Saturday, January 22, 2011

makcik from hell

walaupun encik capo grande dah pun buat entri pasal nenek dinosor, aku nak gak wat entri pasal tu. cerita mungkin sama cuma bezanya aku menulis dari sudut pandangan dan luahan hati aku. aku lambat update blog sebab aku kan tengah berpantang kat rumah abang aku. takde internet…tu pasal slow jek. huhuhu.


alkisahnya 5hb jan yang lepas, sebaik saja nurse yang datang buat pemeriksaan kat rumah bagitau arissa kena kuning, aku dan encik capo grande bergegas ke klinik kesihatan rantau untuk buat pemeriksaan. arissa baru saje berusia 4 hari masa tu. sampai saja kat klinik, terus nurse tu bawak arissa masuk bilik untuk diambil darah. aku yang duduk menunggu diluar bilik tak henti-henti doa supaya kuning arissa tak tinggi dan tak perlu masuk wad. tiba-tiba dengar suara arissa menangis. masa tu mungkin tumit arissa dah disuntik untuk diambil darah. tangisan yang tak henti-henti dan semakin kuat membuatkan hati aku tiba-tiba sebak. tak pasal-pasal meleleh air mata aku kat situ sebab tak sampai hati dengar arissa menangis menahan sakit. lepas darah dah diuji, keputusannya kuning arissa memang tinggi dan terpaksa masuk hospital besar. kami tak mahu masuk ke hospital besar sebab macam-macam masalah kalau masuk kat sana nanti. jadi, kami terus ke klinik bersalin sukhilmi dan masukkan arissa di wad di sana. lagipun nurse-nurse kat situ baik-baik dan mesra (ni nurse yang kami jumpa semasa aku bersalin dan tinggal disana dari hari ahad  - isnin).

masuk saja wad arissa terus diletakkan dibawah lampu biru sambil matanya ditutup dengan penutup mata. nurse kat situ kata kalau kami tak nak tinggal di wad pun takpe. tinggalkan je arissa kat situ dan dorang akan jaga arissa. tapi hati aku berat nak tinggalkan arissa disitu. jadi, aku dan encik capo grande masuk wad sekali. hati tak tenang kalau aku balik rumah dan tinggalkan arissa di wad seorang diri. semuanya berjalan dengan lancar. aku baring-baring di katil seorang diri kerana encik capo grande pergi shah alam sebab ada urusan. sekali sekala terdengar suara teriakan arissa menangis. serentak dengan itu juga terdengar suara nurse-nurse muda memujuk arissa. ikutkan hati aku, aku nak pergi ambil arissa tapi arissa kan sedang dirawat dibawah cahaya lampu. bila dengar arissa menangis, entah kenapa mudah sangat airmata aku meleleh. rasa rindu sangat nak dukung dan cium arissa walaupun aku dan arissa hanya dipisahkan oleh dinding dan pintu. tapi aku tak risau sangat sebab tahu nurse kat situ jaga arissa dengan baik. sekali sekala aku menjenguk arissa yang nyenyak tido dibawah cahaya lampu biru. kesian tengok dia sebab tak berbaju dan mata kena tutup pulak. tapi tu je caranya nak elokkan arissa dari kuning.

aku sempat beborak dengan nurse kat kaunter bertanyakan malam ni dia jugak ke yang jaga arissa? nurse muda tu kata bkukan. ada 2 orang makcik yang akan tukar shift pukul 9 malam nanti. bila dia sebut makcik, terus hati aku mula tak tenang. hampir pukul 9 malam, 2 orang makcik tersebut mula menampakkan diri. dari raut wajah makcik tu aku dah tau…malam ni mesti teruk. dan ia dibuktikan dengan makcik-makcik tersebut mula menaunjukkan belang masing-masing sedikit demi sedikit. mula-mula sampai je terus tarik langsir kat katil aku dengan kasar. pastu mulut mengomel-ngomel marah bila beg yang dia letak kat loker katil aku dah dikeluarkan dan diletak kat bawah. sape suh simpan barang kat katil pesakit. kompemlah kena keluarkan bila ada orang masuk wad dan stay kat katil tu.

