Monday, March 28, 2011

babai PC 7

sejak heboh pasal keburukan botol susu yang ada label PC, PC 7 dan sebagainya di media sejak 2 menjak ni, maka aku sebagai emak yang prihatin telah mengoogle pasal PC. kalau aku takde anak, kompem aku tak amik tau pasal PC ni.  banyak gak kesan buruk guna botol yang ada label PC ni. so, sebab dah tau keburukan bagi baby minum guna botol yang ada label PC ni, aku pun telah menggoogle botol apa yang sesuai nak bagi kat baby.


BPA-free. kena beli botol yang ada tulis BPA free. macam-macam jenis botol BPA free yang pakcik google tunjuk kat aku. botol BPA free memang botol terbaik dan sesuai bagi kat anak-anak yang menyusu botol. tapi yang paling terbaik tentulah susu ibu. harga botol BPA free ni memang mahal sket berbanding botol PC. tapi demi kebaikan arissa...takyah la nak berkira.


hari tu jenjalan kat Manjaku kat dataran senawang sebab nak carik boto BPA free. dalam banyak2 yang jumpa, berkenan kat botol jenama Fiffy. sebabnya dia ada injap udara yang direka untuk menentang simptom kolik.

harga botol Avent untuk 2x125ml.
tapi masa aku google2, botol jenama Avent adalah salah satu botol susu terbaik dan sesuai untuk baby. tapi harga memang mahal la sangat. botol Avent ni pun ada sistem anti kolik jugak. jadi skang arissa sudah ada botol BPA free. jenama Fiffy dan jugak Avent. yang jenama Fiffy hage die belas-belas je. tapi yang jenama Avent memang mahal. so, mulai skang...bertukarlah kepada botol susu BPA free.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails