak makan sate. tapi aku kenyang. so beli bungkus je la. orang tak ramai pun. kiteorang duduk n order la sate 30 cucuk bungkus. sementara tunggu tu order air. orang tak ramai pun servis lembap nak mampus. air pun lambat sangat sampai. sate apatah lagi.

sampai tetido arissa tunggu sate
takde pun orang order sate. kiteorang je. tapi punye la lama kiteorang tunggu. baru order  30 cucuk. belum order 100-200 cucuk lagi. dah lebih setengah jam tunggu baru nampak sate siap. pastu nampak la dorang sibuk2 nak bungkus kuah n timun. nak bungkus itu pun dekat 10 minit. mana tak lembap, buat keje sambil beborak bergurau bagai. macam tak penah jumpa je dibuatnye. padahal hari-hari keje kat situ.

yang ni lagi kesian. tetido atas cpu menunggu sate
dari tempat aku duduk tu aku boleh nampak apa dorang buat. staff ramai. tapi duduk melangok beborak je keje. kan jimat masa kalau yang sorang tu tengah bakar sate, yang lain tolong la bungkus kuah n timun tu siap2. ni nak gak tunggu orang yang bakar sate tu setel baru nak buat semua tu. kalau cepat takpe. tehegeh2 je lebih. kalau tengah kebulur memang tak boleh masuk kedai ni. lembap memang lembap. dah la staff pun tak peramah. tak tau senyum. bukan sekali aku penah masuk kedai ni. sebelum2 ni order goreng2 pun lembap jugak sampai. baik g makan mcd atau kfc dekat2 kedai tu jek kalau tengah kebulur. huhuhuhu.

aku jek yang maintain. kalo aku pun tetido sape nak pehatikan  bebudak tu wat keje lembap. huhuhu

balik rumah tak terus makan sate. pukul 10 lebih baru makan. sate order 30 cucuk. tapi kuah yang dia bagi macam order 10 cucuk. manyak kedekut ini kedai oooo. sate die memang la sedap. tapi tu la, dah la lembap. kedekut pulak tu. haaak tuihhhh!
gambar hiasan ehsan pakcik google


la la la la la
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails