Monday, February 25, 2013

kembali bersatu

kursus yang aku hadiri telah pun tamat hari jumaat yang lepas. tak sabar nak abis kursus sebab nak  balik jumpa arissa. tak sabar nak bagi arissa hadiah 'menan' sebab aku dah janji dengan arissa aku akan belikan mainan untuk dia.

nasib baik la malam hari khamis roomate ajak keluar pegi paradigm mall. kalau tak, tak dapat lah aku nak belikan arissa mainan sebab aku umpama hilang sayap sepanjang tempoh berkursus. puncanya ialah sebab aku tak bawa kereta. kalau bawa kereta pun belum tentu aku nak keluar jugak memandangkan parking yang terhad. eh eh. tersebut lak paradigm mall. dah abis kursus dan dah balik rumah takpe lah bagitau kat mana aku kursus. aku kursus kat kelana jaya je. dekat je dengan seremban nak berulang pun boleh sebenarnya. tapi kat sana memang jem nak mampus, jadi tak kuasa aku nak drive merempuhh jem pagi petang.

kami yang berkursus Joget Workflow. yang lelaki baju putih itu Hugo. tenaga pengajar chinese yang sangat best mengajar yang pernah aku jumpa.

habis saja kelas terakhir aku terus berjalan kembali ke bilik hotel. tak makan tengah hari pun sebab kenyang + lauk hari terakhir tak berapa menarik (bagi aku). tapi kalau aku lapar, aku makan jugak.
lebih kurang pukul 1 tengah hari, checkout dan teruskan perjalanan pulang ke seremban. balik kursus aku tak naik kereta jabatan tetapi menumpang kereta roommate. malas nak naik kereta jabatan masa balik sebab nanti driver akan hantar penumpang balik ke rumah masing-masing (ikut permintaan) dan kebiasaannya aku adalah yang terakhir sebab aku akan turun di opis. bayangkan kalau ada 10 orang dalam van dan 9 orang nak dihantar ke rumah yang berlainan destinasi tetapi masih dalam kawasan seremban. patut pukul 2 petang dah sampai rumah tapi sebab dah terjebak dalam van yang banyak arah nak pergi, dalam pukul 3 baru sampai. tapi hari tu ada 5 orang je dalam van namun tetap dah amik banyak masa aku untuk berjumpa dengan arissa. nasib baik rommate offer tumpang keta dia, kalau tak, naik kereta jabatan juga lah aku.

sampai di rumah, badan aku dah menggigil sebab lapar. tu la eksen sangat taknak makan sebelum balik tadi. sudah lah nak kena bawak beg berat naik tangga tingkat 3. dengan kudrat yang ada, mengangkutlah aku beg besar 1, beg sandang 1, beg laptop satu dan beg isi makanan (biskut/cikedis) naik tangga hingga ke tingkat 3. dengan menggigil-gigil lapanya. sampai dalam rumah terus berlari carik air lepas tu makan biskut. rehat dalam 10 minit lepas tu terus keluar jemput arissa. tak sabar nak jumpa arissa. tak tahulah arissa teringatkan mak dia atau rindukan mak dia ke tak. tapi aku memang rindu sangat dengan arissa.

arissa dengan pemenan baru segar dari kedai

sampai aje ke destinasi, terus cari arissa. arissa pun bila nampak aku:

"makkkkkkkkkkkk"

hihi. macam rindu aje bunyiknye tu.

aku pun terus dukung arissa. arissa pulak entah mana belajar terus usap-usap pipi aku. bikin aku segan aje. hahaha.

"mak nek ben. mak nek ben" ( mak naik van. mak naik van).

"mak g kucuc" ( mak g kursus).

tegelak aku dengar arissa cakap. ye lah, masa aku tinggalkan arissa hari ahad lepas masa nak pergi kursus tu kan aku naik van. tu yang arissa nangis cembeng-cembeng je muka dia masa tu.

kelakar pulak arissa ni.



bila aku dah dukung tu terus arissa taknak turun turun dah. dia takut aku tinggalkan dia lagi.

"mak, nak balik umah" arissa cakap sambil tunjuk pintu suruh aku keluar.

masuk dalam keta terus bagi arissa pemenan baru untuk dia. disebabkan pemenan baru, kusyuk lah dia main. tapi esoknya, dah nak taknak main. dah muak la tu.

ok itu aje la entri gembira berjumpa arissa semula ni.

Wednesday, February 20, 2013

keseronokan berganda buat aku

tahun baru cina sudah pun berlalu. walaupun aku ada campuran darah cina, tapi aku dan family tak pernah sambut. malah saudara mara yang berketurunan cina juga kami tak kenal. kalau kenal mesti seronok.

 ada dua perkara yang aku suka bila tiba raya cina ni selain daripada cuti. pertama ialah limau. semua pun tahu menjelang tahun baru cina pasti berkotak-kotak limau dijual di kedai-kedai dan pasaraya. yang keduanya ialah lion dance ataupun tarian singa. aku memang suka sangat tengok orang cina buat persembahan lion dance. selalunya tengok kat shopping complex. itupun kebetulan aku berada disana semasa mereka buat persembahan.

aku memang kagum gila macammana dorang boleh buat lion dance tu. memang la mereka berlatih selalu, tapi aku tetap kagum macammana step orang dibelakang boleh seiring dengan step orang didepan walaupun yang dibelakang tak nampak apa yang berlaku dihadapan. semuanya bergantung kepada pergerakan kaki orang didepan. kot-kot ada trick lain, aku tak pasti pula.

semasa tahun baru cina yang lepas, aku tak berpeluang nak menonton persembahan lion dance sebab tak pergi kat mana-mana shopping complex. aku agak kecewa sket la. untuk mengubat kekecewaan itu, pada weekend yang lepas aku tengok kat youtube je dengan arissa. tak dapat tengok live tengok kat youtube pun jadilah.

singa yang sedang jalan-jalan di dalam opis ABC

namun begitu, ada sesuatu yang berlaku pada hari semalam (isnin 18.2.2013) yang membuatkan aku mempunyai keseronokan berganda. seperti dalam entri aku sebelum ni, aku ada khabarkan aku sedang berkursus. semalam ialah hari pertama berkursus di company ABC. semasa sedang berkursus didalam kelas, kedengaran diluar sana bunyi gendang yang untuk lion dance tu. aku yakin ada perarakan lion dance diluar. makin lama semakin kuat. hati meronta-ronta nak pergi tengok.


aku dah mula berdebar-debar. jap lagi singa nak lalu depan aku.

tiba-tiba urusetia memaklumkan perarakan lion dance akan masuk dalam opis tu dan buat persembahan.

fuhh!!! serius berdebar walaupun dalam sarung tu orang. damm!
wow!!! hebat betul. tak pernah aku tahu perarakan lion dance akan singgah dari satu opis ke satu opis untuk buat persembahan. rasa teruja sangat. kami diajak untuk menonton sama. mula-mula 2 ekor singa masuk dalam opis dan jalan-jalan. singa-singa tu didiringi oleh 2 orang yang pakai topeng. aku tak pasti apa peranan yang pakai topeng tu. lepas jalan-jalan keliling opis, mereka pergi ke ruang tamu pejabat dekat pintu masuk dan buat persembahan.

sedang buat persembahan diiringi gendang. ada dua ekor sebenanya tapi sekor lagi tak berapa nampak pula dalam gambar ni.

wah!!! tak sangka aku dapat tonton lion dance depan mata. hanya lebih kurang 2 meter je jarak antara aku dan singa-singa tersebut. aku sangat kagum. memang keseronokan berganda sangat aku rasa. bila singa tu dekat sket dengan aku, aku rasa berdebar. macam rasa real pulak singa tu walaupun orang didalam kostum singa tu. sebenarnya aku tak nampak pun sarung yang dorang pakai tu macam singa. aku nampak macam binatang yang aku tak pasti apa tapi sangat comel.



kalau arissa ada mesti dia excited tengok lion dance walaupun takut-takut. jadi, aku rakamkan video persembahan lion dance tu khas untuk arissa tengok bila aku abis kursus nanti. aku cuba upload video tu kat sini tapi tak menjadi pula.

semalam adalah hari excited berganda untuk aku. berganda sebab aku suka tengok lion dance + dapat tengok depan mata dalam jarak dekat.


Tuesday, February 19, 2013

tinggal sayang tinggallah pujaan

aku takde di pejabat seminggu ni. bukan cuti rehat bukan juga mc. tapi sedang berkursus di suatu lokasi di luar negeri sembilan. bila sebut pegi kursus mesti lah seronok. sebab dah terbayang tido kat hotel, makan 6 kali sehari, tak payah pegi opis, tak payah fikir pasal kerja dan sebagainya. memang seronok.

tapi...semua tu hanya seronok kalau aku ni bujang. disebabkan aku ni ada anak, semua keseronokan tu tak ada. aku rasa sedih aje sebab nak tinggalkan arissa seminggu. sehari pun aku taknak tinggalkan dia inikan pula seminggu.


ini bukan gambar di hari kejadian. ni masa g kenduri kawin

kalau boleh, mana aku pegi kursus aku nak bawak arissa. hidup akan lebih bermakna jika arissa ada sekali. apa guna tido hotel tanpa arissa di sisi? huhuhu.

aku bertolak ke lokasi kursus pada hari ahad lepas. disebabkan lokasi tempat kursus adalah lokasi jem yang teramat maka aku malas nak bawak keta. nanti nak fikir jem, nak fikir parking. semua tu boleh buat stress. jadi, aku bersama-sama teman seopis yang lain naik kenderaan jabatan. pukul 5.45 petang arissa dan encik capo hantar aku ke opis sebab siapa yang naik kenderaan jabatan kena berkumpul di kawasan opis sebab nak bertolak pukul 6 petang.



sebelum naik van, cium arissa banyak-banyak. buat stok pelepas rindu. bila dah masuk dalam van dan duduk, terus tengok arissa.

alahai....sayu rasa hati tengok muka arissa dah cembeng-cembeng menahan nangis sambil pandang aku. maksud pandangan mata dia minta aku amik dia dan bawak masuk dalam van sekali. air mata pun dah bergenang kat mata arissa. arissa dah besar, dah faham yang mak dia tak bawak dia. pendek kata dah tau yang dia kena tinggal. aku takde lah amik gambar arissa muka tengah cembeng-cembeng tu. kejam pulak rasanya budak tu tengah sedih, pegi amik gambar pulak.



sedih je aku tengok arissa cembeng-cembeng nak nangis tu. aku pun dah rasa sebak sangat tak sampai hati nak tinggalkan arissa. nak aje aku turun dari van dan bawak arissa sekali. tapi kalau aku bawak nanti, siapa pula nak jaga arissa sepanjang aku di kelas?

bila van dah bergerak dan semakin lama aku semakin jauh dari arissa tiba-tiba rasa sayu. terus aku temenung sensorang sambil teringat arissa. tetiba rasa kosong. terus dengar mp3 walkman lagu-lagu sedih. selalunya aku akan dengar lagu kpop yang rancak-rancak. tapi disebabkan mood sedih tinggalkan arissa, terus layan lagu melayu yang tangkap leleh.



dalam pukul 7 lebih malam tu kiteorang pun sampai di hotel. walaupun dah masuk dalam bilik hotel, aku masih teringat arissa. muka sedih dia, muka cembeng dia tadi, mata dia yang bergenang menangis tadi.  disebabkan arissa takde, aku tengok je gambar arissa dalam henpon. lepas tengok cium sekali gambar dalam henpon tu.

rindu sangat dengan arissa. wish u were here.


tak sabar nak habis kursus. balik rumah dan peluk cium arissa. rindu dengan celoteh dan mulut pot pet pot pet arissa.

mummy loves u...


Wednesday, February 13, 2013

masa untuk futsal


tendangan hebat dari arissa

2 minggu lepas, aku telah join encik capo dan anak-anak buah aku yang dah bujang-bujang main futsal kat kompleks sukan paroi, seremban.

akhirnya tercapai jugak impian aku untuk main futsal. impian yang aku pendam sejak 2007. masa tu impian aku tak tercapai sebab aku tak ada geng nak main.

rupa-rupanya aku kena tunggu anak-anak buah aku bujang dulu baru boleh main. antara yang main futsal pada malam kejadian ialah:

1. encik capo - laki aku
2. a.ali - laki kakngah
3. akim
4. duan hadi
5. adif
6. helmi
7. arip
8. nurin
9. shira
10. kakngah
11. aku le...

* no 3 - 9 adalah anak-anak buah aku yang masing -masing berumur antara 10 - 19 tahun.

untung la aku ramai anak buah. kalau tak, tak merasa la aku nak main futsal. tapi awal-awal dah pesan dengan dorang jangan main ganas-ganas sebab aku baru nak belajar. dorang semua yang lelaki ni dah terer main.



disebabkan aku tak pernah main futsal, 30 saat pertama, aku rasa sangat lelah. terlari sana terlari sini. memang penat gilos mengejar bola. sepak bola pun asik tak kena. asal bola datang kat aku, automatik aku tejerit-jerit gedik. bukan saja nak menggedik tapi automatik, tak boleh dikawal.


bila dah dapat biasakan diri, terasa main futsal ni sangat best. bila dah asik terlari sana sini, rasa dah tak penat sebab dah sebati gitu. dalam ramai-ramai yang main ni, yang perempuan je tak pernah main. tapi aku perhatikan kakngah boleh tahan jugak main. kalah aku. paling tak tahan, dia boleh sambut bola terus sepit kat celah kaki. kalau pas bola kat aku memang manjang cicir aje. hahahha.


dua kali aku jatuh sepanjang main futsal ni. bukan langgar sesape pun tapi aku tak boleh nak brek bila dah berlari-lari tu. main futsal pakai kasut untuk running memang tak sesuai sangat. akibatnya tegolek la macam buah epal jatuh. kalau aku nak terus berkecimpung dalam dunia futsal, nampaknya aku kena lah beli kasut futsal lepas ni.


mak aku pun datang tengok anak, menantu dan cucu main futsal.


arissa yang melalak kat tepi gelanggang sebab tak dapat join main. nasib baik ada kaktih, lida dan mimi yang bawak arissa main kat playground.


ni shira. sekolah darjah 4 rasanya. boleh tahan jugak dia main. 


ni masa dah abis main futsal. rasa tak puas pula main 1 jam je. dalam gambar ni ada nurin, helmi dan duan hadi. kat belakang tu pula, kaktih, mak aku dan lida.



sementara semua sedang berehat-rehat minum air, arissa pun nak jugak sepak bola. kesian arissa tak merasa nak main dalam gelanggang. aku ingat lepas abis main nak bawak arissa masuk dalam gelanggang, nak suruh sepak bola masuk gol. tapi tak sempat sebab orang yang dah booking selepas kiteorang dah sedia menunggu. kalau dorang belum tunggu, kompem semua tak berhenti main lagi. 

itu je cerita main futsal. harap-harap lepas ni bole join lagi. 

Tuesday, February 5, 2013

punca keyboard rosak

aku ada netbook. netbook aku warna purple. aku beli pada bulan jun 2011. aku beli netbook sebab dia kecik dan boleh sumbat dalam handbag. jadi tak perlu bawa dua beg bila nak pergi mana-mana. jika dikira-kira secara kasar, dah setahun lebih aku memiliki netbook itu.

sebijik macam netbook aku. (gambar ehsan adik google)

tapi aku rasa dah dua bulan lebih aku tak bukak netbook aku. aku sakit hati sangat dengan netbook itu. sebenarnya bukan sakit hati dengan netbook, tetapi dengan keyboard netbook itu. bukan semua button keyboard rosak. mungkin 5 ke 6 button buat masa ni. esok lusa siapa yang tahu?

mula-mula dulu rosak sebab kebengongan aku sendiri. masa tu belum sampai setahun pun beli netbook. aku pelik bila ada suatu hari tu, aku sedang menaip, bila tekan huruf i dia keluar nombor 5. test huruf lain ok pula.  tapi huruf u, i, o, p, j, k, l, bila ditekan dia akan paparkan simbol dan huruf. aku dah rujuk tutorial kalau keyboard rosak ni. tapi tak dapat setelkan. geram betul aku masa tu. dah siap maki-maki netbook tu bodoh. sejak tu aku tak on netbook tu dalam 2-3 minggu sebab sakit hati. kalau diikutkan, boleh saja guna on screen keyboard. tapi aku tak suka sebab lambat nak menaip.

pada suatu malam yang dingin, encik capo tiba-tiba bertanya tentang permasalahan keyboard yang aku alami. aku pun dengan tak bersemangatnya bagitau yang keyboard netbook dah jahanam, dah tak boleh nak buat apa lagi. dengan gaya laksana ahli nujum pak belalang, encik capo pun tekan button num lock pada keyboard netbook aku dan suruh aku test. tiba-tiba bagaikan sakti, button-button huruf yang bila ditekan keluar nombor dan simbol kembali pulih seperti sedia kala.

aku tertekan button num lock je selama ni.  demmit! sia-sia aku maki keyboard netbook aku. nasib baik aku belum hantar repair kat kedai lagi.

selepas beberapa bulan berlalu, satu demi satu keyboard aku rosak semula. kali ni bila ditekan memang tak keluar apa-apa. sakit hati bukan kepalang bila aku dapat detect punca button-button keyboard aku rosak.
puncanya ialah semut-semut bersarang dalam dalam netbook. geram sungguh aku. ada ke patut bersarang, bertelur, mengawan bagai dalam keyboard netbook aku? bila aku terbalikkan netbook dan hentak-hentak manja kat meja, berduyun la semut-semut halus merah jatuh. puas lah aku hentak-hentak netbook sampai rasa semua semut dah lari atau mati kena hempuk dengan aku. entah ada guna bahan berunsurkan gula kah dalam netbook tu sehingga semut-semut bersarang dalam netbook tu?

walaupun semut-semut dah kurang dalam keyboard tu, beberapa button keyboard masih tidak berfungsi dan aku consider takkan berfungsi langsung dah lepas ni. hari-hari berlalu, aku perasan semut-semut dah merayap semula kat netbook aku. seperti yang dijangka, mereka dah bersarang semula dalam netbook. koddemmot!!! aku siap sembur dengan sheltox kat keyboard netbook tu (sembur jarak jauh), tapi semut-semut masih bermaharajalela dalam netbook aku. button-button keyoard pun semakin hari semakin banyak yang rosak.

disebabkan aku sangat hati, aku tak on netbook dah dekat 2 bulan lebih. kali ni memang button keyboard aku tak dapat diselamatkan lagi.

kali ni memang betul-betul rosak disebabkan semut. aku teringin nak cabut keyboard tu sebab nak tengok dah berapa juta semut halus merah dalam tu dan spray dengan sheltox. tapi nanti tak reti nak pasang balik.

sekian, entri keyboard rosak dari aku.

Monday, February 4, 2013

25 jan tanpa neelofa




pada 25 jan yang lepas adalah besday encik capo yang ke 32 tahun. seperti tahun-tahun yang sebelumnya aku tak tahu nak bagi hadiah apa kepada beliau. hadiah untuk lelaki sangat susah nak fikir. encik capo minat dengan neelofa. niat dihati, aku nak hadiahkan neelofa kepada beliau. tapi...hans isaac dah cop dulu. disebabkan sangat susah nak fikir maka hadiah untuk beliau aku tolak ketepi dahulu.

neelofa idaman encik capo. (gambar ehsan akak google.)

seperti setiap tahun yang telah berlalu ni encik capo pasti akan cuti pada hari lahir beliau. aku tidak bersubahat dengan beliau untuk turut serta cuti. kerana aku yakin dan pasti beliau tiada rancangan yang menarik pun untuk sambutan besday beliau.



balik dari kerja pada 25 jan lepas, selepas jemput arissa, aku pun singgah di kedai kek baker's cottage di seremban. sedang aku sibuk memilih kek, encik capo call pula bertanyakan lokasi aku sebab aku lambat balik. disebabkan aku taknak kantoi aku sedang membeli kek untuk beliau tanpa pengetahuan beliau, maka automatik aku menjawab aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas. sedangkan hakikat sebenarnya, aku sedang memilih kek manakala arissa sibuk nak set besday yang ada topi besday, topeng, belon, wisel dan sebagainya.

arissa: "mak, nak abebaiday to yu"

wildcutecat: "ok. kejap lagi ye, nanti mak beli. mak nak pilih kek dulu."

punyalah sporting mak kau arissa. mana nak dapat mak cenggini? ;-p.

lepas pilih kek, aku pun bayar harga kek dan set besday yang arissa mintak tu. aku beli kek yang setengah kilo sahaja. sebab kami bertiga saja di rumah.



sesampai di rumah, aku terus masuk dalam dengan arissa dan membiarkan kek di luar. kebiasaannya bila aku balik, encik capo memang akan mengadap pc tanpa menjenguk aku yang baru balik. tapi entah kenapa hari tu beliau sibuk pula datang kat ruang tamu dan baring bagai pula. aku ingat nak keluarkan kek dan pasang lilin siap-siap dan masuk rumah lalu nyanyi heppy besday to you. tapi disebabkan encik capo dah tebaring kat ruang tamu terus plan aku tak jadi.




5 minit tunggu, beliau tak berganjak dari ruang tamu. 10 minit. beliau masih dikedudukan sama. 15 minit. huh. disebabkan beliau tidak berganjak dari ruang tamu, terpaksa aku keluar dan bawak masuk kek yang masih dalam kotak dan plastik.

"surprise!!!!" kataku sambil tunjuk plastik berisi kotak kek.


lalu kami berdua pun makan kek bersama homemade chocolate shake, sambil arissa sibuk main topeng dan mainan abebaiday to yu dia.




walaupun aku dah ucapkan, tapi aku mahu ucapkan sekali lagi:

"happy besday to you, encik capo"


Friday, February 1, 2013

pembunuhan? seram? misteri? ya, aku suka.

** entri ditaip pada pukul 10.33 malam. ketika ini arissa sedang minum susu dan encik capo seperti malam-malam yang sebelumnya. duduk didepan pc entah buat apa.**


aku, encik capo dan arissa baru sahaja balik dari seremban parade. sebenarnya tiada rancangan nak ke seremban parade pun sebab semalam dah pergi sana. tapi disebabkan encik capo nak keluar sebab ada urusan, jadi aku juga mahu ikut kerana aku masih belum berani tinggal berdua dengan arissa sejak kisah seram yang aku ceritakan dalam entri lepas. memandangkan aku sangat malas nak memasak untuk makan malam (hari-hari pun memang malas ;-p), maka aku mencadangkan makan di chicken rice shop dalam seremban parade, sebelum encik capo melakukan urusan beliau.

selepas makan, kami singgah di kedai menjual buku terpakai di sebelah chicken rice shop tersebut. ada banyak buku terpakai berbahasa inggeris yang dijual. ada novel, buku ilmiah dan buku kanak-kanak. aku sememangnya minat membaca novel english dan selalu juga beli di mph atau popular. harga di kedai buku terpakai ni paling mahal hanya RM 5.00. keadaan buku ada yang masih seperti baru dan ada juga sudah nampak lusuh.

aku suka baca novel berkaitan pembunuhan dan novel seram atau misteri. selain daripada tu aku tak minat. oleh itu, setiap kali masuk mph atau popular aku memang akan mencari rak yang menempatkan novel-novel tersebut. begitu juga dalam kedai buku terpakai ni tadi. mata aku meliar mencari novel tentang pembunuhan dan novel seram atau misteri sahaja.

novel-novel yang aku beli
aku paling suka novel seram hasil penulisan R.L Stine. tapi memang susah aku nak jumpa buku beliau kecuali yang Goosebumps. jika aku jumpa aku memang terus beli tanpa berfikir 2 kali kerana jika aku tunggu dan beli  kemudian, aku takkan jumpa buku tersebut lagi walaupun dah sorokkan di celah-celah buku lain. aku berkata begini kerana aku pernah buat 2,3 kali sekitar tahun 2007 ke 2008. masa tu duit memang tengah sengkek jadi tak mampu beli. bila gaji masuk, terus ke mph untuk beli novel R.L Stine yang aku sembunyikan tapi buku tersebut sudah tiada lagi. dammm! sampai sekarang aku tak jumpa lagi novel tersebut. entah apa tajuknya aku lupa.

aku cuma suka membaca novel-novel berunsur pembunuhan tetapi aku tidak suka ia berlaku di alam realiti. sangat menakutkan. aku juga tidak akan membaca novel seram atau buku cerita seram dari penulis malaysia, singapore atau indonesia. ini kerana aku akan jadi takut dan susah tido malam kerana selalu terbayang-bayang hantu dalam novel atau buku cerita tersebut. otak aku sangat kreatif berimaginasi tentang hantu. jika penulisnya adalah mat salleh, suasana dan karakter hantu dalam novel mereka berlainan dengan budaya di sini. jadi aku kurang takut. ;-p.


encik capo minat buku-buku macam ni. aku memang tak boleh blah buku begini. 
hasil di kedai buku terpakai tadi, aku beli 6 novel dimana dua novel pembunuhan, tiga novel seram dan satu novel misteri. encik capo juga membeli buku kegemaran beliau. tidak lupa juga arissa turut dapat buku. disebabkan arissa memang suka tengok buku, maka aku memang selalu beli buku untuk dia. aku kata tengok buku sebab arissa belum pandai membaca. jadi dia hanya tengok gambar-gambar dan tanya:

"ape tu? ape tu mak?"

selagi tak jawab, selagi tu dia akan tanya soalan yang sama berulang-ulang.

selalunya aku beli buku bergambar pasal animal, words dan counting. kali ni aku beli buku cerita tentang naga pula.

sila abaikan pemandangan di belakang arissa ;-p

ok, itu saja. sekian.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails