Saturday, March 5, 2011

hari jumaat punya aktiviti

hari ni 4 mac 2011. ada appoiment antara arissa dan dr sukhilmi di klinik pakar wanita sukhilmi di senawang. kecik2 dah pandai wat apoimen. huhuhu. sebenarnya arissa nak kena cucuk hari ni sebab dah berusia 2 bulan. aku dan encik capo menghantar arissa checkup bulanan di klinik sukhilmi sebab boleh pegi bila-bila masa dan tak perlu menunggu berjam-jam. korang paham-paham je la keadaan klinik kesihatan gomen macam mana. selalu ramai orang + tunggu berjam-jam. tengok je la masa aku pregnant dulu. sampai 3, 4 jam baru setel.




sebelum keluar rumah petang tadi, kami lunch kfc dulu kat rumah. mekasih kepada kaktih yang menyinggah di rumah untuk melawat arissa sambil bawak makanan. kebetulan pulak aku belum masak lagi masa tu. lebih kurang pukul 3 lebih baru bertolak. ada beberapa destinasi yang perlu kami singgah hari ni. mula-mula pergi ke wisma persekutuan untuk amik mykid arissa. yeaaa...arissa sudah ada mykid. membuktikan dia adalah warganegara malaysia sama macam mak dia. lepas tu baru ke klinik sukhilmi.

tengah tunggu giliran di klinik sukhilmi
nak gak posing... huhuhu
kali ni aku pegang arissa masa doktor nak cucuk. masa suntikan 1 bulan, aku dan encik capo tak berani nak pegang arissa. aku tak berani sebab tak sampai hati tengok arissa kena cucuk. encik secapo tu tak tau lah aku kenapa dia tak berani. tengok aku beranak keluar darah melambak-lambak, kena jahit bagai berani plak dia. tengok anak kena cucuk tak berani plak. tak paham betul (tiru tagline leman rajalawak). aku jadi berani nak pegang dan tengok arissa masa kena cucuk kali ni sebab nak peluk dan pujuk dia kalau dia sakit. kalau bukan mak dia yang boleh lindungi dia, sape lagi. huhuhu. so, mulai skang ni apa je yang aku tak berani dulu, aku paksa diri aku untuk berani. semuanya keranamu arissa. cewah cewah...sebenarnya tak paksa pun. automatik sifat keibuan menyerlah dari dalam diri tetiba.

arissa tak menangis pun kena cucuk. cuma dia mengamuk sket sebab rimas kena pegang kuat-kuat. lepas doktor cucuk langsung dia tak nangis. kuat betul anak mak ni. sesuai la dengan makna nama arissa (azam, kuat). so, hari-hari panggil nama penuh dia 'kuat' (arissa), sebab tu dia jadi kuat. ahak ahak. memandai je aku.

bahagian yang kena cucuk dah ditampal dengan handiplas
lepas setel di klinik sukhilmi, kami ke manjaku di dataran senawang untuk beli barang-barang arissa. kemudian destinasi diteruskan ke giant senawang untuk beli barang-barang keperluan dan barang dapur.

sayang mak ni lapa ye...ciannya die...
tengah sibuk-sibuk membeli belah, arissa merengek-rengek dalam stroller. tengok jam, memang dah time menyusu dia. kenalah keluarkan dari stroller untuk bagi dia susu. dalam giant tu mana ada tempat nak duduk bagi susu. so, macam  ni la gaya terbaek yang aku boleh buat untuk bagi arissa susu. lengan dah lenguh giler. bakal jadi wanita besi macam kak jemah dan mekchu la aku lepas nih.

lepas abis beshoping, kami pun balik rumah. nak tengok raja lawak punya pasal mesti pastikan sampai rumah sebelum pukul 9 malam.

arissa yang dah keletihan

abis dah...^_-

1 comment:

mekchu said...

tiru yg baik2 je.. yg pelik2 tu jgn di tiru.. hahaha...

tak secapo sangat la papa arissa nih.. harap perut je munncccc.. hahahaha....

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails