cantik tak? tengok gambar ni mesti tau kat ne kan? sape yang tak tau, pokok yang berlampu berwarna warni ni kat shah alam. i city nama tempatnya.
hari sabtu lepas aku, encik capo, arissa, mak aku, adif dan nurin pegi ke shah alam semata-mata nak pegi icity ni. sebenarnya aku yang beria-ia nak pegi sini. masa aku keje kat shah alam 2 tahun yang lepas, tempat ni takde lagi. mungkin tengah dalam pembinaan. kalau tak, mesti selalu aku datang sini. tempat ni cantik.
mula-mula nampak dari jauh, terasa macam citer alice and wonderland plak. tak sabar-sabar nak sampai. nak masuk sini kena bayar RM10. bayar untuk paking kata orang kat tepi jalan yang kutip duit tu.
kami sampai sini lebih kurang pukul 8.30 malam. masa ni orang tak ramai sangat lagi. paking pun banyak dan boleh paking dekat sket. tapi makin lama, orang dah bertambah-tambah ramai sampai paking penuh gile.
tempat ni takde ape pun sebenarnya. cuma pokok-pokok yang dah dihiasi dengan lampu warni warni dan pelbagai bentuk. disebabkan tu je tempat ni jadi menarik. tapi serius...cantik sangat tempat ni.
nak jugak...ngeh ngeh ngeh ^_- |
1 comment:
kelassssss... arissa kecik2 dah smpai ICT... oh, tercabar okehhh...
Post a Comment