Tuesday, March 22, 2011

tabahkan la hati

"biar hilang segala kerja ku, namun aku tetap tabahkan hati
kesal memang kesal, hati pun tercalar...siapa la yang ingin diri disusahkan...."



huhuhu...di atas adalah serangkap lirik lagu tabah (mazleela) yang telah diubahsuai mengikut keadaan semasa. apakah yang berlaku sehingga aku menyanyi-nyanyi didalam hati sambil buat muka 8 sen? semuanya berlaku semalam. semalam aku sangat tekun menyiapkan keje. ya...aku kena ubahsuai sistem mengikut keperluan N9. aku dah ubah design, kale, tulisan dan beberapa koding php. tapi bukan baru semalam aku baru stat buat. sejak 2 minggu lepas aku dah stat buat. semalam aku menyudahkan kerja-kerja terakhir.

apabila aku mahu tranfer itu fail ke dalam server, bermulalah kejadian malang sehingga membuatkan aku redha dan tabah skang. aku menggunakan perisian filezilla untuk tranfer itu fail. tiba-tiba laptop hang. bila dah ok, aku terpaksa remove proses yang stuck tadi sebab kalau nak transfer balik, takkan dapat selagi proses sebelumnya tak selesai. tapi sebab laptop dah hang tadi, proses itu pun hang. jadi aku remove la itu proses. malang sungguh rerupanya tindakan aku klik remove itu telah menyebabkan semua fail-fail aku terdelete sedangkan aku tidak memilih delete fail pun. wa wa wa wa T_T.

dan lebih malang, aku tiada backup kerja yang terkini. yang ada hanyalah backup kerja seminggu yang lepas. beberapa usaha telah dilakukan untuk dapatkan kembali fail-fail yang hilang. tapi yang lebih berusaha adalah encik capo grande. dia la yang mendonlod software. tak cukup dengan itu, dipinjam pula software daripada pengusaha mama's chocolates iaitu mizi. namun semuanya tidak berjaya. aku hanya memandang kosong usaha itu sebab dah la kepala aku pening semalam. tiba-tiba kerja-kerja aku hilang pulak. stress jadinya. betambah berat pening kepala ku.

malam tadi dirumah, taktala encik capo dan arissa sudah lena dibuai mimpi indah, aku masih berusaha untuk mencari dan menyelematkan fail-fail yang terdelete. namun semuanya sia-sia lalu aku ambil keputusan untuk tido. pagi ni sampai di opis, aku terus stat buat kerja berdasarkan backup yang aku simpan seminggu yang lepas. banyak la nak kena buat semula. walaupun pagi  ni encik capo grande mencuba donlod software yang lain pulak, namun masih gagal. lalu aku dengan tabahnya mengatakan yang aku akan buat semula kerja-kerja yang hilang. dan sekarang...aku tengah tensen namun cuba tabahkan hati....
pengajarannya...buat backup setiap 5 saat. huhhuhu. la la la la...

skang aku mau sambung nyanyi dalam hati...

"tak apalah ku tak kisah kerna itu telah berlaku
memang itu nasib aku terpaksa buat semua semula..."

T_T


*_*

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails