7 januari 2011 lepas genaplah 15 tahun arwah abah aku meninggal dunia. entri ni lambat sebab aku ketiadaan internet untuk berblogging. arwah abah aku meninggal di hospital kuala pilah kerana sakit darah tinggi. masa tu aku baru je 2 hari masuk tingkatan 2. tak sangka aku akan kehilangan abah secepat tu. walaupun arwah abah aku seorang yang garang tapi semua yang dia buat untuk kebaikan anak-anak dia. dan kompemlah aku anak manja arwah abah sebab aku anak bongsu. tapi anak manja pun sebat tetap sebat. marah tetap kena marah. huhuhu.
Sunday, January 23, 2011
baby tak nak tido dan aku yang bentan
malam tadi baby arissa tak mau tido. bulat je mata dia. dah bagi susu pun mata dia segar lagi. biasanya kalau dah bagi susu dan tepuk-tepuk bontot dia, terus dia tido. tapi malam tadi buat lah apa pun, mata dia segar dan bulat jugak. kompemlah secara automatik aku pun tak boleh nak tido walaupun ada terlelap jugak.
bergilir-gilirlah dengan encik capo jaga dan tidokan baby arissa. rasanya dekat pukul 6 pagi baru baby arissa tido daripada pukul 12 malam tak tido-tido. tak pernah-pernah baby arissa macam ni.
mungkin siang semalam banyak sangat tido tu yang baby tak mengantuk-ngantuk.
Labels:
baby arissa,
my life,
my love
Saturday, January 22, 2011
wildcutecat dalam pantang
lamanya tak dapat update blog. resah gelisah betul hidup takde intenet ni. almaklumlah dah bertahun-tahun keje mengadap pc dan internet. entry yang dah ditaip seminggu lepas pun baru je dapat publishkan hari ni. entri pasal makcik from hell tu lah.
Labels:
baby arissa,
my life
makcik from hell
walaupun encik capo grande dah pun buat entri pasal nenek dinosor, aku nak gak wat entri pasal tu. cerita mungkin sama cuma bezanya aku menulis dari sudut pandangan dan luahan hati aku. aku lambat update blog sebab aku kan tengah berpantang kat rumah abang aku. takde internet…tu pasal slow jek. huhuhu.
Labels:
baby arissa,
my love
Thursday, January 6, 2011
baby arissa
2 januari 7.05 pagi, aku telah selamat melahirkan seorang baby perempuan yang comel. aku dan encik capo grande sebulat suara menamakan baby kami Arissa. Arissa selamat dilahirkan secara normal di hospital bersalin sukhilmi, di taman bandar senawang seremban.
Labels:
baby arissa
Tuesday, December 28, 2010
semuanya kan ok
dah lama tak mengupdate blog. sejak renovation opis hari tu memang dah jarang sangat aku update. bukan takde apa nak dikongsi, tapi entahlah...rasa malas pulak nak menaip. hari ni tiba-tiba rasa nak menaip entri sebab rasa tensen sangat dengan programming php ni. 2 jam lebih aku menggodek apa masalahnya tak boleh nak save data sedangkan bulan lepas boleh save.
lepas ni dah bole update blog dari rumah sebab hari sabtu hari tu dah pasang streamyx kat rumah baru. yeayyyy... bole donlod citer hindustan and citer barbie. ahak ahak ahak. untuk makluman, 3 hari aku dan encik capo grande tidak pulang ke rumah sendiri sejak hari selasa minggu lepas. baru jumaat lepas kami balik rumah sendiri. sebabnya...kami kan baru pindah rumah. rumah tu pulak dah lama kosong. so faham-faham je lah kalau rumah dah lama takde orang tinggal ni. tapi sekarang rasa dah ok kot lepas minta tolong orang yang berpengalaman dalam bidang alam ghaib ni. tido pun dah ok skang. letak kepala terus lelap tak sedar diri. tapi skang berani a sebab kat rumah ada mak and anak-anak buah aku yang aku minta supaya stay beberapa hari. lepas ni dah tinggal berdua balik...ntah macam mana. huhuhu. harap-harapnya aman la sampai bila-bila.
lepas ni dah bole update blog dari rumah sebab hari sabtu hari tu dah pasang streamyx kat rumah baru. yeayyyy... bole donlod citer hindustan and citer barbie. ahak ahak ahak. untuk makluman, 3 hari aku dan encik capo grande tidak pulang ke rumah sendiri sejak hari selasa minggu lepas. baru jumaat lepas kami balik rumah sendiri. sebabnya...kami kan baru pindah rumah. rumah tu pulak dah lama kosong. so faham-faham je lah kalau rumah dah lama takde orang tinggal ni. tapi sekarang rasa dah ok kot lepas minta tolong orang yang berpengalaman dalam bidang alam ghaib ni. tido pun dah ok skang. letak kepala terus lelap tak sedar diri. tapi skang berani a sebab kat rumah ada mak and anak-anak buah aku yang aku minta supaya stay beberapa hari. lepas ni dah tinggal berdua balik...ntah macam mana. huhuhu. harap-harapnya aman la sampai bila-bila.
Wednesday, December 22, 2010
sungguh tiada privacy
renovation opis sudah siap. kini semuanya di opis sudah kembali seperti biasa. yang lainnya cuma kedudukan semua orang sebab dah dapat tempat baru dan duduk secara partition a.k.a ada cubicle. apa pendapat aku dengan tempat duduk aku skang? setelah hampir seminggu, jawapannya aku tak selesa. sebabnya kedudukan aku tak strategik. belakang aku tempat orang lalu lalang. dan pastinya monitor aku terdedah. owh...sungguh aku tak selesa kedudukan begini. aku mahu monitor aku terlindung dari pandangan orang. bukan sebab aku tak buat keje...tapi sebab aku jenis buat keje yang perlukan privacy. tak suka terdedah begini. fokus pun hilang. dalam 8 jam bekerja, mungkin 3,4 jam je aku dapat fokus. selebihnya aku rasa tak selesa je. tak kiralah ada orang perhatikan monitor aku atau tak. yang pastinya aku rasa takde perivacy di kedudukan aku nih. mungkinkah prestasi keje aku akan menurun disebabkan ketidakselesaan ini? ahak ahak ahak. rindunya pada bilik aku dulu....
Labels:
my opis
Tuesday, December 14, 2010
semalam yang suspen
semalam adalah hari yang menakutkan bagi aku. buat jantung aku berdebar dengan kelajuan 100 km/j. hampir-hampir nak nangis. tertekan dan ntah apa-apa lagi. macam-macam difikiran masa tu. rasa nak nangis pun ada. masa tu aku nak mak aku ada kat situ je. huhuhu. betul-betul tak tahu nak buat apa. takut + seram + tak tau nak feeling apa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)


