dah lama kami (aku, encik capo, arissa) tak pergi bercuti. rasanya last kami jalan-jalan dan check in hotel ialah semasa aku tamat kursus induksi di INTAN kat kluang hujung bulan mei tahun lepas (2012). masa tu kami jalan-jalan di melaka dan tido kat hotel disana 2 hari satu malam. selepas daripada tu takde dah.
pada 6-7 Julai 2013 yang lepas, kami telah ke Gold Coast di Morib. tapi bukan kami bertiga saja. ada lebih kurang 30 orang lagi yang turut serta. ia sempena family day opis encik capo.
eh, bukan aku dan encik capo satu opis ke?
sebenarnya pada april- jun lepas encik capo telah dipinjamkan ke jabatan J. jadi..bila mereka buat family day, mereka ajak encik capo join sekali. lalu encik capo mengajak aku dan arissa turut serta.
bertolak dari seremban pukul 12 tengah hari dimana 4 kereta yang tak tahu jalan nak ke sana telah berkumpul dilokasi yang dipersetujui untuk follow kereta yang tahu. perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit dimana pukul 1.20 petang, kami dah sampai di hotel dan berkumpul di lobi hotel. masuk-masuk aje kat lobi hotel aku dan arissa dah teruja sebab nampak water theme park dalam hotel tu.
hebat!
arissa dah tak menyempat-nyempat nak mandi kat theme park tu. melompat-lompat aje sambil ajak aku masuk sana. tapi emak dia lebih tak menyempat lagi rasanya cuma takde lah melompat-lompat macam arissa.
|
bawak barang macam nak tinggal seminggu padahal 2 hari 1 malam je |
lepas dapat kunci bilik, kami pun ambil barang dalam kereta untuk bawak masuk dalam bilik. sampai-sampai depan bilik, kad access tu tak berfungsi pula. jadi...tugas encik capo la untuk turun kat kaunter lobi tu semula. sementara tu aku dan arissa menikmati pemandangan water theme park dari koridor.
|
pemandangan dari koridor |
|
pemandangan dari bilik |
'mak, jom mandi jom' kata arissa dengan muka teruja.
'sabarlah, masuk bilik dulu. kang kite mandi ek'
'aisa nak mandi kolam. jom mak'
itulah ayat yang diulang-ulang selagi nampak water theme park.
kalau ikutkan, mak kau ni lagi tak sabar nak melompat dalam kolam tu. nak pulak ada gelongsor. lagilah aku teruja nak mandi. tapi control je.
tak lama lepas tu encik capo sampai dan test kad acess door tu.
fuhh nasib baik berfungsi.
masuk-masuk bilik terus pegi balkoni. kedudukan bilik mengadap water theme park. memang duk luar tu je la ngadap orang mandi sebab arissa nak tengok. tak lama lepas tu encik capo dengan arissa keluar pergi beli makanan. masa ni dah pukul 3 lebih. kiteorang sebenarnya tak makan pun lagi dari pagi membawak ke tengah hari. perut memang lapar sangat. nak tunggu dinner, pukul 8 malam kang. nanti ada pulak yang merangkak macam juon pegi cafe hotel malam nanti sebab dah takde tenaga nak jalan. sementara mereka beli makanan, aku tinggal sorang-sorang sambil main candy crush.
tak lama lepas tu encik capo dan arissa pun balik ke bilik dengan membawak makanan. tapi sayang seribu kali sayang. beli mee sup dan mi kari yang dibungkus dalam plastik dan bukan polistrin. jadi....................
bagaimana nak makan mi sup dan mi kari dalam plastik? dan yang lebih hebatnya...sudu pun takde.
hahahahahahahahahahahaa!!!!!!!!!!!!
kat bilik hotel takde sediakan mangkuk atau pinggan. yang ada cawan je.
|
bila lagi nak merasa makan macam ni? |
lalu aku selongkar kotak yang di isi makanan (biskut, cikedis, dll) yang kiteorang bawak dari rumah . nasib baik ada bawak sunsweet. satu-satunya benda dalam bilik hotel yang boleh dijadikan bekas. sunsweet yang tinggal pun dah tak banyak. so habiskan cepat-cepat, basuh dan guna untuk makan mi sup & mi kari. kena ikut turn a makan sebab bekasnya ada 1 je. sudu pulak, guna sudu halus untuk kacau kalau buat air tea / kopi sebab tu je yang hotel sediakan dalam bilik tu. belasah aje la. janji perut makan harus di isi.
|
budak takut mandi kolam |
lepas makan terus siap-siap nak pergi mandi kat water theme park. kiteorang punya bilik pakej sekali dengan tiket water theme park ni. kalau tak pakej, harga dewasa untuk masuk theme park ni RM35 seorang. kanak-kanak, aku lupa pula berapa RM. punya lah ekcited aku nak berendam, arissa pulak spoil kan dengan menangis takut air. sekuat-kuatnya dia peluk aku. masukkan dalam pelampung zirafah dia tapi tangan taknak lepas peluk aku sambil buat muka cemas dan menangis-nangis.
eh eh eh. bukankah arissa yang beria-beria tak sabar-sabar nak mandi kolam? kenapa pulak dia melalak-lalak dalam kolam tu takut air? padahal sebelum-sebelum ni, selalu aje aku bawak dia mandi kolam kat kompleks sukan paroi. melalak taknak keluar dari dalam air adalah. kali ni melalak nak keluar dan masuk bilik. ajak mandi turun gelongsor pun taknak. penyudahnya bergilir-gilir dengan encik capo pegang arissa sebab aku nak jugak naik gelongsor lepas tu jatuh dalam air. seronok gilerr..
rugilah arissa taknak naik. sebelum balik bilik dukung arissa bawak naik gelongsor. masa nak mengelongsor tu aku pangku a dia sambil tekup hidung dan mulut sebab takut air masuk dalam hidung or mulut dia masa dah sampai bawah. melalak-lalak arissa bila dah turun bawah tu.
'mak, jom balik bilik jom. jomlah'
itu jela ayat arissa sejak bawak masuk dalam kolam. mak kau tak puas mandi lagi. tapi sebab kesian tengok arissa, kiteorang pun naik. tak sampai sejam pun mandi. naik gelongsor pun 3 kali je. ekekekek. apa la arissa ni, sejak bila penakut mandi kolam ntah. tak sporting betul. tak bagi can mak nak naik gelongsor lagi. hahahahahaha. tapi takpelah, esok masih ada untuk mandi kolam lagi.
bersambung la kot (kok rajin nak menaip)....