tak lama lepas tu encik capo grande pun sampai dari shah alam. mujur lah dia ada. kalau tak…ntah macam mana aku sensorang handle makcik macam syaitan tu. kami terdengar arissa menangis nangis dari bilik nursery. agak lama tapi tak dengar pun suara makcik-makcik tu. encik capo grande pun pergi a cari makcik2 tu sementara aku ke tandas. keluar je dari tandas, nampak makcik 2 orang tu tengah sorong arissa dengan lampu-lampu tu skali ke katil aku. dia bukan nak cakap apa-apa. tiba-tiba je terus masuk dan tolak-tolak beg-beg aku yang ada kat tepi dinding. aku pun tanya lah, ‘makcik carik apa?’ pastu baru dia kata nak letak budak ni kat sini. aku ingat encik capo grande yang suruh. tapi plug kat bilik aku tak boleh pakai so makcik ni tarik kat katil depan. pastu terus dorang landing atas katil pesakit sambil berselimut dan tengok tv citer indon sambil terdengar mengumpat-ngumpat watak dalam citer tu. pastu arissa menangis lagi. boleh makcik 2 orang ni buat pekak je dan tak berganjak dari katil padahal diorang letak arissa kat tengah2 antara diorang. aku pun terus bangun dan kebetulan serentak aku bangun, makcik tu pun membising macam yang tertulis kat blog encik capo grande. aku pun terus amik arissa dan tengok penutup mata dia dah tertanggal. encik capo grande pun marah-marah la makcik tu sebab tak tengok arissa dan biarkan je dia menangis. tapi makcik tu memang jenis telinga tuli dan kulit muka macam badak. boleh buat bodoh je. sakit betul hati aku.

lepas dah puas tengok citer indon, dorang sorong arissa masuk bilik nursery dan kunci pintu. terdengar encik capo grande marah-marah suruh makcik tu jangan kunci pintu. malam tu aku taknak tido. tapi apakan daya…aku baru je bersalin 5 hari…letih sangat. so, aku terlelap. lagipun encik capo grande berkeras suruh aku tido dan dia akan berjaga dan jenguk2 arissa. tapi aku sekejap-sekejap terjaga dan tengok encik capo grande kusyuk mengadap laptop. pukul 3 pagi aku terjaga dan suruh encik capo grande tido dan aku akan berjaga. tapi dia taknak pulak. encik capo grande suruh aku pergi tengok arissa. aku pun pergilah sambil bawak susu yang aku pam sebelum tido malam tu.

mula-mula try bukak pintu tak dapat2. ingatkan makcik tu kunci. tak taulah makcik tu kunci atau pintu tu yang ketat. aku ketuk-ketuk makcik tu bukak pintu yang lagi satu sambil tanya nak apa. aku bagilah botol susu tu. makcik tu amik dan terus tutup pintu. niat hati nak jenguk arissa, langsung tak dapat. pastu encik capo grande suh  aku bukak je pintu lagi satu tu. aku try bukak tapi tak dapat-dapat. aku ketuk-ketuk sambil panggil makcik tu…langsung buat tak reti je. tak bukak pun pintu. aku bagitau a makcik tu tak nak bukak. on the spot tu jugak encik capo grande bangun dengan muka marahnya terus pegi tolak pintu tu kuat-kuat. terus encik capo grande bertekak dengan makcik tu. macam-macam yang keluar. aku pulak yang takut. terus je aku peluk encik capo grande bagi dia tenang sket dan cool down. tapi tak taulah dia jadi tenang ke tak. huhuhu. pastu aku sambung tido dan tejaga pukul 4 lebih. lamanya aku nak menunggu pukul 7 pagi sebab tu time shift nurse betukar. hati aku betul-betul tak tenang selagi makcik 2 ekor tu jaga arissa. sebab dorang bukan jaga pun tapi tido dan beborak je. tu yang buat kami risau. arissa melalak pun dorang buat tak tahu je.

pukul 6 pagi terdengar suara arissa menangis lama sangat. terus aku bangun dan pergi tengok, dan dan tu je makcik tu terus bagitau dah mandikan arissa. aku buat bodo je dan terus masuk bilik nursery. menangis aku tengok arissa menangis sorang-sorang lame2 tapi takde sape pedulikan dia. sampi serak-serak suara arissa menangis. terus aku dukung arissa dan bawak ke katil sambil bagi susu. aku duduk membelakangkan encik capo grande tanpa dia sedar sebenarnya aku tengah menangis sambil susukan arissa. aku sedih orang buat anak aku macam ni. baru je 5,6 hari nak hidup. jahat punya makcik!!! terus je aku doa dia masuk rumah orang tua-tua dan dapat layanan lagi teruk dari dia buat kat arissa.

esok paginya, ketika encik capo grande tido, terus aku mengadu kat doktor pasal perangai makcik 2 orang tu. masa tu nurse dah tukar shift dan aku lega sangat makcik 2 ekor tu dah berambus. siang tu arissa dah dijaga oleh nurse2 muda yang baik hati. jadi, hati aku tak risau macam malam tu. aku tak henti-henti doa supaya arissa boleh keluar wad supaya malam tu tak perlu jumpa nenek dinosor tu lagi. lagipun doktor tu dah janji dengan aku akan ganti nurse lain kalau arissa kena stay kat wad lagi. aku jadi lega pukul 2 petang, nurse bagitau arissa dah boleh keluar sebab kuning dia dah turun. lega sangat aku sebab tak perlu jumpa makcik macam syaitan tu lagi. berani dorang buli anak aku. dorang tak tau ke aku ni wildcutecat!!! cuma masa tu aku baru lepas bersalin, tak dapat nak garang-garang sangat. sakit lagi...huhuhu.

huhuu…panjang lebarkan cerita aku nih.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails