Sunday, January 23, 2011

rindu padamu

7 januari 2011 lepas genaplah 15 tahun arwah abah aku meninggal dunia. entri ni lambat sebab aku ketiadaan internet untuk berblogging. arwah abah aku meninggal di hospital kuala pilah kerana sakit darah tinggi. masa tu aku baru je 2 hari masuk tingkatan 2. tak sangka aku akan kehilangan abah secepat tu. walaupun arwah abah aku seorang yang garang tapi semua yang dia buat untuk kebaikan anak-anak dia. dan kompemlah aku anak manja arwah abah sebab aku anak bongsu. tapi anak manja pun sebat tetap sebat. marah tetap kena marah. huhuhu.



aku sedih sebab arwah abah aku tak sempat nak tengok kejayaan-kejayaan aku. kalau bukan sebab arwah abah aku, mata aku takkan terbuka untuk belajar bersungguh-sungguh dan aku takkan berada ditempat aku berada sekarang. tapi sayang...arwah abah dah takde untuk tengok semua tu. tapi aku tertanya-tanya juga...kalau arwah abah aku hidup lagi  adakah aku akan berusaha seperti mana ketika arwah abah aku telah tiada?

aku ingat lagi, aku menangis bila tengok arwah abah aku terlantar sakit kat hospital. cuba bayangkan, seorang yang kuat, garang, selalu marah anak-anak dia, tiba-tiba boleh terbaring tak bermaya sambil sedut oksigen. arwah abah aku pergi cepat sangat. masa aku budak lagi. entah macam mana rasanya ada abah kalau dah dewasa ye...

sesungguhnya aku rindu kenangan semasa arwah abah aku ada. aku rindu kena marah. rindu kena sebat. rindu kena siram segayung air kat muka masa tido sebab susah sangat nak bangun pergi sekolah. rindu kat arwah abah yang selalu bawak aku jenjalan. rindu pada kebaikan dalam kegarangan beliau. huhuhu. nak nanges...

al-fatihah untuk arwah abah aku...amin.

1 comment:

mekchu said...

al-fatihah...

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails