malam kedua di hospital, sama jugak macam malam pertama. cuma kali ni selang 4 jam baru bagi gas dan ubat sebab keadaan arissa dah ok sket. arissa tak menangis masa amik gas tengah malam tu. sebabnye...............................................................
hihiihi. arissa telampau letih. tido tak sedar yang nurse tengah bagi dia gas. so, takde la arissa menangis ^_^. pukul 8.30 pagi bawak arissa turun amik gas lagi. kali ni arissa tak menangis sangat. mungkin sebab dah 3 hari beturut sedut kahak dan dia pun dah faham, so takde la menangis sangat. keadaan arissa dah beransur pulih. tapi bintik-bintik merah masih ada lagi. arissa pun dah mula minum susu balik. habis sebotol 180 ml. lega hati aku ;).
beberapa jam lepas arissa keluar hospital ^_^ |
ruang peribadi arissa |
2 hari lepas arissa keluar hospital, aku terus beli pemenan untuk arissa melalui online. sebab dah janji dengan arissa kalau dia sihat dan dah keluar hospital nanti, aku akan belikan dia pemenan. pemenan tu yang macam tiang buaian tu yang sebelah zirafah tu. pemenan yang lain-lain tu memang dah beli sejak arissa umur 3 bulan lagi ^_^. cuma ada satu pemenan yang aku nak belikan tapi aku tak jumpa. puas dah aku google tak jumpa sape yang ada jual pemenan tersebut. disebabkan arissa ada banyak pemenan, aku dan encik capo pun terus buat satu ruang peribadi untuk arissa. taman pemenan arissa namanye. huhuhu.
taman pemenan yang nampak kemas dalam gambar. selepas amik gambar??? paham-paham aje la. huhuhu |
sepanjang berada di hospital, ramai la kawan-kawan dan keluarga yang datang melawat. terima kasih semua yang amik berat pasal arissa ^_^. syukur arissa dah sihat. semoga arissa sentiasa sihat dan dijauhi sebarang penyakit.
maka tamatlah entri pasal arissa masuk spital ni. sekian ^_^
1 comment:
meriahnyer pemenan2 arissa yer..hehhee
Post a Comment