Thursday, July 3, 2014
budak pelik
sekarang aku tengah baca novel ni. belinya 3,4 minggu yang lepas. tapi baru berkesempatan baca 3,4 hari lepas. novel ni best. aku baru baca chapter 5. setiap kali baca aku tak sabar nak selak mukasurat yang seterusnya. kalau boleh nak habiskan dalam masa sehari tapi mampu ke?
kisah ni pasal seorang budak remaja bernama jacob yang pergi ke satu pulau misteri sebab pesan datuknya yang terakhir sebelum mati kena bunuh oleh seekor monster ialah untuk mencari seseorang yang bernama miss peregrines. sewaktu kecil, datuknya selalu cerita kat jacob tentang pengalamannya sewaktu kanak-kanak/remaja yang tinggal di sebuah rumah di pulau bersama-sama beberapa orang kanak-kanak pelik. kanak-kanak pelik tu antaranya boleh terapungkan diri (macam cover novel), boleh angkat batu besar yang berat, ada mulut dibelakang kepala dan bermacam-macam kepelikan lagi.
jacob ni masa kecik-kecil dia percaya tentang cerita pelik datuknya. tetapi semakin meningkat remaja dia mula percaya yang datuknya hanya mereka-reka cerita. tetapi persepsinya berubah bila dia ternampak datuknya berlumuran darah di dalam hutan dan dia telah menyaksikan makhluk yang menakutkan yang telah membunuh datuknya itu. dia sangat trauma. sebulan selepas kejadian, dia pergi ke pulau bersama-sama ayahnya untuk mencari kebenaran tentang cerita datuknya selain daripada nak mencari miss peregrines. oh ya, tiada sesiapa pun percaya bila jacob beritahu dia nampak makhluk hodoh yang telah membunuh datuknye. mereka semua percaya datuknya telah diserang oleh anjing liar.
semasa kecil, ayah jacob pun mendengar cerita yang sama daripada ayahnye (datuk jacob la), tapi dia tak pernah percaya dan tak pernah ambil peduli. tapi demi memulihkan jacob yang trauma, maka dia setuju menemani jacob ke pulau yang selalu diceritakan oleh jacob. sampai di pulau tersebut (yang memakan masa bepuluh jam untuk sampai), jacob terus mencari rumah dimana datuk dan kanak-kanak pelik tersebut tinggal. dia mencari rumah ni dengan bantuan penduduk di pulau tersebut. selepas terjumpa rumah misteri tersebut, bermulalah kejadian misteri yang boleh mendebar-debarkan dan mensaspenkan aku yang membaca. aku baru baca part ni. hahaha. malam ni sambung baca lagi.
buku ni ada sambungan. masa beli buku ni, aku terus beli kedua-dua buku. gambar dibawah ni ialah buku kedua. kena cepat habiskan novel pertama sebab tak sabar nak suspen untuk buku kedua pula.
Labels:
my book
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wah.. best.. nak tau sambungan.. cepat2 abiskan ya.. :)
hihi. nanti saya cuba habiskan dalam minggu depan
Post a Comment