Monday, May 31, 2010

berdiri bulu roma ku

hari pertama semuanya indah belaka. tidur malam ku nyenyak sekali tanpa sebarang gangguan. ku sangka panas sampai ke petang, rupanya salji di tengah malam. huhuhuhu. malam kedua, tiba-tiba tidurku terganggu. suasana agak sunyi. hanya bunyi deruan kipas yang kedengaran. entah pukul berapa pagi, aku dikejutkan dengan suara lelaki yang sedang bercakap disebelahku. mulanya aku takut untuk membuka mata. apatah lagi ini merupakan pertama kali aku tidur ditempat baru ini. namun, perasaan ingin tahu membuak-buak membuatkan aku memberanikan diri untuk membuka mata. sejurus membuka mata, kelihatan seorang lelaki sedang baring disebelahku sambil mulutnya kumat kamit bercakap sesuatu dan tangannya bergerak-gerak membuat gaya penyampaian. namun yang menyeramkan aku...matanya terpejam rapat.

keje tepon orang memang tensen

tensennya la aku keje hari ni. dari pukul 8.15 pagi aku dah stat call orang sampai la ni ha baru je benti. tapi tu pun tak abis call lagi. tapi disebabkan dah berpuluh kali aku call tak berjawab-jawab, aku surrender untuk petang ni dengan membuat kesimpulan orang yang aku nak call tu cuti. bukan sorang, tapi 10 agensi aku kena call untuk dapatkan maklumat tentang sistem-sitem yang diorang guna berdasarkan list yang ada pada aku. kalau semua agensi tu sekali call dah dapat cakap dengan orang yang berkenaan takpe la lagi. yang buat aku tensen sampai tahap gaban ni sebab dalam tempoh 3 jam aku cuba call, 1 agensi je aku dapat apa aku nak. yang lain, samada telefon tak berjawab, orang yang aku nak cakap tu meeting, takpun keluar minum.

Thursday, May 27, 2010

virus cinta...huhuhu

hari ketiga demam. sungguh tak selesa. tapi rasa macam dah ok sket berbanding semalam.

cian dia...dia pun demam gak. bejangkit dari aku la tu. huhuhu.

tu a, sape suh tido sebelah orang demam...kan dah berjangkit lak. ;-p

Wednesday, May 26, 2010

rindu padanya

malam tadi singgah rumah bangcik kat pinggiran senawang. rumah di mana aku tinggal sejak keje kat seremban. kat rumah tu jugak lah mak aku tinggal. tapi...sejak kawin, aku tak tinggal kat situ lagi. skang aku tinggal sementara kat rumah MIL aku. tiba-tiba, bila masuk bilik aku yang dah aku tinggalkan sejak 2 minggu yang lalu, aku jadi rindu sangat. sempat aku berdiri kaku sambil tengok keadaan bilik. terbayang-bayang aku tengah tido atas katil, aku tengah cari baju, iron baju. terbayang-bayang aku tengah duduk atas kerusi jari sambil baca komik dan tengok tv. juga terbayang-bayang aku tengah baring-baring sambil berbalas sms dengan dia sebelum kahwin dulu. pastu aku berdiri depan pintu bilik air dalam bilik aku tu. tiba-tiba aku rindu masa aku tengah mandi dan buat aktiviti sepatutnya dalam bilik air tu. entah lah...tiba-tiba rasa sedih. nak keluar airmata.

sesungguhnya aku rindu sangat.........

dan yang pasti aku rindu sangat kat mak aku.

demam, tutor dan dia

semalam last day aku mengajar. hari kedua tak seneves hari pertama. tiba-tiba rasa seronok walaupun terasa tak sabar nak abis. ye lah, 2 hari mengajar dari pukul 9 pg sampai 4.30 petang. kompem aku tak duduk kat opis sepanjang 2 hari tu dan kompem langsung tak dapat buat keje yang tertangguh sebelum cuti kahwin hari tu. yang bestnya bile mengajar kursus ni dapat makan free 3 kali sehari. pagi, tengah hari dan minum petang. hehe. betambah montel la aku yang memang dah sedia montel ni. tapi tak sangka lak lepas abis mengajar semalam aku kena sampaikan sijil kat semua peserta kat depan. huhuhu. segan pun ada. macam kelakar pun ada. hehehe.
ape pun, pengalaman ni sangat la berharga. tapi lepas ni kalau kena mengajar balik, kompem la aku neves balik. huhuhu.

Monday, May 24, 2010

i'm back

setelah lebih 2 minggu menyepikan diri, akhirnya hari ini aku muncul kembali. bukan sengaja atau merajuk, tapi paham-paham je lah, kesibukan yang aku alami demi menguruskan majlis perkahwinan aku dengan capo grande. so bermulanya saat ini, aku menaip entri sebagai isteri kepada capo grande. huhuhu. rasa janggal yang teramat. isteri???suami??? aku perlu biasakan diri dengan status baru ku ini.

Tuesday, May 11, 2010

cuti-cuti aku

stat semalam aku dah mula bercuti panjang. aku apply 2 minggu. nasib baik a dah keje gomen,

cuti banyak sket. huhuhu.

maksud bercuti kat sini bukanlah maknanya aku berehat dan bersenang-senang ka rumah.

tapi aku sibuk ke hulu hilir menguruskan hal kenduri kahwin aku tak lama lagi.

Friday, May 7, 2010

badan akak cantik tu dah...

baru jap tadi aku call mak andam aku untuk wedding aku nanti.


aku: hello, kak. ni diba ni adik kak ita.
mak andam: ha..ye ye.
aku: nak tanya la, bila boleh fitting baju ye. sebab takut baju tak muat la. badan saya dah naik sangat ni. makan je keje saya. (sambil tersipu-sipu malu. kedengaran suara mak andam ketawa. huhu).

letihnya seorang aku

penat gile la hari ni. betul-betul tak larat dah. rehat panjang tengah hari tadi g amik kakngah kat opis dia. lepas tu pegi singapore street nak g kedai jual gula-gula. tapi paham-paham je la time rehat macam tu penuh sesak kereta dengan cuaca panasnya. dah la berpusing-pusing 2 kali cari paking tak jumpa. last-last paking jauh. menapak la bawah matahari terik g kedai gula-gula tu. sebabnya nak beli gula-gula untuk kenduri kahwin nanti. baru jalan beberapa langkah, dah basah baju dengan peluh. masuk pulak kedai kat situ. sempit padat dengan barang je kedai tu. gila panas lah. lama lak tu aku kehulur hilir dalam kedai sempit tu.

Thursday, May 6, 2010

peta kad jemputan wildcutecat


terdapat tambahan peta pada kad jemputan aku di mana aku terlupa nak letak direction dari tol untuk yang datang dari arah KL / Melaka / Johor atau mana-mana yang perlu masuk tol untuk sampai ke seremban. so, kat sini aku upload kad jemputan bersama peta tambahan tersebut. cara nak baca peta (pada sesiapa yang perlu melalui tol) ialah:

aku sayang mak aku

hari ni bawak bekal pulut + sambal ikan bilis dengan nasi goreng. hebat tak, 2 bekal sekali gus. huhuhu. semua ni mak aku yang masak dan sediakan. hari-hari aku g keje mesti bawak bekal. dan selalunya aku tak pernah tahu pun apa aku bawak. sampai opis bile nak makan, baru aku tau apa bekal aku hari ni. hehe. sebabnya, setiap pagi aku turun je dari tingkat atas, kat atas meja tu dah siap sedia dah bekal aku dalam beg kertas. aku just amik je beg kertas tu dan terus keluar g keje. kompem la aku salam mak aku dulu sebelum aku keluar.

Wednesday, May 5, 2010

budak kurus budak gemok budak kurus...yeayyyy

hari ni keje aku asik lapa! lapa! lapa!

berapa banyak dah aku makan hari ni tapi aku lapa jugak!

macam mana la berat aku tak naik cepat sangat. asik makan! makan! makan! je keje aku.

keje dah la mengadap pc pastu mesti la duduk! duduk! duduk! je.

exercise malas! malas! malas!

lame-lame aku memang jadi gemok! gemok! gemok!

tapi aku nak kurus! kurus! kurus! macam dulu. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... T_T

ip man 2

hari tu, lepas keje aku dan dia bercadang nak pergi tengok movie citer treasure island. cek kat web ada pukul 5 petang. disebabkan kami balik keje pukul 4.30, memang sempat la nak berkejar ke MBO Cinema. Bila nak beli tiket kat kiosk, tengok-tengok takde lak citer tu. last-last kami decide tengok cite Ip Man 2. tapi pukul 6.15 baru stat dan skang baru pukul 4.50 petang. lamanye nak tunggu. dalam MBO tu bukan ada kedai best sangat nak jenjalan. huhuhu. tapi kami beli jugak la tiket cite tu. jalan-jalan sekejap sambil cari selipar memandangkan selipar aku kat opis dah putus. lepas tu, masa lebih banyak dihabiskan dengan duduk dikerusi panjang depan pintu masuk ke cinema sambil makan corn in cup dan minum air blackcurrant yang lazat.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails