Tuesday, May 6, 2014

menggigil



pagi ini aku sampai di opis dalam keadaan menggigil. bukanlah menggigil kesejukan dek aircond atau hujan sebab tak hujan pun pagi ni. tetapi sesuatu yang berlaku semasa dalam perjalanan ke opis.

pagi ni sesuatu yang lain daripada rutin pagi aku dimana aku telah memandu ke opis dari arah seremban 2. dan inilah sejarah memandu paling teruk dipagi hari sebab jem ya amat. dammm! semasa memandu dari seremban ke seremban 2 jalan lengang. tak jem pun. masa tu pukul 6.40 pagi. tujuan aku ke seremban 2 ialah untuk hantar duan hadi (anak buah) ke kolej di taman oakland. abang aku yang nombor 4, bancik minta tolong sebab dia pergi kursus beberapa hari. selepas hantar duan hadi, aku pun begerak menuju ke opis melalui jalan besar dari arah seremban 2. entah apa nama jalan aku pun tak pasti. tapi memang jalan utama jika ke seremban 2 atau dari seremban 2 ke seremban.

dan disitulah segala-galanya bermula. kereta banyak dan menyebabkan jalan jem dikala pukul 7.00 pagi. beberapa kali lampu trafik hijau baru aku melepasi jem fasa 1. kemudian tersangkut lagi untuk jem fasa 2 di traffic light kedua. sedang mulut aku kumat kamit menyanyi lagu kpop yang aku bukak di mp3 radio kereta ku, tetiba aku terkejut bila cermin kereta ku diketuk dengan kuat beberapa kali di tengah jalan dan ditengah jem. rasa nak melompat aku dalam kereta bila menoleh tengok ada motor berhenti di sebelah aku.

badan dah menggigil memikirkan cobaan untuk pecah cermin kereta aku dikala kesesakan pagi ini. handbag memang aku dah siap sorokkan dan aku tak pernah tayang handbag di atas kerusi sebelah memandu atau diatas kerusi dibelakang. penunggang motor itu berhenti beberapa saat sambil tengok aku yang tengah cuak dan kalaulah dia boleh nampak muka aku dah pucat dek menggigil. oh ya, aku memandu seorang diri sahaja.

kemudian aku mula nampak penunggang motor itu tersengih-sengih. otak aku yang kalut cuba scan wajah penunggang motor tersebut bersama-sama pemboncengnya. bila dah dapat scan baru mulut aku boleh tersenyum sambil menyumpah dalam hati.

rupa-rupanya abang aku yang nombor 6, aili dengan anak perempuan dia.

hampeh betul abang aku nih.

punyalah menggigil aku dalam kereta sebab ingatkan cobaan nak merompak aku. abang aku pun terus menunggang motornya sambil tersengih-sengih meninggalkan aku yang tersangkut dikesesakan jalan. tapi gigilan aku tak terus hilang. nak sambung menyanyi lagu kpop pun dah tak dapat sebab otak dah tak fokus kerana masih menggigil. ditambah dengan jem yang tak berkesudahan sehinggalah fasa 5 jem yang aku terpaksa tempuh untuk sampai di opis.

aku akan fikirkan jalan lain untuk aku ikut esok pagi dari arah seremban 2. aku tak mahu tersangkut di kesesakan jalan lagi. oh kalau bukan kerana mengenangkan bancik banyak tolong hantar aku kehulu hilir semasa aku tak berdaya dulu (maksudnya semasa aku masih sekolah, belajar di U dan belum mampu membeli kereta) pasti aku tak mahu menghantar duan hadi ke kolej beliau kerana akan menyebabkan aku tersangkut dikesesakan jalan dan aku pasti tiada siapa sukakannya.

berkenaan aku yang menggigil tadi, ya...setelah selamat sampai di opis (alhamdulillah), gigilan aku masih tidak hilang. abang aku yang hanya bergurau mengetuk tingkap cermin kereta aku dengan kuat pun aku dah begini takut dan menggigilnya. aku tak dapat bayangkan jika ia adalah benar-benar rompakan. mesti lagi cuak, takut dan menggigil. aku terbayangkan mangsa-mangsa yang pernah mengalami kejadian begini. pasti trauma.


huh!. siaplah abang aku aku bebel bila aku pergi rumah dia nanti!


2 comments:

Effi Rahmat said...

haha.. memula saspen.. pastu tergelak saya.. ok.. my suggestion kalau xde tempat perlu singgah, ikut jer jalan bukit chedang tu.. pastu susur ke depan htj.. pastu terus ke opis.. dulu saya suka lalu situ.. tapi bila kna anta budak ke dataran sentral tu.. terpaksa redah jam.. Alhamdulillah.. :)

Iyiana said...

kus semangat!!

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails