rasa malas betul nak datang keje hari ni. kalau boleh nak amik cuti sampai raya je. tapi nak buat macam mana, keje banyak sangat. niat hati nak buat keje weekend hari tu kat kampung kat pilah sebab balik pilah hari tu. tapi, paham-paham je lah, bila dah berkumpul adik beradik, macam-macam nak diborakkan. secara tak langsung juga, bila bukan di opis, mood nak buat keje tu terlalu susah nak datang. lagipun aku agak busy dikampung hari tu.
sampai je kat rumah pilah, terus tukar cadar tilam kat bilik aku. pastu amik penyapu menyapu dan membersihkan dapor. basuh semula pinggang mangkuk di rak. mak aku pula sibuk menyapu di ruang tamu. dah la ruang tamu rumah aku ada 3. letih nak menyapu tu. sebab tu aku memilih membersihkan dapor. kih kih kih. tujuan membersihkan rumah bukanlah sebab nak menyambut raya, tapi sebab rumah kat pilah tu takde orang tinggal. so, bayangkanlah keadaan rumah yang tak de orang tinggal yang hanya dijenguk sebulan sekali. berhabuk-habuk, dengan taik cicak bersepah-sepah, dengan sarang labah-labahnya. sayang sangat dengan rumah tu. harap-harap aku dapat keje kat pilah, bolehlah aku menghuni rumah yang dibuat oleh arwah abah aku dulu. tapi bukanlah arwah abah aku yang bertukang, arwah abah aku menghabiskan banyak duit simpanan dia untuk membesarkan rumah tu dengan mengupah orang yang kejenya membuat rumah. huhuhu.
kat pilah aku ada 6 ekor kucing. sebenarnya ada 10 ekor tapi 4 ekor dah hilang. aku sayang dan rindu kat kucing-kucing aku. bestnya kucing-kucing aku nih, bila diaorang tahu ada orang balik, mereka pun akan turut balik rumah. kalau takde orang, mereka dan keluarga mereka akan melepak, tido dan makan kat rumah abang aku yang terletak hanya disebelah rumah. panggil saja nama, pasti mereka datang. sebab tu aku sayang sangat dengan kucing-kucing aku. pastinya aku balik pilah bukan dengan tangan kosong. aku siap beli makanan kucing untuk mereka. orang kata, masa pregnant ni buat baik kat semua termasuklah haiwan. tapi kalau aku tak pregnant pun aku memang baik dengan kucing-kucing aku. sebab tu mereka sayang kat aku jugak. hihihi.
aktiviti di rumah pilah, lepas mengemas dan bagi kucing makan, aku menonton dvd bersama encik capo grande diruang menengok tv sambil berbaring di atas sofa baru L shape pembelian lida. dalam pukul 5 lebih, aku pun ke dapo menolong emak aku memasak. aku cuma goreng nugget je, yang lain-lain mak aku yang masak. memang aku tak nak masak kalau mak aku ada sebab aku rindu sangat makan masakan mak aku yang sangat sedap tu. huhuhu. aku tolong kacau-kacau senduk dalam periuk je. masa berbuka memang rasa best sangat. selain dapat berbuka dengan family (walaupun tak semua ada), tapi rasa seronok.
hari ahadnya aku tolong mak aku buat kuih raya pulak. sebelum balik tu, siap pinjam oven lagi sebab aku excited nak buat kuih raya untuk pertama kalinya. huhhu. lepas berbuka senja semalam dengan menu KFC, mee hailam dan ABC, kami semua bersiap-siap untuk balik seremban. maka, tinggallah rumah itu bersama-sama kucing-kucing aku yang bila dah takde orang, pastinya kucing-kucing tersebut akan pandai-pandai balik ke rumah abang aku pulak. lepas hantar lida kat taman panchor jaya, aku hantar pulak mak kat taman pinggiran senawang. kemudian barulah aku dan encik capo grande balik ke rumah. sampai rumah dalam pukul 10.30 malam, terus iron baju. nasib baik hari selasa cuti, jadi aku iron untuk hari isnin je. kalau tak, aku iron untuk seminggu terus. tapi kalau aku malas, aku iron sehelai setiap hari. huhuhuhu.
rasa seronok dapat balik pilah. masa aku tinggal kat pilah dulu aku tak sabar-sabar nak keluar dari pilah dan pergi merantau di mana-mana ( sesungguhnya aku sangat suka merantau). tapi...bila aku dah jarang balik pilah, aku rasa nak balik dan tinggal je kat pilah. walau ke mana aku pergi...rumah dan kampung halaman sendiri tetap yang terbaik.
4 comments:
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
lebih baik hujan emas di negeri sendirik...huhu
yana: ye yana, akak sokong
capo: tu pun saya sokong. huhuhu
Post a Comment