Tuesday, March 8, 2011

hobi berfaedah

ada pepatah kata, masa itu emas. betul ke? betul sangat la. skang ni aku dan encik capo grande ada hobi baru. hobi yang mendatangkan faedah gak la. faedah macam menguji minda dan menguji ketajaman mata serta kepantasan menyelesaikan sesuatu masalah. disamping tu hobi ni mengelakkan diri daripada buang masa. cewah cewah, macam bagus la plak. huhuhu. nak tau hobi apa? kita saksikan selepas ini. huhuhu. tiru tagline raja lawak lagi. ;-p



macam budak sekolah tengah buat keje sekolah je ^_-
ni macam cikgu tengah tanda keje rumah budak sekolah kat atas. huhuhu

ape yang kami tengah buat ye? lokasi ni kat food court giant senawang. bukan makan pun, minum je sambil buat aktiviti di atas. sorang milo panas sorang milo ais. petang tadi lepas amik arissa, aku ajak encik capo ke giant senawang. tujuannya nak beli sesuatu seperti yang di atas kat mph. lepas tu kami lepak di food court sambil wat aktiviti di atas.

sebenarnya aku g beli buku aktiviti budak sekolah. ahak ahak ahak. buku tu pun letaknya kat rak berlabel 'junior education'. ni semua anak buah aku (mimi and akim) punya pengaruh. taraaaaa.....



aku beli 2 buku word search siri 4 & 5 dan juga buku sudoku edisi beginner. nanti dah habis buat buku ni beli plak siri yang seterusnya. nape beli siri 4 & 5? nape tak beli siri 1,2 & 3? huhuhu. sebabnya, kat kedai mph tu ada stok word search siri 4 hingga 12. yang 1,2,3 dah habis daa... yang sudoku tu lak leh la beli yang intermediate dan advance lak lepas ni.

seronok tau wat benda ni. walaupun label kat buku tu tulis school activity, tapi orang dewasa pun leh gak buat. tak kira la orang keje kilang ke, pegawai ke, cikgu ke, doktor ke, engineer ke.sape2 je leh buat aktiviti ni. masa menunggu bas atau tunggu apa2 je, leh la buat.


sementara aku dan encik capo sibuk buat word search, arissa tido dalam stroller sambil tutup muka. ^_^.

ni hasil encik capo
ni aku punya hasil
buku ni ada kat kedai buku. mana-mana kedai buku pun ada kot. so...dapatkan la sekarang....huhuhu.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails