semalam berpeluang pegi makan kat nasi arab damsyik kat senawang. beberapa bulan lalu penah plan dengan encik capo nak makan kat sana tapi malangnya tutup pula. terpaksa tukar destinasi. so semalam, buka dan kami pun makan di sana. bila sebut kedai nasi arab damsyik ni kompem penuh. ntah apa yang sedapnya tah. semalam baru berpeluang merasa.
sebenarnya excited sangat nak makan sebab rata-rata orang yang penah makan kat sini mesti kata sedap. tapi...bila aku dah makan semalam...agak kecewa juga. yup. mungkin tak sesuai dengan selera aku makanan nasi arab ni. pada pendapat peribadi aku, aku rasa tak sedap pun. kecuali nasi dia la. nasi memang sedap. cuma lauknya tidak menepati citarasa aku. aku makan sikit je. seciput. kalau ada kedai makan lain yang berhampiran, kompem aku order kuew tiaw goreng atau nasi goreng paprik seafood.
lagi satu yang aku tak berapa suka sebab takde air buah/air sirap. yang ada air teh syai. ape tah. macam tu la lebih kurang namanya. ada air kotak buah pun air mangga, air oren + carrot. semua tu aku tak suka minum. makanya hanya ada satu pilihan minuman untuk aku iaitu air kosong. la la la la.
kesimpulannya disini, makan di restoran nasi arab takkan ada dalam list aku lagi kecuali orang ajak la. dah kalau encik capo nak makan kat sana, aku pegi la sekali dan makan jugak. cuma macam aku kata tadi, takde la sedap sangat kat tekak aku. kat tekak orang lain mungkin sedap. huhuhuhu.
sekian. tetiba lapa pulak. *_*
No comments:
Post a Comment