Thursday, February 23, 2012

tiga serangkai

untuk sorang satu

hari tu arissa selsema dan demam. lepas 2 hari, mak ayah e pulak yang berjangkit. so, hari ni kami MC. mula-mula aku taknak MC. kalau boleh nak pegi opis. tapi tak larat la pulak. dengan hidung tersumbat, dengan demamnye. oppsss...perancangan tahun ni yang tak menjadi. aku dah target suku pertama tahun ni tiada MC atau EL. tapi apakan daya, aku hanya merancang, Allah yang tentukan.


Tuesday, February 21, 2012

lena diulit arissa

malam tadi arissa selsema. entah macam mana boleh kena selsema plak si kecik ni. so malam tadi tido arissa memang tak lena. kejap-kejap menangis sebab hidung tersumbat. so bila tido arissa tak lena, tido emak dia 3 kali ganda tak lena. bila arissa menangis, aku pun bangun pujuk-pujuk. pukul 2.30 pagi arissa menangis-nangis, aku pun bangun buat susu arissa. dapat minum susu arissa pun telelap balik. aku pun sambung tido. tak lama lepas tu menangis lagi.

ala...kesiannya. sebab hidung dia tersumbat, memang tak lena tido. aku yang besar ni pun kalau kena selsema hidung tersumbat pun rasa tak selesa, inikan pulak budak kecik. sekurang-kurangnya aku boleh jugak hembus keluar. arissa mana la reti lagi. tu yang tak selesa tu. entah berapa kali aku bangun malam tadi pun aku tak ingat. nak bagi ubat takde ubat. ubat selsema masa arissa masuk wad KPJ dulu adalah tapi elok lagi ke dah dekat 6 bulan? tak berani nak bagi. huhuhu

pukul 5 pagi arissa menangis-nangis lagi. kesian aku tengok. semua serba tak kena. tetiba teringat ubat spray untuk bersihkan hidung baby yang tersumbat sebab selsema. tu pun ubat masa arissa masuk wad KPJ gak. tapi ni ubat sembur, so boleh pakai lagi la. nak spray ubat tu kena masukkan muncung dia dalam lubang hidung arissa. baru terkena sket kat hidung dia dah begerak gosok-gosok hidung. aku tunggu sampai dia lelap balik. cuba balik masukkan muncung ubat spray tu dalam lubang hidung arissa. pun begerak-gerak gak ke kiri kanan. adalah 5,6 kali aku bersabar tunggu arissa senyap. lama-lama aku dah tak boleh bersabar lagi sebab arissa menangis-nangis hidung tersumbat. terpaksa a guna cara kasar. pegang dua-dua tangan dan sandarkan pastikan kepala dia supaya tak dapat begerak ke kiri kanan. menangis-nangis arissa aku buat camtu. nak buat camne, aku nak tolong dia. tepaksa bekasar. dah dapat sembur kat dua-dua lubang hidung arissa, aku pun pujuk a balik. mesti arissa ingat mak dia jahat buat dia camtu. tsk tsk tsk. tak lama tu arissa boleh tido dengan lena sebab ubat spray tu dah bersihkan mukus dalam hidung arissa. so tak tersumbat a. kenapa la lambat aku teringatkan ubat tu. huhuhu.

so pagi tadi sebelum pegi keje, pegi hantar arissa g cek kat klinik dulu. dalam 7.30 pagi aku dah sampai klinik. risau gak kalau klinik aku nak pegi tu belum bukak. kalau boleh aku taknak sampai lewat kat opis sebab malas nak pikir ayat baik punya nak sms kat bos minta izin masuk lambat sebab g klinik. nasib baik klinik tu memang dah bukak dan arissa la pesakit pertama kat situ hari ni. lepas dah cek, amik ubat, terus anta arissa dan aku pulak teruskan perjalanan ke opis. phewww...tak lewat hari ni.

harap-harap arissa cepat sembuh. harap-harap tak demam pulak. tapi tadi dah terus amik ubat demam sekali. standby je. nanti tak yah g klinik lagi.


sekian.

Saturday, February 18, 2012

hadiah yang tak dihargai



hari tu aku ada belikan arissa ypad for kids kat intenet. sangat teruja ok nampak ypad tu dipromote kat facebook. dengan pantasnya aku terus order. niat hati nak bagi arissa ipad sendiri. yang mainan je lah. takkan nak bagi budak umur setahun ipad yang betul pulak. gile kaya aku macam tu. masa ypad tu sampai kat opis, tak sesabar aku nak bukak bungkusan nak tengok cane rupa die. imaginasi memang tinggi. ada skrin dan boleh touch macam ipad betul tu. sebab nampak kat gambar tak berapa jelas. sekali yang betulnye, takde skrin pun. hanya stiker ABC, 123 dan button function. kalau tekan kat gambar tu, bebunyi a suara sebut kat huruf mana kite tekan. hambik kau...hage murah tapi imaginasi nak macam ipad betul. kui kui kui.

tapi takpelah. janji arissa suka. so takde la aku berebut ipad 2 dengan arissa. ye la, kadang-kadang aku nak main game, arissa nak tengok youtube atau main talking tom atau main peekaboo. kadang-kadang aku beralah dengan arissa, kadang-kadang tak layan pun. ekekekeke. so balik keje, tak sabar nak jemput arissa nak bagi dia ypad. masa mula-mula bagi kemain lebar senyum dia. terus dia touch skrin ypad tu macam yang dia biasa buat kat ipad betul. tekan-tekan-tekan tak keluar gambar. macam gitu aje rupa skrin ypad tu. aku puas a amik jari dia ajar tekan kat huruf-huruf. lama-lama arissa fed up. mengamuk sebab skrin ypad tu takde apa effect brape kali dia tekan pun. takde gambar keluar. hanya bunyi. mengamuk-mengamuk terus campak ypad tu.

owh anak ku. begitu terujanya emakmu ini belikan ypad for kids untukmu, kau campak begitu aje. tsk tsk tsk. aku amik ypad tu tekan-tekan bia keluar bunyi lagi. namun arissa tak cukup dengan bunyik. dia nak gambar betukar-tukar macam dia selalu buat kat ipad betul. penyudahnya, dia langsung taknak ypad tu. dah la dia campak, pastu siap dudukkan dan pijak ajo atas ypad tu. kat ipad betul dia tak buat macam tu pun.

nampak gayanya arissa dah tau dia ditipu dengan ypad itu. dia dah biasa main ipad betul. memang tak dipandang sebelah matanya ipad mainan tu. akhirnya jadi hiasan ypad tu sebab memang arissa tak hingin main pun. dia nak gak ipad betul.

bertuah betul la anak dara aku nih...kemain ko demand ye.


sekian.

Wednesday, February 15, 2012

terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu




Terukir di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata
 tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai 
bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia 
akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu 
pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku

Jangan kau persoalkan 
siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang
 cintaku padamu




Tuesday, February 14, 2012

semalam yang hangat

penat sungguh hari ni. pagi-pagi lagi dah mengantuk. badan pun sakit-sakit dan letih je ni. hampir-hampir nak mengELkan diri hari ni. tapi alhamdulillah, aku tidak berbuat demikian. selamat cuti aku. huhhu.
semua ni berpunca sebab kejadian yang berlaku semalam. kejadian yang pahit tapi manis akhirnye. hihihi.

semalam hari isnin 13.2.2012. ada training sistem kat wangsa maju, KL. seramai 6 orang yang pegi training ni. 2 orang bos aku, kak ana, faridah, hazry dan aku. kami semua terlibat secara langsung dengan sistem yang perlu pegi training ni. sepanjang perjalanan pegi dan balik ada aje kejadian-kejadian yang menduga. tapi bila ingat balik mmg boleh tegelak sensorang2.

sepatutnya bertolak pukul 7.30 pagi dari opis. semua dah berkumpul kat tempat parking tapi van jabatan yang akan bawak kami tak  muncul-muncul. pukul 8 pagi baru encik driver datang. tu pun sebab bos call. katenye telupa. perjalanan pun bermula pukul 8 pagi menuju ke KL. lepas je keluar tol besi macam selautan kenderaan sebab jem. gerak pun slow. kadang tak bergerak langsung. lepas dapat lepas jem, encik driver nak masuk terowong smart. tapi van transit tu terlalu tinggi. masa lalu kat penghadang had ketinggian tu bergesel dengan bumbung van. aku dah cemas. kat depan ada satu lagi besi penghadang had ketinggian. nak tak nak, kena reverse balik masuk jalan utama. dah la keta banyak nak masuk terowong smart tu dengan jalan sempit. memang scary. nasib baik bukan aku yang drive.

lepas tu satu demi satu jem kiteorang tepaksa tempuh. akhirnya dalam pukul 10 lebih sampai kat tempat training. lepas abis training, so nak balik a. sebelum tu singgah jusco wangsa maju sbb banyak masa berlebih sebb training abis awal. sepatutnya hanya 45 minit je kami kat jusco tu. tapi masa nak balik dari jusco wangsa maju, van transit tu rosak plak. timing belt putus katanya. encik driver call van backup dari seremban untuk jemput kami. masa ni baru pukul 3.45 ptg. budget masa van nak datang dari seremban, tempuh jem bagai, kiteorang agak pukul 5 lebih baru van backup sampai. kiteorang pun masuk balik dalam jusco. disebab aku memang tengah sengkek, mood nak shopping tu mmg takde. nak beli ABC pun siap cek duit dalam beg ada ke tak. ekekeke. nasib ada. kalau tak melopong a tengok orang makan ABC. *_*. ABC dah a tak sedap. tah asikrim murahan apa orang tu letak. nyesal tak beli mcflurry cornetto chocolate yang memang terbentang depan mata masa tu.

pukul 5 petang, kiteorang dimaklumkan van belum lagi bertolak dari seremban. ayyyakkk!. pukul berapa  nak balik kalau cenggini? penyudahnya melepak kat dalam surau. tapi bukan melepak semata-mata a dalam tu. pukul 6 lebih aku dah kehilangan tenaga dah. nak tido tak leh tido. kepala dah berat. berpusing-pusing. pastu lepak kat kfc bertiga. aku, faridah dan hazry. yang lain-lain mungkin masih bershopping kat jusco. masa ni memang kepala aku dah berat sangat2 tapi mampu lagi a bertahan. bila perut dah kebulur tahap gaban zack potong dua, ajak dorang makan. kiteorang makan kat chicken rice shop sambil borak-borak cite kelaka. dah tegelak-gelak tu lupa jap kepala yang memang dah sakit ni. pukul 7 mlm, baru van backup sampai. memang aku bersyukur sangat-sangat sebab memang badan dan kepala dah tak mampu bertahan. letih seletih letihnya. masuk-masuk van, sebab kepala dah terlampau sakit, langsung tak bole tido. ditambah pulak macam-macam citer lawak yang dibukak. nak tegelak pecah perut rasanya.dah la duduk kat belakang sekali. telompat-lompat je rasa bila van lalu kat jalan tak rata.

lepas tu kot baru aku dapat lelap. tau-tau kak ana kejut. ingat dah sampai opis. rerupanya singgah kat RnR seremban. lepas buat apa yang nak buat kat R n R Seremban, perjalanan balik pun diteruskan. dekat pukul 9 malam baru sampai opis. sampai je opis terus amik keta dan tak berlengah aku drive balik. ada macam pelesit kot aku drive sebab kepala sakit, badan letih. so aku tak sabar-sabar nak landing atas tilam dan tido.

disebab kan rumah aku dekat dengan opis, sekejap je la aku dah sampai. masuk-masuk terus carik arissa dulu pastu baru baring. baring aje tapi tak tido a. sebab bila aku terlampau letih, aku tak bole tido. pukul 11 lebih baru dapat tido. masa tu dah pasang niat nak EL hari ni. ekekeke.


tu aje citer aku untuk semalam. panjang jugak entri ni. malas nak buat sambung-sambung.

sekian.

* bila baca balik, baru perasan ada adegan yang tak ikut susunan. tapi malas nak edit balik.  walaumacammanapun, tak menjejaskan keseluruhan kejadian sebenar ;-p

Saturday, February 11, 2012

facebook situ sana sini

aku rasa ramai ada akaun fb. ada yang aktif ada yang tak aktif. macam aku...aku ada 2 akaun fb. satu personal satu lagi kedai online punye iaitu arissa's choice. yang akaun arissa's choice memang hampir setiap hari la cek sebab nak promote dan jawab pertanyaan dari customer. yang akaun personal jarang a bukak. kalau bukak pun, aku tak buat apa-apa. baca status atau mesej aje. jarang sekali update status, reply status orang atau like mengelike ni.

status orang memang aku suka baca. ye la, kadang-kadang ada yang letak status yang beri info bermanfaat kepada orang yang bace. tak kisah la berunsur agama atau nasihat menasihati. boleh tambah ilmu dari situ. ada juga yang kongsi status pasal jalan-jalan dan makanan. tu pun ok gak sebab kot-kot tempat dorang bercuti atau jenjalan tu best, maka esok lusa boleh ke sana pulak.

tapi ada tu yang letak status terlalu peribadi yang aku rasa tak yah kongsi kat fb pun takpe. bukan aje membodohkan diri sendiri malah membuka aib diri dan juga orang yang dimaksudkan. contohnye la kan, sebelum-sebelum ni aku ada terbaca status sorang friend dalam fb aku. tapi aku tak sure samada aku kenal dia atau tak. pernah kah aku dan dia berkawan? langsung tak ingat tapi ada dalam friend list aku. salah satu status dia yang aku rasa agak over bila dia bagitau yang dia pinjam boxer laki dia. pastu siap bagitau laki dia pakai boxer koyak rabak pegi keje.  di hari yang lain siap bagitau keluar rumah tak pakai pakaian dalam sebab tak sempat nak pakai. bra dgn spenda la tu. abis semua orang tahu kat rumah memang tak pakai bra n spenda. tak kisah la kan kat rumah sendiri taknak pakai. tu lantak memasing la. tapi perlu ke bagitau kat semua orang? tido peluk-peluk dengan laki pun nak bagitau orang. nape tak letak detail je lepas peluk-peluk tu apa yang berlaku? huhuhu.  di hari-hari yang lain pun banyak gak status  mengarut dia letak. tapi yang paling aku ingat tu la.

status salah seorang kenalan sekolah dulu plak, asik nak mencarut aje statusnya. sehari tu 5,6 kali update status tapi penuh dengan mencarut dan maki memaki. awak tu dah la pempuan tapi status manjang mencarut aje. takde rasa malu langsung.

ada kenalan lain pulak asik nak maki hamun je kat status fb bila bergaduh dengan kawan dia. bila mood baik letak ayat jiwang je manjang pulak.

ada tu pulak rajin sangat update status sampai semua yang die buat nak update status. selang 2,3 minit update status. tapi pelik betul bila nak pegi jamban takde lak nak update status. huhhu.

nak beromantis dengan husband or wife dengan ayat-ayat jiwang karat, tapi update kat status. nak cakap good nite n good morning pun nak update kat status. cakap sendiri kat husband or wife tu tak bleh kah? ada tu lak husband or wife tu akaun fb langsung takde. so nak suruh sape bace sebenarnye?

ada tu lak kat lua pakai tudung. balik rumah amik gambar pakai singlet dengan free hair pastu tayang kat orang bajet comel. kalau gambar lame-lame tu ok a kot. ni memang gambar semasa.

ada yang lagi tak tau malu, gambar tengah breast feeding baby pun nak letak. nak tunjuk kat orang la kot cara bf yang betul. huhuhuhu.

bagi sedekah atau derma pun nak bagitau orang. bukan lagi elok ke kalau kite bersedekah atau menderma tu buat senyap2 takyah nak menunjuk2? sama la jugak dengan sembahyang. nak pegi sembahyang pun nak bagitau.

macam-macam lagi la. aku bukan nak dengki kat orang yang rajin update status ni. cuma macam aku taip kat atas tadi, status yang ditaip tu ada yang membodohkan diri dan membuka aib sendiri dan orang yang dimaksudkan kat status tanpa disedari. niat asal mungkin nak share dengan kawan-kawan. so kalau nak share luahan perasaan atau apa-apa je berpada-pada a. macam orang pendek akal pun ada. semua nak bagitau orang. tinggal kat rumah sorang-sorang pun nak bagitau semua orang. siap check in duduk kat taman mana n negeri mana lak tu. senang-senang orang jahat leh datang rumah sbb tau tinggal sensorang.

aku paling suka masuk forum cari thread status fb yang memualkan. kat sana macam-macam status yang memualkan yang ada. siap diprint screen lagi. tapi serius memang memualkan. tak sangka ramai yang sejiwa dengan aku kat sana. huhuhuhu.

mesti ada yang tak puas hati akan cakap, kalau tak suka sape suh baca?
kalau aku tak baca macam mana aku nak tau? ekekekekekeke.

tapi kan...lantak korang a nak update ape. aku luahkan perasaan je.


* entri yang dekat setahun aku terfikir nak buat, akhirnya aku buat juga ^_^.


sekian.

Friday, February 10, 2012

hari-hari ku tanpa dirimu


Aku berada di melaka skang. Dari pagi semalam dah berada di sini sehingga sabtu ni. Ada bengkel penyediaan sop untuk isms.

untuk pertama kali tepaksa tinggalkan arissa. Klau tak, biasenye klau kursus tu melibatkan aku dan encik capo, aku akan bawak arissa dan minta kakak aku untuk cuti supaya boleh ikut aku pegi kursus dan tolong jaga arissa. dengan itu, boleh jumpa arissa hari-hari. tapi tidak kali ni. sebab aku tengah sengkek tak mampu nak sewa 1 bilik hotel untuk kakak aku. Huhu. so, arissa tepaksa aku tinggalkan sampai sabtu.

rindu sangat dengan arissa. apa agaknye dia buat skang? rindu tak kat mak die nih? Hihi. mlm tadi tido pukul berapa? lasak tak tido tu? Huhu. tak sabar nak tunggu esok nak jumpa arissa.

emak sayang dan rindu kamu, arissa. mmmuuuahhhh.

~ send via wild d' xperia arc ~

Wednesday, February 8, 2012

duniaaaa...betapa aku mengantuk hari ini

setelah 4 hari bercuti (sabtu, ahad, isnin (cuti maulidur rasul yang dianjak ke isnin) dan selasa (cuti thaipusam), akhirnya hari ni kembali ke opis. sesungguhnya alangkah indah kalau hari ni pun masih cuti.

aku memulakan pagi hari bekerja hari ni dengan terbangun lewat. tapi tak sampai lewat di opis pun. semuanya dapat diatur dengan baik. cumanya hari ni sangat mengantuk. mungkin kesan masa cuti tiap2 malam tido lewat. main game, main dengan arissa yang tak nak tido awal, baca komik. owh indahnya cuti. masa tido aku bergantung kepada masa tido arissa. kalau pukul 2 pagi arissa tido, pukul 2 la aku tido. kalau esoknya hari cuti memang aku takde masalah nak tido lewat bersama-sama arissa ^_^.

so malam tadi dekat pukul 12 malam pun arissa tak nak tido. nak main aje kejenye. disebabkan esoknya  keje, aku memang paksa dia tido. cara paksa tu maksudnya, aku tutup lampu, tutup tv, baring sebelah dia sambil lelap mata. bila arissa tengok aku tido dia pun terbaring a sebelah aku main-main sensorang. tapi tak lama sebab tak sampai 10 minit kompem dia lelap sebab takde orang layan dia *_*. kadang-kadang aku yang lelap terus walaupun niat asalnya nak pura-pura tido je supaya arissa tido. ngeh ngeh ngeh.

tapi pagi ni...sehingga masa aku menaip entri ni...aku sangat mengantuk. tak boleh blah punya mengantuk. pagi tadi aje terpaksa tahan ngantuk sebab nak siapkan SOP untuk ISMS punya pasal. tepat pukul 1 petang tadi siap aje SOP tu terus ngantuk melanda balik. bila nak pukul 5.30 petang ni? huhuhu.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails