sejak pregnant ni, tempat yang selalu sangat aku berkunjung ialah tandas. tak kiralah kat rumah, opis, kat shoping complex, kat stesen minyak atau r n r, pasti tandas tempat yang wajib aku kunjung. bukan apa...memang kerap sangat nak terkencing walaupun tak sampai 5 minit baru terkencing. kadang-kadang baru je keluar tandas, terus bergegas masuk balik sebab dah rasa nak kencing. malah, kalau tengah on d way g mana-mana yang lalu hiway, pastinya aku nak singgah r n r sebab tiba-tiba nak kencing. bukan boleh ditahan-tahan. tiba-tiba je nak keluar.
Wednesday, October 27, 2010
imbas kembali: aku dipaksa dan terpaksa
setahun yang lalu, pada hari semalam sebenarnya (jap...aku lupa tarikh sebenar), genaplah setahun aku telah dipaksa rela bertugas di Sri Menanti sempena pertabalan Yang diPertuan Besar N9. masa tu belum sampai sebulan aku keje gomen kat sini. lebih kurang 5 hari kot terpaksa berulang alik dari seremban ke sri menanti masa tu. nama aku telah dipilih last minit sebab tak cukup orang untuk bertugas kat sana. ikutkan aku, aku memang tak goma join benda-benda macam ni. tapi macam aku cakap, aku telah dipaksa rela, jadi nak tak nak tepaksa la jugak. tak suka betul bila dipaksa buat sesuatu yang aku tak nak an tak suka. huh!
Labels:
my flashback,
my life
Tuesday, October 26, 2010
selesa punya pasal
lama dah tak mengupdate blog. tiba-tiba rasa malas sebab busy sangat. huhuhu.
minggu lepas aku beli kasut baru. sebabnya kasut yang aku pakai hari-hari pergi opis dan ke hulur ke hilir dah azab sangat rupanya. kasut ni yang aku beli kat midvalley masa ikut encik capo grande berkursus di hotel garden bulan 8 yang lalu. mana tak jahanamnya kasut aku tu. tu lah kasut aku pakai pergi opis, tu lah jugak aku pakai pergi jalan-jalan dan tu lah jugak aku pakai kalau nak pergi mana-mana.
minggu lepas aku beli kasut baru. sebabnya kasut yang aku pakai hari-hari pergi opis dan ke hulur ke hilir dah azab sangat rupanya. kasut ni yang aku beli kat midvalley masa ikut encik capo grande berkursus di hotel garden bulan 8 yang lalu. mana tak jahanamnya kasut aku tu. tu lah kasut aku pakai pergi opis, tu lah jugak aku pakai pergi jalan-jalan dan tu lah jugak aku pakai kalau nak pergi mana-mana.
Labels:
my life
Thursday, October 21, 2010
aku yang kedekut. so???
disebabkan terlalu busy, aku terlupa nak buat entri ni. tanggal 12 Oktober 2010 yang lalu, genaplah 3 tahun aku bersama kereta wildcutecat aku iaitu kereta viva putih 1.0 ezi. itu bermakna, 3 tahun yang lalulah aku membeli kereta tersebut di perodua yang tak jauh dari opis aku nih. 3 tahun yang penuh kenangan dimana kebanyakannya memerlukan pengorbanan kewangan yang besar untuk aku terus bersama kereta tersebut. mana taknya, nak sediakan duit minyak, bayar bulan-bulan, bayar untuk servis bila sampai masanya, nak renew roadtax dan insuran serta lain-lain hal kecemasan macam tayar botak atau perlu tukar sparepart.
Tuesday, October 19, 2010
cerita selepas team building
hari ni hari kedua kembali ke opis selepas selamat berteam building di rumah peranginan pejabat sukn9 di port dickson selama 3 hari 2 malam. pagi ahad tu aku tak join senaman tua sebab taknak sakit perut dan sakit kaki lagi. aku hanya kejutkan encik capo grande je untuk pergi senaman. sementara encik capo grande dan lain-lain sibuk bersenaman, aku nyenyak menyambung tido. ahak. lepas senaman tua ada sesi bergambar beramai-ramai. aku tau itu tapi aku tak mahu bangun jugak. biarlah gambar aku takde, asalkan aku puas tido. lagipun badan dah gemok ni memang takde feel nak bergambar. bulat je muka dan badan. huhuhu.
Labels:
my life
Saturday, October 16, 2010
bosan di rumah peranginan
hari ni aku menaip entri di rumah peranginan suk negeri sembilan di port dickson. masuk hari ni dah 2 hari aku di sini bersama teman-teman seopis. (hanya yang layak dipanggil teman sahaja huhuhu). apa aku buat di sini? mandi lautkah? owh. tidak sekali-kali aku mandi laut sejak kisah buaya muncul di pd heboh diperkatakan hampir setahun yang lalu. opis aku buat team building disini. so 1 opis la yang kena datang kat sini. kehadiran adalah wajib dan sebab itu aku disini. tapi hari ini aku mengexcusekan diri atas sebab-sebab kesihatan.
Labels:
my life
Friday, October 15, 2010
koleksi henpon wildcutecat
lama tak menghupdate blog. aku busy...busy sangat. lama-lama jadi bosan buat programming nih kalau dah hari-hari pagi petang siang malam menghadap benda sama jek. huhuhu. tapi nak buat macam mana...bidang ni yang aku pilih. buat je lah.
Labels:
my life
Monday, October 11, 2010
kadang-kadang aku terlupa
dalam entri yang lepas, aku ada story mory pasal open house kat rumah bangcik. masa tengah potong memotong apa yang patut untuk mak aku masak, tiba-tiba kakngah menegur entri aku yang lepas. entri pasal aku marah-marah nurse tu lah. kakngah memang folower setia blog aku. kih kih kih. katanya tak baik cakap air tu air bodoh. dan tak elok juga marah-marah masa pregnant. huhuhu.
Labels:
my life
Saturday, October 9, 2010
sehari di open house
baru je balik dari open house kat rumah bangcik@rumah yang aku tinggal sebelum kawin di pinggiran senawang. rindu kat bilik aku, kat katil dan kat tilam mahal aku yang hagenye hampir setaraf tilam vono. huhuhuhu. rindu kamu sangat T_T. open house bermula pukul 2 petang tapi seawal pukul 8.30 pagi aku dah sampai sana sebab nak tolong mak aku apa yang patut. sian mak aku...dah tua-tua pun kena masak banyak banyak sensorang. nak buat macam mana, mak aku masak sedap sangat sampai memang takkannya order makanan luar.
Thursday, October 7, 2010
salakan yang menyeramkan di siang hari
banyaknya keje nak kena buat. buat 2 sistem serentak. pagi buat sistem A, petang buat sistem B. malam kat rumah, buat samada sistem A atau B, ikut mana yang aku rasa nak buat. kalau aku tak keluar-keluar bilik kat opis ni paham-paham je lah, aku tengah busy buat programming php dan mysql bukan surfing internet ye. kalau keluar pun sebab nak pergi tandas je. ni nak rehat jap sebab otak dah letih.
Labels:
my life
Tuesday, October 5, 2010
stupid nurse i ever met
aku baru je balik dari check up kat klinik kesihatan rasah. rasa sakit hati dan membazir masa betul. tujuan untuk checkup hari ini ialah untuk minum air gula dan juga scan perut. appoimen pukul 8.00 pagi. jadi maknanya aku memang masuk opis lambat la hari ni.
Labels:
my life
Subscribe to:
Posts (Atom)