petang hari jumaat yang lepas selepas waktu keje, aku dan encik capo grande telah meluangkan masa menonton wayang di MBO Cinema di Terminal 2. movie yang kami tonton adalah "sorcerer's apprentice". sedap citer ni. tak rugi g tengok.
lepas habis movie, kami menjemput lida di IPK Seremban lebih kurang dekat-dekat pukul 9 malam. rancangan awalnya nak pergi terus ke rumah bangcik di pinggiran senawang, namun encik capo grande telah mencadangkan agar kami singgah berkaroke dalam sejam dua di K Box Dataran Senawang dulu. aku yang dah lama tak karoke, terus saja bersetuju. aku turut mengajak anak buahku yang bernama mimi untuk join sekali dan memaksa dia untuk turut menyanyi kalau nak ikut lagi lain kali. huhuhu.
disebabkan keadaan aku yang berbadan dua ini, maka suaraku sering pancit dan tak kesampaian. malah rasa nafas tak sampai dan tercungap-cungap ketika menyanyi. tapi aku yang tak sedar diri ni, nak jugak menyanyi lagu suara tinggi walaupun sedar suara tak kesampaian. wawawawa.... sumbang ke sumbing ke lantaklah, yang aku tau aku nak nyanyi gak. ^_-. kami berempat bergili-gilir menyanyi selama 2 jam tu (capo grande, aku, lida dan mimi).
setelah 2 jam berkaroke, dan masa pun dah tamat, kami teruskan perjalanan ke rumah bangcik dimana emakku telah pun tertidur menunggu kami sampai. sebabnya, dalam telefon aku bagitau sampai sana dalam pukul 9 lebih tapi aku tak mengupdate pada mak aku yang kami singgah karoke dulu. huhuhu. sampai-sampai je terus makan lauk yang dimasak khas oleh mak aku untuk aku sebab setiap kali aku nak balik rumah mak aku, mesti aku order lauk apa nak makan skali. huhuhu. bertuah punya anak. ^_^
2 comments:
sama.. baru layan jumaat lepas.. patut nmpk mcm korang hari tu..
yeke? kat mbo? nape kami xperasan...
Post a Comment