Wednesday, June 30, 2010

clorox punya pasal

adoi...napelah auntie cleaner ni g basuh toilet pakai clorox.

serius aku tak boleh bau. pening kepala and sesak nafas

tiba-tiba. tapi nak tak nak kenalah masuk gak toilet tu

walaupun tak tahan bau clorox.

dulu masa aku menyewa kat kota damansara, aku penah basuh

toilet pakai clorox. masa tu jugak terus pening nak pitam

dan sesak nafas 3 hari. sejak hari tu aku menjauhkan diri dari

clorox sehinggalah pagi tadi. huhuhu. nak balik..................

Tuesday, June 29, 2010

aku pelik

aku pelik lah...kenapa kalau mimpi kena kejar kat orang jahat

mesti aku lari slow motion. padahal dah sekuat hati dan

sehabis tenaga dah lari,

tapi tetap slow motion. rasa berat sangat kaki. pastu

penat sangat.

peliknye....

pengsan sampai pagi

akibat tak cukup tido sebab bangun tengok world cup antara argentina dan mexico pukul 2.45 pagi hari tu, sepanjang semalam, aku menderita. hihihi. sendiri carik pasal, sendiri tanggung la. kepala aku pening je sebab tak cukup tido. rasa diri terawang-awang seolah-olah macam mimpi. rasanya kalau semalam cuti takde lah aku pening kepala. sebabnya, mesti aku bangun dalam pukul 10 pg. tapi semalam kan keje, kena lah bangun pukul 6 lebih pagi walaupun aku baru je lelapkan mata pukul 4.30 pagi tu.

Monday, June 28, 2010

memang macam ni ke?

dah tak larat nak g toilet hari ni. aku rasa setakat setengah hari ni dah lebih 10 kali aku g toilet. toilet kalau dekat takpe la jugak. sekejap-sekejap rasa nak terkencing. baru je balik dari toilet, baru nak duduk buat keje, dah rasa nak tekencing lagi. pegi la toilet balik. tu la keje aku hari-hari sejak dua menjak ni. nak kata minum air banyak, takde la sangat.

keranamu messi...eh argentina

seperti yang sedia maklum, malam tadi pukul 10 malam ada game antara england dan german. kompemlah encik capo grande tu penyokong kuat england manakala aku adalah penyokong kuat argentina. kami tidak sebulu dalam hal bola ni. huhuhu. disebabkan dia penyokong england, jadi aku sokong german dalam game malam tadi. sebab dia pon selalu macam tu. bila argentina lawan nigeria, dia mesti nak sokong nigeria. bila argentina lawan korea dia sokong korea and kutuk2 argentina. begitu jugaklah dengan setiap game yang ada argentina kompem dia akan sokong game lawan. kata suami mithali tapi tak sokong langsung team favourite bini dia nih.

Sunday, June 27, 2010

wild dulu wild skang

tensen betul lah bila tengok muka sendiri kat cermin skang. dulu...kulit muka aku licin je. jerawat pun segan nak tumbuh. kalau ada yang terlepas pun, 1,2 je. lepas tu elok dah. kiranya dalam setahun, 2,3 kali je jerawat tumbuh. tapi sejak 2 3 menjak ni....tak segan silu langsung jerawat ni nak tumbuh kat muka aku. dah la tu, yang sedia ada pun tak hilang lagi, muncul lak yang baru. dah pakai oxy n ubat jerawat lain pon tak hilang-hilang. menci! menci! menci!

citer tentang header

kalau sape selalu masuk blog aku, mesti perasan ada yang dah berubah. yup. tepat sekali. header blog telah berubah. tapi bukan aku yang design. seperti yang aku bagitau kat entri lepas, aku terlalu busy sepanjang minggu lepas sampai tak ada masa pon nak bukak blog apatah lagi nak design2 header ni. ni semua keje encik secapo grande tu.

Friday, June 25, 2010

gila punya busy

setelah hampir seminggu aku menyepikan diri, hari ni aku aku berpeluang memblogkan diri. percaya atau tidak, aku terlalu busy dengan keje pejabat hingga takde masa nak bukak blog kengkawan apatah lagi nak bukak blog sendiri. kalau dah aku takde masa nak bukak blog sendiri, dah tentu aku takde masa nak taip entri. bukan je nak taip entri, nak pikir idea apa nak taip pun aku tak ada masa. tapi mesti ada yang tak percaya. sebabnya, aku kate takde masa nak bukak blog, tapi kenapa tiba-tiba header blog aku boleh berubah sejak 2,3 hari lepas? nak design header mesti amik masa berjam-jam. kate busy buat keje pejabat. tipu ek....huhuhu. pasal header ni aku explain entri lain.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails