Monday, March 7, 2011

tanpa mu

untuk makluman semua, hari  ni 1st day aku masuk keje setelah 2 bulan cuti bersalin. aku hanya amik 60 hari sahaja bukan 90 hari. tapi kini menyesal kerana tak amik cuti bersalin 90 hari. kalau la ku tau indah dan seronoknya menjaga baby sendiri, mesti awal2 aku dah amik cuti 90 hari supaya dapat luangkan masa lebih lama dengan arissa di rumah. tapi takpe la, cuti-cuti tu simpan untuk keperluan akan datang.


pagi ni pukul 5.15 pagi arissa dah kejutkan aku nak susu. malam tadi memang aku dah pesan kat arissa sebelum dia tido supaya kejut aku pagi-pagi. dalam kemengantukan kerana tido dekat pukul 1 pagi malam tadi, aku bangun jua demi arissa yang lapar. lepas menyusu, arissa tido balik. jam pun baru 5.30 pagi. so, aku pun baring semula tapi tak lelap pun. baring-baring je. pukul 6.10 pagi aku terus bangun dan basuh muka. terus ke dapor masak sarapan @ bekal untuk dibawa ke opis. hari ni aku masak nasi goreng dan goreng nugget tempura ayam dan nugget ikan.

selesai masak, aku terus mandi. pastu terus kejut arissa untuk mandi. ikutkan kalau aku tak payah mandikan arissa pun takpe. tapi aku nak cuba menjadi ibu berkerjaya yang sempurna. sempat masak, siapkan breakfast dan bekalan, sempat mandikan dan siapkan arissa tanpa kelam kabut dan seterusnya sempat sampai opis tanpa merah pada punch card. arissa memang suka mandi. jadi, takde masalah nak mandikan walaupun baru pukul 7 pagi. cuma kena la mandikan dengan air suam-suam panas. kalau mandi terus dari air paip yang sejuk, melalak kesejukan la dia. tapi kalau aku terbangun lewat atau tak sempat, mungkin aku tak mandikan arissa pagi2. oh ya, lupa nak bagitau mulai hari ni aku masuk keje 8.30 pagi. sebelum ni aku masuk keje 7.30 pagi. dah ada baby, masuk la lewat sket. kalau tak nanti kelam kabut 1 pun tak dapat nak uruskan.

lepas breakfast dengan encik capo, pukul 7.45 pagi kami pun bertolak menghantar arissa ke rumah uwan dia. arissa plak dah tetido balik masa kami tengah breakfast. masa on d way dari rumah ke kereta arissa dah terjaga. tapi dalam keta dia dah terpisat-pisat + menguap-nguap ngantuk. last-last tetido kat pangkuan aku. 1st time nak berjauhan dengan arissa ni. kalau tak, memang aku berkepit je dengan dia.

suka tengok arissa menguap. comel je mulut dia...hehe
dah lelap dah cayang mak ni (yang telilit kat leher arissa tu sapu tangan. sebab arissa selalu muntah lepas minum susu).

sedihnya masa dah sampai, cium-cium arissa banyak2 kali sebelum hand over kat uwan dia. arissa memang tak sedar dah sebab tido. tiba-tiba rasa sedih berpisah dengan arissa. walaupun petang kang g jemput dia tapi...tetap rasa sedih.

masa tengah siap-siapkan arissa pagi tadi aku siap pesan:

"arissa jangan nakal2 tau. jaga diri bebaik"

arissa plak macam paham je terus jawab

"mmmmmm..."

terus aku tegelak. ^_^


masa meeting tadi pun aku tak berapa fokus. teringatkan arissa. ntah apa dia buat skang. pastu asik tengok gambar arissa kah henset, tiba-tiba lak rasa sebak... rindunya kat arissa....



tak sabar nak abis keje...nak jemput arissa balik...

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails