Tuesday, December 20, 2011

Ra.One vs G.One

malam tadi aku layan filem hindustan terbaru lakonan shah rukh khan dan kareena kapoor. Ra.One tajuknya. aku  minat gile dengan shah rukh khan dan kareena kapoor. tengok iklan dan preview filem Ra.One ni macam best. so, aku pun langgan la Astro First. tahniah kat astro berjaya goda aku untuk langgan selama 48 jam filem Ra.One. filem melayu kat astro first pun tak mampu goda aku untuk langgan. huhuhuu.


aku sangat excited nak tengok filem ni sebab nampak hebat. lain dari filem-filem shah rukh khan sebelum ni. kisah pasal apa ek movie ni? ok, aku citer sket ye.


shekar (SRK) ialah seorang programmer yang mencipta permainan video. shekar dan team dia kat company yang jual permainan video sedang cipta satu game lawan-lawan ala-ala macam street fighter. watak jahat dalam game tu nama die Ra.One. dan watak baik namanya G.One (Good One). ada 3 level dalam game ni dan setiap level ada kesukaran tersendiri. untuk main game ni, kena pakai sut hero G.One dan cermin mata ala-ala 3d. macam kite main game lawan-lawan tapi kite pun lawan sekali. macam tu la lebey kurang.

kareena kapoor dan shah rukh khan (shekar)

sebelum pelancaran game ni, tanpa disedari sesiapa, Ra.One (watak jahat dalam game) seolah-olah hidup dan boleh kawal diri sendiri walaupun takde orang kontrol game. masa malam pelancaran, sementara orang lain sibuk berparti meraikan kejayaan syarikat melancarkan game hebat ni, anak shekar, Prateak main game ni. anak dia ni terer main game dan dah nak masuk level 3 (level last). orang lain pun tak dapat lepas level 1 lagi tapi Prateak ni dah sampai level 3. dia guna nickname Lucifer untuk main game ni. masa nak masuk level 3 tu, kawan shekar panggil si Prateak ni bagitau shekar suh balik. so, Prateak ni tak habiskan main game ni. Ra.One dalam game tu marah tak bagi Lucifer ni tinggalkan game dan kata akan carik Lucifer ni kat dunia dia dan bunuh dia. dorang ingatkan game tu memang macam tu. tapi sebenarnya Ra.One tu sendiri yang cakap, bukan program game.

Ra.One

shekar plak balik lewat sebab kawan dia Akashi cakap game tu ada problem sebab tak boleh di 'Quit'. shekar pun pegi la tengok. rerupanya Ra.One dah gunakan energy dia untuk keluar dari game dan masuk ke dunia nyata untuk memburu Lucifer (Prateak). dalam masa memburu Lucifer, Ra.One dah bunuh Akashi dan jugak SRK (ayah Prateak ni) sebab shekar mengaku dia Lucifer sebab nak selamatkan anak dia. so Ra.One ni bunuh shekar dan humban keta dan shekar dalam tasik. semua orang ingat shekar mati sebab eksiden tapi anak dia si Prateak tu tau ayah dia  kena bunuh kat Ra.One berdasarkan kesan senjata. mak dia (kareena kapoor) tak percaya. disebabkan tau Ra.One sedang buru dia, Prateak pun cuba hidupkan G.One yang juga dari alam game, untuk lawan dengan Ra.One.

G.One dan Prateak (Lucifer)

muka G.One ni sebijik shekar sebab  shekar yang cipta game ni. so, dari situ bermula la aksi-aksi G.One dan R.One bertembung dan berlawan dalam dunia nyata. satu hari, Ra.One ni culik Kareena Kapoor dan Prateak. dia kata kat G.One kalau nak dorang selamat, dia nak lawan dengan Lucifer (si Prateak tu la) sebab tak puas hati tak abis lawan masa malam hari pelancaran tu. so, si Prateak a.k.a Lucifer pun pakai sut G.One (sebelum mati shekar ada hadiahkan sut G.One ni kat Prateak. so, Prateak boleh kontrol G.One). so Lucifer pun lawan la dengan Ra.One. yang buat aksi lawan-lawan tu ialah Lucifer (Prateak), tapi yang berlawan ialah G.One yang betul-betul. kiranya G.One dikontrol oleh Lucifer. so masa ni berlawan-lawan la dorang. apa endingnya, kena la tengok sendiri.


hihi. paham tak apa aku citer? shekar tu ialah Shah rukh khan dan G.One pulak muka sama macam shekar. maknanya, dua-dua shah rukh khan. bagi aku citer ni best. shah rukh khan pun nampak lain dalam citer ni. nampak muda dan ganteng bangat. yang penting dia sangat bergaya membawakan watak G.One. kareena kapoor pun cantik gile dalam movie ni. dan jugak seksi.

so sesapa yang minat hindustan tapi tak tengok lagi, sila la melanggan astro first, tak pun beli dvd/vcd nye.

sekian ^_^.

Monday, December 19, 2011

jatuh bangun sendiri

arissa skang gigih nak belajar jalan. tapi belum berani lagi kalau takde orang pegang atau takde tempat berpaut ^_^. skang arissa berlatih berdiri tanpa pegang apa-apa. boleh la bertahan 10-15 saat berdiri ;-p. rajin dia berlatih. dah jatuh, terhantuk pun tak putus asa lagi. insyaallah, tak lama lagi bole la berjalan sendiri tanpa pegang apa-apa.

 masa ni dah 2,3 kali dia berdiri jatuh, baru aku teringat nak amik gambar. ^_^

encik capo dah ready kat belakang kalau arissa nak jatuh.


 masa ni dah tak balance dah....tanda-tanda nak jatuh.

letih dah practice. rehat la kejap ^_-



 pose istimewa dari Arissa. asal suruh senyum je, dia buat muka macam ni. ^_^

Friday, December 16, 2011

aku tanpa keretaku, begini la jadinya

hari ni jumaat. hari ni aku el. tak merancang nak el pun. tapi takde pilihan. serba salah nak el sebab bos aku tak suka orang el kat opis. tapi nak buat macammana, aku takde pilihan. seperti yang bos selalu minta, kalau nak el, kena dapatkan kebenaran. kalau tak, akan di kira sebagai ponteng. bos jugak tekankan guna ayat 'mintak kebenaran'. dan bos aku juga lebih suka orang call dari sms. so, di pagi yang hening dan dingin pagi tadi, aku pun mendail nombor bos.

aku cerita masalah aku dan terangkan kenapa aku nak el. aku juga guna ayat 'minta kebenaran nak el'. huhuhu. bos aku bagi kebenaran, dan tiadalah diriku di opis hari ni.

semuanya berpunca daripada kereta. punca aku el ialah sebab aku takde kereta hari ni. alkisahnya semalam abang aku pinjam kereta aku. aku ok aje sebab nak g keje hari ni boleh pegi dengan encik capo. untuk makluman, sejak seminggu ni kami pergi kerja berasingan. aku keluar rumah pukul 7 lebih pagi, hantar arissa dan terus ke opis. manakala encik capo akan pegi opis dalam pukul 8 pagi. so maknanya kami drive kereta kami sendiri walaupun kami satu opis. berbalik kepada citer aku tadi, abang pun amik kereta aku semalam kat opis lebih kurang pukul 7.30 pagi (selepas aku hantar arissa). keta abang aku rosak pagi semalam masa nak keluar pegi keje. jadi agak kehairanan dan satu kepelikan pada aku bila abang aku call pukul 6 pagi. keretanya satu kat workshop dan satu lagi keta tetiba tak bole stat. so disebabkan itu, abang aku pinjam keta aku sebab nak pegi keje atau tepatnya pegi kursus selama 2 hari.

keta kesayanganku...
petang semalam aku takde kereta. mintak ehsan kakngah tolong jemput aku kat opis dan lepas tu amik arissa seterusnya hantar aku balik rumah. kenapa encik capo tak jemput aku??? owh...sebab encik capo dah 2 hari demam dan tak ke opis sejak hari rabu. so, aku takmau la menyusahkan orang yang sakit untuk datang jemput aku. (baik tak aku? huhuhu).

so cadangnya hari ni nak pegi keje tumpang keta encik capo (macam sebelum-sebelum ni ^_^). tapi ku sangka cerah diwaktu pagi, rupanya hujan lebat melanda. hahaha. tak hujan pun, just pepatah yang tah hapa-hapa *_*. rerupanya pagi ni encik capo tak elok demam lagi. panas lagi dan nampak teruk jugak. aku dah bepikir-pikir dah macam mano den nak pegi keje hari ni? nak hantar arissa lagi. keta encik capo memang ada. tapi malangnya aku tak reti drive keta manual. takkan nak suh encik capo yang sedang tidak berdaya itu untuk hantar arissa dan seterusnya hantar aku pegi keje? dan takkan pula aku nak drive keta encik capo? aku tak penah-penah bawak keta manual sejak lepas test JPJ 6 tahun lalu. so aku tak yakin aku bole drive keta manual.

aku dah tepikir nak call teksi. tapi bila pikir kosnya, lebih baik aku el. call teksi datang rumah dah caj RM 10. nak pegi hantar arissa dah caj RM 10 lagi. suh teksi tu hantar plak aku pegi opis, dah RM 10 lagi. total dah RM 30. so tak payah la. dengan itu, aku pun dengan tekadnya call bos, minta kebenaran nak el.

apa yang tersirat di sini ialah, aku kena belajar drive keta manual. manala tau nanti keta aku takde, boleh la aku godek bawak keta encik capo lak g merewang. la la la la la. owh rugi satu hari cuti aku sebab tepaksa el hari ni. dah la hari jumaat.....huhuhuhu.

Thursday, December 15, 2011

dalam hati ada cinta, dalam kerusi ada Arissa

dalam hati ada cinta, dalam kerusi ada Arissa. cewah, macam pantun 2 kerat pulak ^_^.


nak kongsi satu lagi benda yang kami beli kat ikea untuk si baby Arissa. berbanding baby cot,  Arissa lebih excited duduk kat baby chair ni. bukan main suka dia dapat makan semeja dengan mak ayah dia. ye la, selalunya time makan samada letak Arissa atas tilam biar dia layan video klip baby tv kat ipad, tak pun letak dalam walker.

 kalau letak dalam walker dia selalu mengamuk nak keluar. dah tu skang dah pandai keluar dari walker sendiri. tsk tsk tsk. memang tak bole biakan dalam walker tanpa pengawasan. memang sedaya upaya dia akan cuba keluar dari walker tu dan berjaya. kalau letak kat tilam, belum pun sempat omak e nak duduk kat kerusi meja makan tu, tup tup Arissa dah sampai dulu. merangkak dengan lajunya nak join jugak makan. so, kena la pangku sambil makan.


dengan adanya baby chair ni, Arissa dah boleh join makan sekali. walaupun tak makan, dia duduk aje, dia tetap excited sambil goyang-goyang kaki tengok mak ayah e makan. kadang-kadang Arissa makan sekali, kadang-kadang dia taknak. macam big boss plak, duduk bersandar sambil goyang-goyang kaki.



untungnya la Arissa. mak ayah kau kecik-kecik dulu tak merasa semua ni. tapi takpe la, benda yang aku tak dapat nak merasa dulu, tumpang sekaki dengan Arissa je skang. tunggu la besar sket nanti, mak belikan Barbie pulak. dulu-dulu masa kecik-kecik nakkkkkkkk sangattttttttt anak patung Barbie. tapi tak mampu. nanti dah beli untuk Arissa, boleh la mak e main sekali. hahahahhaha.


 pose istimewa Arissa menayangkan 4 batang gigi dia.




sekian entri pasal Arissa kali ni.

p/s: abaikan pemandangan kat belakang Arissa tu ye. la la la la la.

kurungan biru

minggu lepas, kami ke ikea untuk kesekian kalinya. antara yang dibeli ialah baby cot untuk arissa. sebelum ni memang dah ada baby cot, pemberian kaktih. baby cot tu kaktih beli masa anak dia baby lagi. tapi skang anak e dah nak masuk sekolah menengah pun ;). disebabkan arissa dah semakin membesar dan semakin lasak, maka baby cot tersebut dah tak sesuai lagi untuk arissa. sebab pengadang yang satu lagi dah patah dan arissa selalu nak panjat keluar ikut situ.


so, jumpa baby cot dengan harga berpatutan di ikea dan cantik, maka kami pun sambar satu ;). malam balik dari ikea, encik capo dengan gigihnya memasang baby cot tersebut. malangnya ada satu skru yang dah loose. terbengkalai la keje-keje pemasangan dan tak dapat la arissa rasmikan baby cot baru dia. so, hari ni, encik capo berjaya pasangkan baby cot arissa sebab dah beli playar khas. so, dengan itu, arissa pun merasmikan baby cot dia.




mula-mula memang excited budak kecik ni duduk dalam ni. benda baru la katakan. dah lama-lama, dia pon bosan dan menangis sibuk nak keuar. huhuhuhu



dah ada baby cot ni memang arissa akan ditidokan dalam ni. sebabnya, tido atas tilam asik tegolek, terhantuk je. tengah-tengah malam dengar arissa menangis, rupa-rupanya dah tegolek dan kepala terhantuk. tiap-tiap malam macam ni. bukan tegolek dari katil ye. kami tak tido atas katil pun sejak ada arissa. tido atas lantai je, bentang tilam. walaupun dah buat pagar bantal keliling arissa, dia tetap tegolek sampai kat lantai jugak. lasak sangat tido.


malam ni, malam pertama arissa tido dalam baby cot baru dia. harap-harap lena la bucuk mak ni. jangan terhantuk kat pagar baby cot tu sudah la ye. baby cot ni bukan untuk arissa tido aje. kalau aku tinggal berdua dengan arissa je, dan nak masak, masukkan arissa dalam baby cot ni dan lambakkan mainan dia. memang leka la dia main dalam tu. tapi aku tinjau jugak apa dia buat dalam tu setiap seminit. tak bole tinggalkan begitu je. at least letak dalam baby cot ni selamat sket daripada biakan arissa merayau dalam rumah sementara aku di dapo.


arissa pun dah tido. nasib baik malam ni dia nak tido awal. bole la mak dia taip entri. tapi akan di auto publish pagi esok (khamis) ;). so, entri pun dah abis taip. arissa dah tido, ayah arissa yang tak sihat sebab demam pun dah tido. aku pun nak join mereka jugak.

sekian....Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....(-_-)

Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday (aku pun nak jugak!)


ngeh ngeh ngeh. orang lain sibuk berwordless wednesday. aku pun nak jugak. ^_-

selamat 11 bulan

Arissa dah masuk 11 bulan pada 2 Disember 2011 yang lepas.

pose dari Arissa bila tau mak die sedang amik gambar.

gigi masih 4 batang. belum pandai bejalan sendiri lagi tapi dah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa.

my baby, my love, my friend.  she's my everything
semoga Arissa membesar dengan sihat. jadi anak yang mendengar kata ye. tak mau notti notti. ^_^

Monday, December 12, 2011

'pembantu rumah' yang cute


Bertuahnye skang ni. sebab ada 'pembantu' yang suka 'mengemas'. aku dah kemas rumah lepas tu mesti pembantu aku 'kemas' rumah lagi. owh...bertambah 'ceria' dan 'cantik' lah rumah sejak ada 'pembantu ' ni.

aku nak perkenalkan 'pembantu rumah' cute miut kat rumah aku skang ni.

 dalam banyak-banyak tempat dalam rumah, ni ruang favourite dia untuk 'mengemas.'

 sehari ada 10 kali aku kemas balik cd-cd ni. tapi tak lama lepas tu si kecik ni 'kemas' balik. penyudahnya aku biarkan aje. lagi kite kemas, lagi dia 'kemas'. suka ati la Arissa. asalkan ko bahagia. huhuhu. 

 skang dah pandai tolak pintu kabinet tv ni. tu pasal rajin sangat dia 'mengemas' dalam tu.

muka ceria Arissa dapat tolong mak dia 'mengemas'.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails