Thursday, September 27, 2012
hitam yang dicari
sejak belum bulan puasa aku carik tudung awning kaler hitam semua tapi susah betul nak jumpa. kalau ada pun awningnye tak berapa elok, tak pun pendek sangat, tak pun sarung nak masukkan kat kepala tu besar sangat. disebabkan susah sangat nak cari kaler hitam semua, dan dah penat dari satu kedai ke satu kedai tudung aku pegi cari, makanya...beli online saje senang.
order semalam, hari ni dah sampai kat opis. ekekeke. senang betul beli online nih. tudung pun ok dan aku puas hati.
^_-
Tuesday, September 18, 2012
peraturan yang menyusahkan
buat peraturan memang penting. tapi kalau peraturan yang dibuat tu menyusahkan orang, rasanya tak perlu ada peraturan macam tu. elok-elok boleh setelkan sesuatu yang penting untuk aku buat skang, tetiba tak boleh nak buat sebab wujudnya peraturan tu. lepas tu nanti ada la suara-suara sumbang yang menyakitkan hati dan mental kedengaran. sedangkan aku bukan hendak berlengah tetapi terpaksa sebab wujudnya peraturan yang macam sengal tu.
pagi-pagi dah tensen. bukan sebab keje tapi sebab peraturan tu.

Labels:
my voice
Friday, September 14, 2012
penuh aksi dan ganaz...sesuai dengan jiwa aku.
petang semalam lepas keje, pegi tengok wayang citer resident evil: retribution dengan encik capo dan lida kat terminal one. citer ni baru keluar semalam. memang aku tak sabar-sabar nak tengok citer resident evil retribution ni. semakin lama semakin best. sudah pastinya movie yang no 1,2 dan 3 aku dah tengok. sebab tu kena tengok yang no 4 ni. tapi masalahnya aku langsung tak ingat dah jalan cerita yang no 3. nampaknya weekend ni kena tengok balik yang no 3.
aku bagi movie ni 5 bintang dari 5 bintang. memang best sangat. banyak aksi. scene tepanjat boboi pun banyak bikin kaki aku terangkat-angkat sebab tekejut. kalau tengok yang 3d mesti lagi best. tapi kat seremban nih takde yang 3d. huhuhu.
tak sabar tunggu movie sambungan yang seterusnya. mesti lagi gempak sebab ada zombie macam dragon pulak. pasti lebih ganas dan penuh aksi.
Labels:
my movie
Thursday, August 9, 2012
busuk punya orang
pelik dengan manusia skang ni. cakap suka berbelit-belit dan lepas tu menyakitkan hati orang. kisah ini telah pun berlaku. bila tu tak penting kot sebab bila-bila je boleh terjadi. ada satu urusan yang perlu disetelkan. semasa nak menyetelkan urusan tu, aku diberi dua pilihan samada pilihan A atau pilihan B. disebabkan ada pilihan, aku pilih B. bila dah pilih B, tetiba salah sorang dari pihak yang memberi pilihan tak puas hati pula.
mempertikaikan pilihan yang aku buat. dia nak suruh pilih A jugak. lepas tu nak ugut-ugut. so, tak ke macam wt? tu? kalau dah memang dari awal nak semua pilih A kenapa bagi pilihan B lagi? lebih baik dari mula tak payah membazir air liur cakap pasal pilihan B tu? memang menyakitkan hati. dah la aku memang tak suka diorang tu dari dulu sebab perangai memang berlagak bagus. ternyata aku tak pernah silap bila aku tak sukakan seseorang.
aku bukan nak mengutuk orang dibulan puasa ni, cuma meluahkan perasaan tak puas hati je.
sekian.

Tuesday, June 19, 2012
setelah 2 tahun lebih sket, akhirnya aku kembali ke sini
| dari kiri: mimi, nurin, lida n arissa |
hari sabtu hari tu aku bawak arissa mandi kolam renang kat stadium paroi. masa balik kursus hujung bulan 5 haritu, aku, encik capo dan arissa singgah kat dataran pahlawan melaka. beli baju renang arissa ni kat brand outlet dataran pahlawan tu la. bila dah beli baju renang ni, takkan nak buat hiasan lak. kena la bawak arissa mandi kolam.
aku ajak lida@mak uda arissa, mimi dan nurin skali. ramai-ramai baru syok. kalau aku berdua dengan arissa tak berapa best. encik capo tak ikut pun. mula-mula niat dihati aku ni nak teman arissa mandi kolam je kat kolam budak-budak. so aku memang tak bawak baju spare untuk aku. sebelum pegi kolam tu aku singgah kat pacific, beli pelampung kat lengan untuk arissa.
tapi bila lida, mimi dan nurin dah terjun dalam kolam dewasa (perempuan), terus hati aku menyesal tak bawak baju spare. sebelum kawin dulu tetiap minggu aku g berenang kat kolam renang paroi ni. so dah 2 tahun lebih aku tak berenang. arissa pulak taknak mandi kat kolam budak-budak. takut. tapi bila masukkan kkat dalam kolam renang dewasa (mak uda dia dukung a) terus taknak keluar. penyudahnya aku pun terjun sekali dalam kolam tu. tak boleh tahan lama tak berenang. nanti lupa skill berenang aku. ^_-
arissa pulak dah naik syok langsung taknak keluar kolam padahal jari kaki dan tangan dah kecut. dengan menggigil-gigilnya lagi. asal keluarkan dia je, arissa melalak kuat-kuat. aku tak berani la nak biar budak kecik berendam lama sangat. cukup 1 jam aku keluar dan bersiap dulu. pinjam baju mimi sebab mimi bawak baju lebih. ekekeke. bila aku dah bersiap, bertudung bagai, baru arissa nak keluar kolam.
seronok sangat mandi kolam renang sebab dah lama tak mandi. bertambah seronok sebab bawak anak @arissa. 2 tahun lebih dulu selalu tengok mak-mak bawak anak berenang. skang sampai giliran aku bawak anak pula berenang. malah berenang bersama-sama ^_^.
insyaallah seminggu sekali atau 2 minggu sekali akan bawak arissa berenang. nak ajar berenang dari kecik. emak e dah pertengahan 20 an baru nak pandai berenang. *_*.
* takde gambar mandi kat tengah sebab semua sibuk berendam ^_-. dapat amik gambar ni pun sebab ni sebelum aku buat keputusan untuk terjun sekali. ekekeke.
Labels:
baby arissa,
my family,
my life
Thursday, June 14, 2012
bukan saja nak cari pasal
entri ni sambungan entri pasal kasut sembonia hari tu.
selasa petang, aku ke parkson sp lagi. aku bawak kasut dan juga resit. kasut kaktih pun aku bawak sekali. sebab seperti yang aku citer haritu kami beli kasut yang sama. kali ni aku pegi dengan encik capo. masa pegi kat kaunter customer service tu aku stat nerves. sebabnya aku dalam keadaan mood normal. kalau aku tengah marah, kompem aku tak nerves.
sampai kat kaunter tu, aku cakap kat orang yang bertugas tentang hal semalamnya dan aku juga kate orang yang jawab call masa aku buat aduan, suruh datang bawak kasut dan resit. staff tu pun buat pengumuman panggil salesgirl sembonia naik kat situ. tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. tak lama lepas tu datang sorang perempuan melayu. maybe dia supervisor untuk customer service. dia tanya apa yang berlaku. so aku citer semula. dia bawak kasut tu dan pegi kat tempat sembonia untuk compare kan. sementara tu aku tunggu kat kaunter customer service.
kemudian, supervisor tu muncul kembali dengan seorang salesgirl yang sama bangsa dengan salesgirl semalamnya tapi bukan salesgirl semalam. so, berlaku la sesi dialog ni. sesi dialog ni dalam keadaan tenang.
salesgirl: harga kasut ni memang RM99. kat kotak memang tulis harga ni.
aku: tapi kat kasut display semalam RM89.
salesgirl: itu harga masa promosi. tak perasan tak tukar. tapi memang harga kasut ni RM 99.
aku: tak kisahlah, tapi saya nampak harga yang RM89. bukan RM99.
supervisor: semalam kenapa tak datang terus kat customer service? boleh kiteorang cek terus. kenapa balik? kalau hari ni datang balik dah susah lah. kite tak boleh nak buat apa dah.
aku: semalam tengah marah. salesgirl tu pun kurang ajar. lagipun malam tu dah call customer service.
supervisor: oh. dah ada call ek. tapi harga kasut ni memang RM99. cuma promoter tak perasan, tak tukar.
salesgirl: ya betul. memang RM 99. kat kotak pun ada tulis.
aku: saya tau RM99. tapi semalam, masa tengok kat display harga kat tapak dia RM89. so, saya nak bayar harga yang saya nampak kat display.
supervisor: tapi memang haga kasut ni RM99. (asik dorang ulang ayat ni jek. sampai aku dah mula nak marah tapi kontrol lagi)
aku: ye saya tau hage RM99. tapi kat display RM89. ni dah kira MENIPU sebab letak harga lain, tapi bila nak bayar harga jadi lain. saya nak harga yang saya nampak kat display semalam.
encik capo: bawah akta KPDNK memang salah macam ni. display harga lain tapi kena bayar harga lain.
supervisor: ye, saya tau tu. salesgirl semalam kate dia sudah explain kat u yang harga kasut ni RM99
aku: masa saya nak bayar saya nampak kat resit harga tu RM99. saya yang tanya pasal harga tu. bukan dia yang explain. cashier pun dah scan masa tu.
supervisor: oh yeke. masa bayar baru tau hage RM99 ye? bukan masa test-test kasut?
aku: bukan. masa tu salesgirl takde cakap apa-apa pun. kat kaunter nak bayar tu yang baru dia cakap lepas saya tanye.
supervisor tu pun cakap dengan salesgirl yang salesgirl tu kena bayar sendiri kat aku beza harga kasut. sebab dia kata memang salah salesgirl tu sebab tak cek dan tak tukar harga.
disebabkan aku tak nak mengalah, dorang pun nampak dah mengalah. lagipun setiap point aku betul. takde yang salah. so, bukan salah aku kalau dorang lupa nak tukar tanda harga.
supervisor tu pun suruh aku ikut salesgirl tu g kaunter sembonia balik untuk amik RM10 sebab RM99 - RM 89=RM 10.
aku nampak salesgirl tu amik duit dari beg dia. means, dia memang kena bayar sendiri ganti rugi. dia bagi aku RM10.
aku: execusme, RM20. sebab 2 kasut.
salesgirl: oh...(sambil cek resit aku semula).
nampak a muka sedih dia sebab kena bayar RM20 kat aku. memang nampak kesian, tapi hak pengguna harus diperjuangkan.
masa g kat tempat sembonia tu, salesgirl yang kurang ajar semalamnya tu ada. macam tak puas hati je bila aku dapat duit aku balik. aku menjeling bila dia pandang aku. kalo nak gaduh lagi, silakan. i don't mind. i'm ready for it.
mungkin ada yang fikir, kecohnya, RM10 pun nak berkira. bukan RM50 ke RM100 ke? kan. kan.
it's not about money. (actually money is part of it ^_-), but about dignity and consumer rights.
dan lagi satu, kalau kite beli barang, bayar kurang 10 sen pun dorang akan berkira. so, takkan nak biarkan dorang amik duit aku lebih RM10 pulak kan.

Tuesday, June 12, 2012
aku bukan aku....yang dulu
semalam suatu perkara yang buruk telah berlaku. petang semlam lepas balik keje dan selepas jemput arissa, aku ajak kaktih dan lida makan mcdonalds kat seremban parade. so total semua ada 4 orang termasuk arissa. lepas mengenyangkan perut dengan foldover,teman kaktih beli kasut kat parkson. setelah satu-satu kasut dibelek takde yang bekenan, kiteorang pun nak balik, sehinggalah lalu depan sembonia.
aku terberkenan dengan salah satu kasut kat situ lalu suruh kaktih beli untuk dia. sebab aku takde duit. kalau aku ada duit, kompem aku yang sambar dulu kasut tu sebab bekenan sangat. salesgirlnya takde kat situ. puas la menunggu langsung takde salesgirl yang datang melayan. disebabkan lama sangat menunggu, aku pun nak jugak beli kasut sembonia tu sebab lama sangat tengok, tak boleh jadi kalau tak jadikan milik sendiri. penyudahnya aku dan kaktih nak beli kasut yang sama cuma size tak sama ^_^. lepas dah dekat 10 minit tunggu barulah datang salesgirl. dah mintak size dan try, terus kompem beli.
sementara salesgirl tu tulis resit aku pegi tengok barang lain. dah setel tu dan nak bayar, tetiba aku pelik sebab hage kasut yang tertulis kat resit tu tak sama dengan yang aku dan kaktih tengok kat display. aku pun tanya a kat salesgirl tu:
aku: "tadi hage dia RM 89, nape kat resit RM 99????"
salesgirl: "kat kotak tulis RM 99"
aku: " tak. kat kasut display tu RM89!. betul tak katih?" (aku jawab balik sambil mintak kaktih kompemkan, takut-takut aku yang silap pandang. kaktih mengiakan kata-kata aku).
so, salesgirl tu pegi tengok balik kat tempat kasut tu. cashier pun terpaksa la tunggu walaupun dia dah scan hage kasut tu. nasib baik memang takde orang nak bayar masa tu. lama sangat salesgirl tu hilang, aku pun ajak katih g sana.
aku: "kaktih, jom a g tengok. kang tah-tah dia g tukar hage kasut tu jadi RM99."
baru beberapa tapak melangkah, salesgirl tu datang balik.
salsgirl: "hage die RM 99. hage kat semua kotak RM99"
aku: mana boleh macam tu? display dah tulis RM89!!!!
salesgirl: "harga memang RM99. itu mungkin diorang salah letak"
masa ni salesgirl ni jawab dengan sangat annoying. mula-mula aku macam nak terima kenyataan. tapi tiba-tiba aku terfikir, aku tak salah. so, kenapa aku kena berdiam diri dan hanya terima macam tu je??? lagipun salesgirl tu sangat biadap.
aku: "that's ur problem la kalau salah letak harga. tapi i nak beli kasut ni sebab hage tulis RM89". (masa ni aku dah menggigil-gigil sebab terlalu marah. aku terasa sangat darah aku naik dari kaki sampai ke kepala)
salesgirl: "kite tak boleh bagi RM 89, nanti sini kena tolak duit"
aku: "bukan salah i! sape suruh u tak cek? keje buat ape?"
(suara aku memang dah tinggi. darah memang tengah mendidih-didih masa ni. dengan menggigil sebab terlampau marah. aku cuba kawal situasi tapi memang tak boleh hilang menggigil. bukan menggigil sebab takut ok. tapi sebab telampau marah).
salesgirl: " kalau u nak beli, beli a. kalau tak, tak payah beli"
pastu dia pun blah.
aku: " stupid $%#@* %^$#@(*^% ^%#$%^" (terpaksa sensored. sure korang tak percaya aku mampu ungkapkan kata-kata tersebut!!! cakap kuat-kuat bia dia dengar)
masa ni kat kaunter. budak cashier tu pandang je la. aku memang tak salahkan dia. aku marah sangat dengan salesgirl tu sebab nak lepas tangan macam tu je padahal memang salah kau pun. kalau orang lain pun salah letak harga apesal kau tak cek??? dah kau memang jaga bahagian tu.
sambil bayar, mulut aku memang mengomel sebab hati masih panas.
"stupid c%$*$%. stupid! "
aku beli jugak kasut tu sebab aku memang nak. masa tengah marah tu aku memang nak kate aku nak jumpa manager. niat memang ada. tapi aku dah terlalu menggigil. marah berapi-api ok sampai menggigil-gigil. 1st time aku bergaduh dan mengamuk kat shoping complex. tapi bukan mengamuk tak bersebab. memang ada sebab. dah balik rumah, gigilan hasil darah yang mendidih masih tak hilang lagi. aku citer kat encik capo. terus dia suruh call parkson seremban parade dan buat aduan. disebabkan marah aku masih lagi berapi, aku terus google no telefon dan telefon. aku citer semua dan bagitau salesgirl tu biadap. orang yang jawab call tu suruh datang sana nanti. i don't mind. aku dipihak yang benar.
* aku tak letak bangsa. sebab nanti racist katanye.
** minggu lepas aku marahkan cashier KFC. pun sebab dia biadap. cuma masa tu tak seteruk kejadian kat parkson semalam. owh..tak sangka akhirnya aku yang pendiam dan penakut nak bersuara sejak kecik sudah berani bersuara kerana benar. la la la la la.
aku bukan nak berbangga sebab dapat marah dan maki orang. tapi aku cuma melakukan apa yang aku patut lakukan sejak lama dahulu. bakal jadi mulut lazer lepas ni. no simpan simpan or pendam pendam lagi. enough is enough. huh!!!
sekian entri senang hati aku.

Monday, June 11, 2012
tak kawan dengan orang macam ni pun takpe
apa perasaan ek kalau kawan kite bukak folder-folder atau fail yang kite simpan dalam pen drive atau external drive kite tanpa kebenaran? sebenarnya kejadian ni berlaku kepada aku. aku minta seorang kawan untuk copykan sesuatu dalam pen drive aku. tapi aku tak sangka pula lepas dia copy, dia pegi bukak setiap folder dalam pen drive aku dan tengok apa isi dalam dia.
walaupun takde benda yang rahsia sangat, tapi bagi aku dia sangat biadab. mencerobohi hak peribadi aku. aku tak perasan pun sebenarnya dia bukak semua isi kandungan folder dalam pen drive aku tu. disebabkan dia bertanya soalan yang aku rasa apa yang disoalkannya terkandung dalam pen drive aku, maka secara automatik aku tau dia telah bukak folder-folder tersebut. aku tak pasti semua orang sedar atau tak yang sebenarnya walaupun kita berkawan dengan seseorang, tak kira la rapat atau tak, bukan semua hal kite boleh nak menyibuk. sedangkan kalau keluarga atau adik beradik pun ada hal kita perlukan privacy, inikan pula hanya sekadar kawan. nasib baik lah dalam pen drive aku tu takde benda yang personal sangat. sekadar fail-fail keje sahaja dan gambar-gambar arissa.
tapi walaupun takde yang personal, aku tetap tak suka orang bukak pen drive aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)