Thursday, July 1, 2010

harapan disebalik nama aku

jam menunjukkan pukul 7 malam dan aku masih di opis. buat masa ni, otak aku tak dapat nak berfikir pasal kerja sebab perut aku tersangatlah lapar. jadi, tiba-tiba aku terfikir nak buat entri tentang nama aku. untuk sesiapa yang tak tahu, aku tanpa segan silu memperkenalkan nama aku hadibah harun. nama aku hadibah je. harun tu nama arwah abah aku.



arwah abah aku yang bagi nama hadibah ni kat aku. tapi aku tak tahulah sejak bila dia dah pikir nak bagi nama ni kat aku. tak terfikir nak tanya dulu. nama hadibah ni diambil daripada seorang penulis yang terkenal pada suatu ketika dulu. dia juga seorang pelakon tapi kadang-kadang je dia berlakon. nama dia adibah amin. kalau tak kenal. tengok gambar bawah ni:

adibah amin

masa arwah abah aku bagi nama ni kat aku, dia berharap supaya bila dah besar nanti, aku akan jadi pandai dalam pelajaran dan juga jadi seorang penulis seperti adibah amin ni. nama aku ada h kat pangkal. h tu sebab nama arwah abah aku stat dengan h. so, nama semua anak-anak dia memang stat dengan h. dari situ tertulis lah kat surat beranak nama aku hadibah bt harun.

bila aku dah sekolah aku tak pandai lagi dalam pelajaran. cukup-cukup makan je. tapi aku menyerlah dalam bidang penulisan. semasa aku di tahun 6, setiap kali subjek bahasa melayu yang ada karangan, akan bengkaklah telinga kawan-kawan sekelas sebab aku sentiasa kena puji dalam karangan. kalau sebulan cikgu suruh buat 5 karangan, maka 5 kalilah aku kembang sebab dipuji dan markah aku selalunya tinggi. dalam upsr pun bahasa melayu kedua-dua kertas memang dapat A manakala kertas english dan matematik agak mengecewakan.

bila naik tingkatan 2 iaitu semasa sedang meningkat remaja tiba-tiba aku jadi suka menulis cerpen. masa tu memang aku suka beli majalah remaja dan baca cerpen dalam majalah tu. tiba-tiba timbul idea nak reka cerita imaginasi aku sendiri. masa tu takde komputer lagi so aku tulis pakai tangan dalam buku nota je. cerpen 1st aku adalah tentang kisah seorang peminat yang jatuh cinta dengan penyanyi pujaan dia. aku pun dah lupa jalan cerita sebab dah lama sangat.

orang pertama yang baca cerpen ni ialah kakak aku yang bernama lida. tu pun dia curik dalam bilik. aku punyalah nak menangis bila ada orang baca sebab takut kena kutuk habis-habisan. tapi respon yang aku dapat sangat mengejutkan kerana kakak aku yang suka cari gadoh dengan aku dulu memuji-muji cerpen aku dan tak sangka aku boleh menulis macam tu. lalu dia bagi galakan suruh aku buat cerpen seterusnya. lepas tu adalah 3,4 cerpen lagi yang aku tulis. selepas setahun, lida ada pinjam novel dari kawan dia. dan kami sangat terkejut selepas baca satu novel tu (aku dah lupa tajuk) sebab jalan cerita 98% sama dengan cerpen aku yang 1st yang aku hasilkan setahun yang lalu. penyanyi yang jadi watak utama dan jalan cerita mmg sama dengan yang aku punya. aku anggap satu kebetulan yang teramat pelik sebabnya aku tak pernah bagi orang lain baca cerpen aku melainkan kakak aku tu je. kalau aku tau dulu baik aku publishkan cerpen aku jadi bentuk buku novel.

masa aku buat cerpen 1st aku ni, aku pun  belum pandai dalam pelajaran lagi. cukup-cukup makan macam kat sekolah rendah gak. macammana aku boleh pandai dalam pelajaran (seperti yang arwah abah aku harapkan) aku citer kat entri lain. selain itu, aku turut menyumbangkan cerpen untuk majalah sekolah dan juga sebuah sajak yang aku cipta sendiri.

masa pmr bahasa melayu aku dapat A. masa form 4 dan form 5 bahasa melayu dan karangan aku tak pernah dapat selain daripada A.
emak aku yang tahu bakat penulisan aku selalu menggalakkan aku hantar cerpen-cerpen dan novel yang buat ke majalah-majalah. namun...aku ni malas. aku buat untuk sendiri-sendiri je. lepas habis sekolah iaitu tahun 2000, aku masuk pertandingan mengarang untuk satu persatuan wanita bagi mewakili team sedara aku. sebenarnya aku tak pernah kata nak masuk. tahu-tahu je mak dan sedara aku dah masukkan nama aku dalam pertandingan tu sebab dengan yakinnya dorang kata aku pandai mengarang. tajuk karangan tu aku dah lupa. tapi bukan karangan budak-budak ok. pasal wanita. apatah. wanita lambang...ntahlah aku dah tak ingat. bertungkus lumuslah aku menyiapkan karangan setebal 8 mukasurat kertas kajang. tapi aku tulis pakai pen sebab takde komputer. kakngahlah yang jadi mangsa menaip semula guna komputer sebab kat opis dia ada komputer. terseksalah kakngah sebab kena baca karangan aku pakai kanta sebab tulisan aku kecik. huhuhu.
lepas dah hantar karangan tu sampailah hari pengumuman keputusan. dalam pertandingan tu aku dapat no 2. tu pun aku rasa terkejut sebab tak sangka dapat no 2 memandangkan peserta lain adalah cikgu-cikgu sekolah dan orang yang dah dewasa. akulah peserta paling muda belia lagi cute masa tu. menurut orang-orang disana, sepatutnya aku yang dapat no 1 dalam pertandingan tersebut kerana markah aku tinggi. namun, disebabkan ada unsur-unsur sabotaj maka, dapatlah aku no 2. tapi tak kisahlah sebab aku tak budget menang pon.

setahun lepas tu masa aku dah masuk U, sekali lagi sedara aku suruh aku masuk pertandingan mengarang tu sebab ia dibuat setiap tahun. tapi kali ni tajuknya lain tapi aku dah lupa jugak. masa ni aku sendiri taip sebab aku dah ada komputer. dalam pertandingan ni jugak aku dapat no 2. tapi untuk tahun ni tak tahulah ada unsur sabotaj lagi ke tak. apa pun aku tak kisah. yang penting aku dapat hasilkan karangan yang terbaik.

lepas masuk U aku dah jarang menulis cerpen sebab busy belajar dan buat assigment. masa dah keje lagilah aku tak dapat. tapi aku banyakkan menulis sajak pulak. biasanya sajak yang aku tulis menggambarkan perasaan aku sendiri. tapi dah 2,3 tahun aku berhenti menulis cerpen dan sajak. sebabnya idea tak datang. hehehe. kalau idea datang memang mencurah-curah. tapi bila takde idea, langsung takde.

so, sampai sini je lah aku citer tentang harapan arwah abah yang bagi nama hadibah kat aku untuk bahagian pandai jadi penulis. untuk bahagian pandai dalam pelajaran, aku akan buat entri lain bila ada masa.
aku buat entri ni bukan nak berlagak atau menunjuk yang aku ni pandai mengarang, tapi hanya untuk berkongsi harapan arwah abah aku terhadap aku dan adakah aku berjaya jadi seperti yang arwah abah aku harapkan.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails