Wednesday, March 28, 2012

pakej yang tidak aku ingini

3 hari beturut sejak isnin hari tu, kepala pening dan rasa nak muntah. jujur aku kate, lepas lunch hari isnin hari tu aku tido kat opis. tido bersandar kat kerusi aku la. dah letak minyak angin pun takde effect. bab rasa nak muntah tu yang malas sket sbb kena bersedia untuk lari ke toilet. samada sempat sampai toilet atau akan termuntah semasa sedang berlari?

ok, mesti ramai akan suspek arissa nak dapat adik. simptom-simptom memang macam orang pregnant. tapi bukan lorr. sebenarnya aku lapa. tak tau kenapa tetiba aku rasa lapar dan bila aku tak makan cepat-cepat, terus dia effect ke kepala. tu membuatkan aku pening dan rasa nak muntah. tapi masalahnya bila dah makan, tak elok gak. kena makan masa lapa tu datang atau sebelum. kalau lapa tu dah effect jadi pening, dah tak berkesan dah. so menahan la pening kepala dan nak muntah.

semalam pun sama. padahal aku dah breakfast pukul 8 lebih tu. tetiba pukul 11 pagi lapa datang menyerang. aku dah makan roti sebab ada simpan stok roti kalau kecemasan lapa macam ni. tapi roti tu tak cukup pulak nak menampung lapa yang tetiba datang. disebabkan itu terus kepala aku pening macam nak pitam dan tekak rasa nak muntah lagi. owh...masa tu rasa nak pegi tido kat surau tapi tak selesa pulak kalau orang keluar masuk surau nanti. so aku menahan la pening kat kerusi meja aku. minyak angin dah ntah berapa kali letak tapi tetap takde berkurang. sudah la, meeting petang semalam. lagi seksa sebab tak bole a nak curi-curi lelap mata bagi pening kurang sket.

hari ni pun sama lorrr... aku dah amik breakfast. lepas sejam, aku makan roti sket-sket sebab taknak bagi lapa datang tetiba lagi. tapi kenapa lapa itu masih tetap datang seolah-olah aku tak makan apa-apa sejak pagi tadi??? betul-betul lapa macam masa pregnantkan arissa awal-awal dulu. tak sanggup a nak pening dan rasa nak muntah hari-hari macam ni. kalau memang pregnant takpe la jugak. tapi ni lapa saje-saje je.

simptom apakah ini selain dari pregnant? lapa walaupun dah makan banyak+ pening + rasa nak muntah???

Monday, March 26, 2012

tanda sayang arissa pada mak dia

hari ni pegi keje dengan bibir lebam. tapi dah cover dengan lip balm. bukan je lebam, malah luka sekali. sakitnya bila terlanggar atau nak makan, makanan terlanggar bibir. lebam bukan sebab aku merokok apatah lagi kena penampar dengan suami. tapi...tsk..tsk...

mula-mula, aku bersyukur kepada Allah sebab kurniakan aku kesabaran dan ketabahan ini untuk mengawal kemarahan. bukan sekali, malah ni kali yang ke berapa pun aku dah tak ingat. tapi ini lah yang paling sakit sampai lebam bibir aku. semuanya gara-gara Arissa. sebab empunya angkara ini ialah anak aku yang masih kecik dan tak tau apa-apa, maka aku ketepikan rasa marah yang mampu mengundang penampar ini.  kalau anak aku pun yang buat, tapi dah berakal dan boleh tau bezakan baik dan buruk, memang makan penampar jugak. ;-p

malam hari tu lebih kurang pukul 1 pagi lebih, aku dah mengantuk sangat dan dah berbaring-baring nak tido. arissa pulak tak tido-tido tapi dia main kat sebelah aku je. tak lama lepas tu aku terlelap. dan bila aku terjaga, arissa masih lagi main bear dia kat sebelah aku. aku pun amik la arissa baringkan atas badan aku. sekali, arissa dengan sengaja telah hantukkan kepala dia kat bibir aku. sape yang pernah kena, boleh bayangkan betapa sakitnya bila kepala budak terhantuk kat bibir. walaupun aku dah kena banyak kali, tapi yang ni paling sakit. mujur aku masih waras berfikir dan mampu kawal kemarahan dan kesakitan yang tak terperi ni. cepat-cepat aku letak arissa jauh sket dan aku baring mengadap arah lain sambil menahan sakit. airmata memang dah mengalir-ngalir sebab telampau sakit.

tujuan aku cepat-cepat ketepikan arissa jauh dari aku, sebab aku takut aku terlempang atau terpukul dia sebab kesakitan yang teramat sangat itu. arissa masih kecik dan tak tau apa-apa. jadi, tak boleh pukul dia. itu prinsip aku. masa arissa dah hantukkan kepala dia dan aku dah menjerit sakit, bukan main terbahak-bahak dia ketawa. adoi la arissa oi. dia ingat aku buat lawak agaknya. tapi aku tak layan pun arissa masa tu sebab sesungguhnya aku terlalu sakit.

sebenarnya masa dalam keta sebelum tu, dia memang dah hantukkan kepala dia kat bibir aku dan memang sakit. masa tu pun dia terbahak-bahak gelak bila aku mengaduh sakit. disebabkan arissa sangat comel bila ketawa terbahak-bahak tu, maka aku lupakan sakit dan buat-buat mengaduh sakit dan memang bertambah terbahak-bahak dia ketawa. sakit yang arissa hantukkan kat bibir masa dalam keta tak redha lagi, arissa hantukkan lagi kepala dia masa malam tu pulak. tu pasal sampai luka dan lebam bibir aku.

pagi tadi tengok lebam sket je. skang dah bertambah besar dan biru lebam tersebut. harap-harap, 2,3 hari ni arissa tak bergurau lagi dengan hantukkan kepala dia kat bibir aku. kalau tak, memang bertambah besar lah luka dan lebam kat bibir ni. bila arissa dah lelap, aku tengok je dia tido. ala siannya anak aku. nak bergurau tadi tak kena layan. mak sakit sangat sayang oi. sampai meleleh airmata menahan sakit.tak mampu nak buat lawak.

tetiba aku terfikir...kalau umur arissa dah 4,5 tahun dan hantukkan kepala dia kat bibir aku macam dia buat haritu sampai luka dan berdarah, adakah aku akan bagi penampar secara automatik atau adakah aku akan mampu bersabar?


sekian.

Friday, March 23, 2012

kek aku bukan aku

semalam aku buat kek ape ye?


taraaaaaaaaaaaa.........


kek chocolate indulgence yang macam kat secret recipe tu. sama kan macam kat secret recipe. wahhh...aku semakin pandai buat kek. ekekekekeeke
 .
.
.
.
.
.




aku tipu je. gambar kat atas tu memang kek chocolate indulgence. bukan aku buat. tapi beli kat secret recipe. ahakz.


semalam teringin nak makan kek chocolate indulgence secret recipe. kek paling sedap aku pernah makan. dah google resipi kek ni. tapi...aduh! agak complicated nak buat. bahan pun ada yang pelik. oleh itu, tunggu aku kerajinan tahap maksimum baru aku akan buat kek chocolate indulgence sendiri. sementara tunggu kerajinan maksimum tu datang, beli aje kat secret recipe.

^_^


sekian.

Thursday, March 22, 2012

aku yang buat kek, marie yang dapat nama

sepanjang minggu lepas aku agak busy sehingga takde masa nak buat kek. mana taknya, 2,3 hari balik rumah pukul 2,3 pagi. bukan aku stayback di opis sampai pukul 2,3 pagi. bukan juga aku berpoya-poya di kelab-kelab malam atau kelab dangdut. malah encik capo dan arissa turut sama balik rumah 2,3 pagi. semua ni sebab ada urusan keluarga. disebabkan sampai rumah dah pagi, maka waktu tidur juga singkat. esoknya adalah keje dan bukan hari sabtu atau ahad. walaupun tiada niat dihati nak bangun lewat, tetapi apakan daya...tido yang tidak cukup, hanya lebih kurang 3 jam lebih je dapat tido, maka sampai opis pun lewat. ahak ahak ahak. disebabkan itu, aktivit buat kek minggu lepas tergendala.

so petang semalam lepas balik keje, terus buat kek. tapi kek simple aje. kali ni aku buat kek biskut marie. ni sebab encik capo mengidam-ngidam nak makan kek biskut marie. resepinya memang dah google 2,3 minggu lepas tapi baru berkesempatan nak buat semalam. tak susah pun buat kek ni. memang simple.

gambar ehsan pakcik google
disebabkan aku takde amik gambar, maka aku google je. lagipun rupa paras kek dalam gambar ni dengan yang aku buat sama je. bezanya, aku punya kek bulat, dalam gambar diatas, 4 segi. aku tak minat kek ni dan tak makan pun. secoet je la aku makan sebab nak rasa. selebihnya encik capo la yang makan sebab dia yang mengidam sangat. huhuhu.


sekian ^_^.

Wednesday, March 21, 2012

arissa dan zombie zombie nya

dah lama tak update pasal arissa. arissa skang dah 1 tahun 2 bulan lebih. dah pandai berlari pun. rasa seronok jalan-jalan sebab boleh pegang tangan arissa dan jalan bersama-sama. kadang-kadang arissa taknak dipegang. tapi jangan harap aku akan lepaskan tangan. kalau nak  lepaskan tangan dan biarkan dia berjalan sendiri pun aku akan ikut je rapat-rapat.

entri yang lepas aku ada cerite pasal arissa suka main plant vs zombie kan? kali ni entri nak share gambar arissa tengah main game tu *_*.



bukan main lagi dia landing main game.









lepas dah  boring main plant vs zombie, bagi arissa layan angry bird pulak. tapi yang ni dia tak tau main. tengok dan touch-touch screen je.





ok. tu je nak citer kat entri kali ni. 

sekian.

Sunday, March 18, 2012

hujung minggu yang tak berapa ceria

malas betul nak update blog skang. bukan ape, sejak aku tau ada seseorang yang baca blog aku, aku jadi macam malas pulak nak update blog. tu pasal entri selang seminggu ke 2 minggu. huhu. rasa macam dah takde mood nak kongsi aktiviti aku n famili. tapi dah tentu la namanya blog, mesti la ada orang baca, kalau tak buat apa ada blog kan??? huhuu. tapi...bukan orang itu yang aku mahu jadi pembaca blog aku. la la la la la.

weekend ni aku tak berapa sihat. demam selsema lagi. padahal baru je bulan februari hari tu aku demam selsema dan amik MC. tetiba tak sampai sebulan dah demam balik. huh! aku harap demam ni tak sampai buatkan aku amik MC esok (isnin). aku sangat malas nak MC. nak kena fikir ayat baik punya nak sms lagi, nak kena pegi klinik. owh! pegi klinik nak kena pegi pagi pulak tu. dah tentu la orang demam sangat malas dan tak larat nak bangun pagi. nak tido aje. tapi nak taknak kena la pegi pagi. kang pegi petang, demam dah elok, nanti doktor cek tak demam dah suspek menipu pulak. kalau tak pegi klinik, amik EL dah buruk pulak rekod. padahal sakit cuma taknak pegi klinik. tapi dah kena suspek pemalas nak pegi keje pulak. aduyai.

dan lagi satu kalau aku demam memang takkannye pegi klinik kerajaan. sebab apa, masa menunggu yang terlalu lama. dah la tak larat sebab demam, nak kena menunggu berejam lagi. elok2 demam masa menunggu giliran, tetiba sampai kat doktor, demam dah kurang pulak. tak pasal2 tak dapat MC sebab suspek nak menipu jugak. sia-sia menunggu giliran berejam. huhuuhu. hidung tersumbat, deria rasa pun tak berfungsi sangat, sakit tekak lagi. owh...sangat menguji. aku tak pegi klinik pun. bukan sebab demam hujung minggu tapi ubat mase demam bulan lepas banyak lagi. so tak payah nak membazir. lagipun hujung-hujung bulan ni duit pun dah menipis. hahahah. petang tadi, pegi klinik sebab anta arissa je. budak kecik ni batuk-batuk dari hari tu. harap-harap tak serius.

ok la. sekian.


^_-

Sunday, March 11, 2012

kesukaan baru

jumaat malam hari tu aku buat kek coklat. tak sangka first time buat terus menjadi. resepinya aku amik dari internet. lembut dan sedap a. ^_^.

taraaa....kek coklat yang masih panas lagi

hari sabtu pula aku bercadang nak buat apam polkadot. resepi pun aku amik kat internet. disebabkan kat rumah aku takde pengukus, maka, hari sabtu dalam pukul 3 petang, aku ajak kakngah teman beli pengukus. kakngah suggest beli kat singapore street. ni singapore street kat seremban ok, bukan kat singapore nun ^_-.  so, lepas beli pengukus dan bahan, kiteorang pun balik rumah aku.

kakngah request nak kek marble. disebabkan bahan memang ada kat rumah, terus aku tunaikan request dari kakngah. dan dan tu juga buat kek marble. hasilnya tengok gambar kat bawah. tapi dapat amik gambar lepas kek dah dipotong-potong sebab aku tengah sibuk di dapo sediakan bahan nak buat apam polkadot pulak.

taraaa...kek marble kedua yang aku buat.  


 lepas keluarkan kek marble dari oven, aku terus buat apam polkadot pulak. rasa seronok je masa buat bahan apam polkadot ni terutama lepas letak kaler. ^_^. takde la susah sangat buat apam polkadot ni. seronok sangat sebab comel je apam polakdot ni.

taraaa...ni la hasilnya. corak pokadotnye memang tak semenggah sket sebab 1st time buat. terkial-kial nak buat dot-dot *_*
niat hati nak buat corak bee sebab tengok kat internet comel je apam yang dibuat corak bee dan lady bird. so, aku yang amatur ni pun try a buat corak bee. tapi hasilnya ... hahahaha...macam corak raksasa baru kena lenyek dengan ultraman je. last-last semua buat corak polkadot. itu je corak yang senang dan mampu untuk dibuat.

apam corak bee yang tak menjadi. hahahhaa.
aku sangat puas hati sebab apam polkadot ku menjadi walaupun corak bee tak jadi ^_^. rasa apam ni sedap sama macam beli online. aku tau a sebab kakak aku pernah beli apam polkadot online masa besday arissa yang ke setahun bulan januari hari tu. so, lepas ni kalau ada majlis apa-apa, tak perlu la beli apam polkadot lagi sebab aku dah boleh buat sendiri. buat kali kedua dan seterusnya mungkin corak polkdot tu cantik sket kot. hahahahaha. oh ya, terima kasih kat kakngah juga sebab tolong buat apam polkadot ni sebab arissa tetiba menangis taknak kat orang lain kecuali mak dia. kena la aku layan arissa kejap sampai dia ok dan sambung balik buat apam polkadot ni.

tahniah kepada diri sendiri sebab dah maju setapak ke hadapan. tetiba plak meroyan nak belajar buat kek dan kuih je skang. ahahahaha. lepas ni kek atau kuih apa pulak? tunggguuuuuu k. hihihi.

Thursday, March 8, 2012

bila kita bertemu

aku adalah peminat filem hindustan. rasanya dah beberapa kali dalam blog ni aku citer aku peminat citer hindustan. dulu aku selalu layan filem hindustan kat tv 3 dan tv 2. skang aku lebih suka layan filem hindustan kat channel B4U astro. tapi malangnya sejak hari isnin hari tu channel B4U dah tak wujud lagi! astro ganti dengan channel bella yang penuh dengan citer mexico/sepanyol yang tah hape2 tu. arrggghhhh!!!! aku sangat rasa kehilangan sejak channel B4U dah takde. dah tak berseri malam-malam ku. kalau tak pukul 9 malam mesti ada movie hindustan. kalau aku suka pelakon dia, kompem aku tengok. kalau tak, aku bagi arissa layan channel Baby TV. kat Channel Zee, movie dia tak berapa best. huhuhu. oh astro, tolong kembalikan channel B4U.


sebenarnya aku nak buat entri pasal filem Jab We Met atau maksudnya When me met atau bila kita berjumpa. pelakon movie ni ialah Kareena Kapoor dan Shahid Kapoor. kedua-duanya adalah antara pelakon kesukaan aku. dah lebih 5 kali aku tengok citer ni tapi aku tak pernah muak. kat astro je dah 2,3 kali aku tengok. kat tv3 lagi. tak cukup dengan tu aku tengok online pulak. waaaa...bagi aku citer ni sangat best dan menyentuh perasaan. setiap kali tengok mesti aku akan tersenyum sendiri bila part yang buat aku tersenyum, dan tanpa disedari airmata aku pun aku mengalir bila sampai part yang sedih. owhh...tengok citer katun pun aku boleh menangis kalau mengusik perasaan T_T. lepas tengok movie ni aku mesti rasa nak jadi macam watak kareena kapoor. happy go lucky. peramah, gila-gila dan mulut becok.  kontra dengan perangai sebenar aku. diam...diam...dan diam. tapi aku tetap aku. suka atau tidak ini la aku. ekekekeke.


ni adegan dorang menyanyi lepas kena tinggal keretapi
citer ni mengisahkan shahid kapoor (aditya) iaitu seorang CEO syarikat telekomunikasi telah berpatah hati bila awek dia tinggalkan dia dan nak kawin dengan orang lain. disebabkan terlalu sedih, shahid pun tinggalkan opis tanpa bagitau sesape. dia tinggalkan kereta dan henset kat tepi jalan dan terus naik keretapi tanpa amik tau keretapi tu nak pegi mana. dalam keretapi muncul la Kareena, seorang gadis punjabi yang mulut becok. asik nak becakap je tak tau nak benti. shahid yang memang tgh sedih tak kuasa nak layan kareena. kareena yang 2 kali ditinggalkan keretapi akhirnya paksa shahid kapoor hantar dia balik kampung sebab dia salahkan shahid punca dia 2 kali ditinggalkan ketapi. nak tak nak shahid pun layan je la kerenah kareena sebab kareena tu sengal dan becok. kareena yang dah tau masalah shahid, bagi kata-kata semangat supaya shahid lupakan bekas awek dia tu. kareena ni pulak dah ada boifrend dan merancang nak lari dari rumah untuk kawin dengan boyfriend dia sebab tau keluarga dia mesti tak restu sebab lelaki tu bukan keturunan punjabi.

ni adegan nak pegi stesen keretapi lepas kena tinggal keretapi kali kedua
masa dah sampai kat kampung kareena, keluarga kareena terhutang budi dengan shahid sebab hantar kareena balik dan paksa shahid tinggal di rumah mereka selama seminggu. dalam pada tu keluarga kareena nak jodohkan dia dengan lelaki punjabi iaitu anak kawan atuk dia. so, kareena pun ajak shahid lari dari rumah. lepas dah lari dari rumah, shahid kapoor hantar kareena kat rumah boyfriend die. shahid tak jumpa pun boyfriend kareena sebab dia rasa sedih. sebenarnya shahid dah jatuh hati dengan kareena. kareena pun cakap dengan shahid yang lepas dia kawin dengan boyfriend dia nih, dia akan balik kampung dan minta maaf dengan keluarga dia.

lepas tu shahid pun balik ke opis. dia dah mendapat semangat semula lepas jumpa kareena kapoor. selepas 9 bulan sejak kareena dan shahid lari dari rumah, pakcik dan ayah kareena dapat cari shahid sebab shahid muncul kat tv melancarkan kad prabayar yang dinamakan sempena nama kareena. dorang marah-marah shahid sebab larikan anak dorang. pakcik kareena bagitau yang kareena dah 9 bulan tak balik rumah. shahid pun berjanji akan cari kareena dan bawak dia balik. shahid pun sebenarnya dah tak berhubung dengan kareena sejak dia hantar kareena kat rumah boyfriend dia dulu. shahid pun pegi a rumah boyfriend kareena. shahid ingatkan kareena dah kawin dengan boyfriend dia tu. rupa-rupanya boyfriend kareena tu dah halau kareena dari rumah dia pada hari shahid hantar kareena tu. sebab dia taknak kawin dengan kareena dan terkejut kareena lari dari rumah dan nak kawin dengan dia.


ni adegan masa shahid hantar kareena g rumah boyfirend die. ceria je kareena masa ni
kareena pun bawak diri kat satu daerah yang lain dan bekerja jadi cikgu kat gereja. sejak tu kareena berubah jadi pendiam dan selalu menangis. shahid kapoor dapat jejak kareena dan ajak kareena balik. tapi kareena taknak. shahid sedih la tengok keadaan kareena yang dulu becok kini dah jadi pendiam dan muka pun dari tersenyum dan gelak memanjang dah jadi muram. shahid pun paksa kareena call bekas boyfriend dia dan maki bekas boyfriend dia dalam telefon. kareena yang mula-mula taknak buat, terus buat dah terus rasa lega dan tak sedih lagi. dia pun jadi happy go lucky macam dulu dan selalu habiskan masa dengan shahid. sejak kareena maki dalam telefon, ex bf kareena tetiba rasa meneysal dan nak sambung balik dengan kareena. kareena yang memng masih sayangkan ex dia, terima semula ex dia atas nasihat shahid. sebenarnya shahid sedih sebab dia memang dah suka dengan kareena tapi dia tak pernah bagitau pun dia suka kareena.

kareena kena halau dengan boyfriend dia. owh sedihnya
shahid pun bawak kareena balik kampung dan bf kareena pun ikut skali sebab dorang plan nak minta restu untuk kawin. sampai je kat kampung, family kareena dah buat persiapan untuk perkawinan kareena dengan shahid sebab keluarga dia ingat kareena dan shahid ni couple. kareena dan shahid cuba explain tapi ada je halangan. bf kareena ni pulak marah la sebab dia tak kena layan dan paksa kareena terus terang dengan keluarga siapa bf sebenar kareena. pada hari pertunangan kareena, shahid bagitau yang dia nak balik ke mumbai. shahid suruh kareena terus terang dengan keluarga kereena, bukan shahid boyfriend die. bila shahid bagitau nak balik, tetiba kareena terasa macam kehilangan. kareena pun kejar shahid dan biar boyfriend dia nampak dia cium shahid sebab kareena dah sedar yang dia sebenarnya tak cintakan boyfriend dia tu lagi tapi dia cintakan shahid. shahid pun suka la sebab dia memang dah sukakan kareena sejak dorang lari dari rumah dulu. akhirnya kareena pun kawin dengan shahid dan keluarga kareena memag langsung tak tahu yang pasal boyfriend kareena dulu tu.

masa ni shahid bagitau kareena dia nak balik mumbai dan suruh kareena pekenalkan boyfriend sebenar kat family die

ekekeke. ni adegan dorang becium lepas kareena kejar shahid dan bagitau dia cintakan shahid.

happy ending kan. kalau tengok citer dia memang banyak adegan menarik. lawak, saspen dan sedih. owh...lepas ni nak tengok lagi citer ni. seriuss...best sangat.

Wednesday, March 7, 2012

disebabkan itu

dah lama tak update blog. malas rasanya nak menghapdate. ada je cerita kalau nak dibuat entri, tapi tu lah, malas. lagipun bila dah balik keje, kadang-kadang penat. kadang-kadang sibuk. bukan sibuk ape, sibuk main game plant vs zombie. ekekeke. layan game ni masa raya haji tahun lepas lagi. sampai skang duk syok lagi nak main.

kalau aku tengah main game ni, mesti arissa pun nak join gak. so, untuk tidak jadi emak yang pentingkan diri dan tak pedulikan anak sebab leka main game sensorang, maka aku pun create id arissa kat game tu dan bagi arissa main plant vs zombie kat ipad manakala aku main kat netbook. so, kami pun menelangkup sebelah menyebelah sambil emak dan anak sibuk main plant vs zombie. arissa suka main sebab dia suka amik matahari tu. dapat amik matahari tu kang kemain tegelak-gelak dia. pakai ipad senang sket dia nak main sebab touch screen.

walaupun sibuk main game, keje-keje rumah tidak la aku abaikan. aku masih memasak, membasuh pinggan dan mengemas. dah setel, sambung main game balik. sebab tu jarang dah online kat rumah. jarang jenguk blog, jarang update blog, jarang jenguk facebook. malah kedai online arissa's choice pun aku jarang bukak sebab nak bunuh zombie punya pasal. ekeekeke. arissa jugak tidak la aku abaikan. bila arissa leka main sensorang, aku main a game dekat sebelah dia. aku masih perhatikan dia dan bermain dengan arissa dalam aku bermain game plant vs zombie itu.

selain daripada tu, bukan sebab layan plant vs zombie je yang buat aku busy dirumah. skang aku tetiba merajinkan diri buat kek. balik keje, pegi beli bahan, pastu malam tu aku pun sibuk a kat dapo memukul marjerin dan telur dan bahan-bahan lain untuk buat kek. esok paginya bawak kek g opis. ekekeke. masa kecik-kecik dulu selalu tengok mak aku buat kek, tak sangka bila dah jadi emak ni, aku pulak yang buat kek. dah 2 kek aku buat setakat entri ni ditaip. iaitu kek marble dan kek pisang. kek apa nak buat lepas ni pun dah ada dalam list. mungkin esok atau weekend buat.

hari tu aku buat roti aiskrim goreng. tapi tak jadi la pulak. aiskrim tu cair pulak masa digoreng. sepatutnya aiskrim tu tak cair. oleh itu akan ada percubaan kali kedua weekend ni. *_*. memasak atau buat kek atau buat kuih akan jadi lebih seronok kalau menjadi ^_^. aku pun takde amik gambar kek dan roti aiskrim yang aku dah buat. cam malas lak nak amik gambar.

mmm...tu je kot entri aku kali ni. bole cover untuk 2 minggu tak update blog. huhuhu

sekian

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails