Thursday, July 1, 2010

kalaulah aku boleh karate dia

hari ni aku nak buat entri megutuk sket. sebabnya aku tak puas hati sangat. rasa geram rasa nak karate tengkuk dia. nasib baik dia memang takde tengkuk. kalau ada pun aku tak tahu kat mana tengkuk dia. apa yang berlaku yang membuatkan aku geram sangat-sangat dengan dia? ceritanya macam ni.



tak silap aku aku jumpa dia hujung bulan 10 tahun lepas. sebagai seorang pekerja baru yang berdedikasi, aku memang terus melaksanakan tanggungjawab aku dengan memberi maklumat yang dia mintak. malangnya, ada antara maklumat tersebut aku tak dapat nak bagi sebab aku kena rujuk surat perjanjian yang berkaitan dengan maklumat tersebut. manalah aku ingat isi kandungan surat perjanjian yang dah 2 tahun dalam simpanan tapi aku tak pernah baca tu. huhuhu. jadi, aku hanya bagi maklumat yang aku tahu je lah. yang aku tak tahu aku tinggalkan dulu dan akan bagi kemudian bila aku dah semak surat perjanjian tu.

bulan berganti bulan aku terlupa pulak pasal nak semak surat perjanjian yang aku kena amik maklumatnya untuk dibagi pada dia. tiba-tiba dalam meeting dia ugut pulak nak publishkan nama-nama yang tak bagi maklumat lengkap macam yang dia mintak. bukan aku sorang je lah, yang dah kerja bertahun-tahun dah nak pencen pun kena gak bagi maklumat tu. satu hari tu aku teringat lah nak bawak surat perjanjian yang ada maklumat tu lalu tanpa berlengah aku pun bagilah dia maklumat yang lengkap. lepas dah lengkap dan dah semak banyak kali, aku pun hantar. dia pun cakap aku dah berjaya hantar maklumat tu. so, aku pun terasa lah beban ringan sket sebab takyah pikir pasal tu lagi.

sejak hari tu aku memang tak pernah amik tahu pasal dia atau pasal apa yang aku hantar tu. sehinggalah semalam seorang cc telah berjumpa aku dan bertanya aku tak hantar lagi ke maklumat dot dot dot tu? aku dengan muka dan nada terkejut terus bagitau yang aku dah hantar sebulan yang lalu. menurut seorang cc itu, maklumat aku tak diterima oleh dot dot dot. lalu aku dengan pantasnya terus menyemak dan.... apa yang aku lihat sangatlah menyakitkan hati. semuanya kosong seolah-olah aku tak pernah mengisi dan hantar maklumat tu. lalu aku berjumpa seorang cc itu lagi lalu menegaskan aku memang dah hantar malah siap dia kata dah berjaya lagi. lalu seseorang turut berkongsi pengalaman dengan aku yang dulu dia pun mengalami masalah yang sedang aku alami skang. maknanya sekarang aku terpaksa isi dan hantar lagi sekali. dan yang membuatkan aku geram, aku nak kena pulak bawak surat perjanjian tu sekali lagi sebab aku memang tak ingat maklumat tu. dahlah banyak apa yang nak kena isi. belum kira lembapnya nak bukak dia dan masalah network kat cni.

dia yang aku maksudkan disini bukanlah manusia, binatang atau serangga. tapi adalah.....sebuah SISTEM KOMPUTER yang bernama dot dot dot yang menyakitkan hati aku. dia membuatkan reputasi aku tercemar sebab telah dituduh tidak menghantar maklumat tersebut sedangkan aku sudah berbuat demikian. sebab tu aku kata dari awal aku nak karate je dia kalau dia ada tengkuk. waaaaaaaachaaaaaaaaa!!!!!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails