hari khamis bukan saja hari memakai baju batik, bukan juga hari malam jumaat ;-p, kini...hari khamis diishtiharkan sebagai hari sayur secapo atau hari vege secutecat. huhuhu. mulai minggu ni aku dan encik capo telah setuju supaya hari khamis hanya makan sayur-syuran saja. maknanya, takde daging, takde ayam, takde udang dan sebagainya. hanya sayur-sayuran.
Thursday, March 31, 2011
Monday, March 28, 2011
jalan-jalan bawah lampu
cantik tak? tengok gambar ni mesti tau kat ne kan? sape yang tak tau, pokok yang berlampu berwarna warni ni kat shah alam. i city nama tempatnya.
Labels:
baby arissa,
my cuti-cuti,
my family,
my life,
my love
babai PC 7
sejak heboh pasal keburukan botol susu yang ada label PC, PC 7 dan sebagainya di media sejak 2 menjak ni, maka aku sebagai emak yang prihatin telah mengoogle pasal PC. kalau aku takde anak, kompem aku tak amik tau pasal PC ni. banyak gak kesan buruk guna botol yang ada label PC ni. so, sebab dah tau keburukan bagi baby minum guna botol yang ada label PC ni, aku pun telah menggoogle botol apa yang sesuai nak bagi kat baby.
Labels:
baby arissa
Thursday, March 24, 2011
berkelah di opis
hari ni pukul 5.20 pagi dah stat masak. 5.15 bangun bagi arissa susu. lepas tu tetiba tak mengantuk. so, aku terus je ke dapo masak. menu breakfast hari ni macam nak pergi berkelah. nasi putih, kentang masak kicap, telur dadar dan nugget tempura. ni bekalan untuk ke opis hari ni. masa kat rumah makan nugget dengan air susu strawberry HL.
![]() |
| jemput makan semua...^_^ |
Wednesday, March 23, 2011
telur rendang & bungkus ayam
hari sabtu lepas aku telah masak telur bungkus dan rendang ayam untuk menu makan tengah hari. yang telur bungkus ni 1st time aku masak. google google resipi dari internet dan terus cuba masak hari sabtu yang lalu. mmm...ada terkureng sket sebab kering. lepas ni kena tambah air sket bagi berkuah. yang rendang ayam dah beberapa kali masak sejak mintak resipi dari mak aku 4 tahun yang lalu. huhuhu
Labels:
my taste
Tuesday, March 22, 2011
tabahkan la hati
"biar hilang segala kerja ku, namun aku tetap tabahkan hati
kesal memang kesal, hati pun tercalar...siapa la yang ingin diri disusahkan...."
kesal memang kesal, hati pun tercalar...siapa la yang ingin diri disusahkan...."
Monday, March 21, 2011
pening pening pening
dari minggu lepas pening kepala tak elok-elok. hari ni pun sama. tapi masih pegi keje. skang teseksa sebab kepala bepusing-pusing + nak muntah + macam nak pitam. datang a keje jugak sebab minggu lepas dah mc 4 hari. huhuhu. rasa nak balik awal. owh indahnye jika opis ni aku yang punya. mesti aku dah balik skang. bukan sebab malas tapi sebab aku rasa nak pitam. kepala macam berpusing-pusing ni. lagi mengadap pc/laptop lagi betambah pening. tapi nak buek macam mano. dah keje mengadap pc je 24 jam. huhuhu
Friday, March 18, 2011
udang menjalar yang menggoda
Subscribe to:
Posts (Atom)



