entry arissa masuk wad tak abis-abis lagi.so aku sambung ye.
keadaan arissa makin lama makin tak bermaya. suara memang dah serak gile tapi nak menangis jugak. kesian sangat aku kat arissa. malam pertama dihospital tak seindah yang ku sangka. ingatkan malam bole la arissa tido lena. rupa-rupanya setiap 3 jam kena kejutkan arissa untuk sedut gas dan jugak bagi ubat. secara tak langsung aku pun kena bangun jugak. memang adik-adik nurse tu kejutkan aku bila masa nak bagi arissa gas dan ubat. masa tengah-tengah malam ni aku tak bagi arissa gas tapi nurse yang bagikan sebab aku mamai. mengantuk gile. tak konpiden aku nak bagikan arissa gas. just tengok je nurse tu buat sambil arissa melalak-lalak. alah sian sangat tau. sebab arissa tengah tido, aku tak kejutkan pun just nak pangku arissa je. tapi dia terjaga dan bila nampak je nurse, terus melalak-lalak seolah-olah tau apa yang nurse tu bakal buat kat dia. memang arissa trauma betul kalau nampak nurse baju biru datang kat katil. sepanjang malam tu memang tak lena la tido aku dan arissa sebab dikejutkan selang 3 jam.
sebelum sedut kahak, arissa kena bedung dulu |
pagi esoknya pukul 6.15 pagi aku terus bagi arissa susu sebab dia kena puasa stat 6.30 pagi sebab nak sedut kahak pukul 8.30 pagi nanti. arissa tak nak minum susu. puas dah aku sumbat botol susu langsung dia tak nak. aku bukan main sumbat je. ada la dialog aku dengan arissa. aku memang suka berdialog dengan arissa ni ^_^. dialog pujuk memujuk la.
masa ni nurse tu tepuk-tepuk dada arissa untuk buka ruang pada paru-paru untuk mudahkan sedut kahak |
"arissa, minum la susu ni. nak baik tak? kejap lagi kena puasa, kang tak larat nak menangis kang kalau tak minum susu..." lebih kurang macam tu la ayatnye. tapi panjang la lagi dialog tu sebenarnya. arissa minum sket je susu tu. tak lama pastu encik capo datang hospital sebelum ke opis. sempat la aku mandi dulu. tak berani aku nak tinggalkan arissa atas katil walaupun dia tengah tido. macam aku pernah kata, katil tu bukan baby cot tapi katil pesakit dewasa yang hanya ada sebelah je pengadang. aku lebih rela tak mandi daripada tinggalkan arissa atas katil tu. sepanjang tido malam tu pun aku peluk arissa sebab risau dia tido lasak sampai jatuh katil.
owh kesiannya anak aku.... * jari siapa yang spoilkan gambar ni? |
masa hantar arissa sedut kahak, macam biasa aku tak dibenarkan tengok. masa ni encik capo dah pegi opis. so, dengar je la arissa menangis-nangis. owh sebelum kena sedut kahak tu nurse tu bedung arissa dan tepuk-tepuk dada dia kuat-kuat. bagi aku memang sangat kuat dia tepuk dada arissa tu. nak menitis tau airmata tengok arissa pandang je kiri kanan masa nurse tu tepuk-tepuk. tapi nak buat macam mana kan. dah itu proses nak mengelokkan arissa. aku redha aje asalkan arissa cepat baik.
bintik-bintik merah yang mula muncul di muka arissa |
lepas sedut kahak, terus naik bintik bintik merah kat muka arissa. lepas tu badan dia penuh merah-merah sampai ke kaki. owh,..sayunye hati ini, tak terkata sangat. lepas tu arissa terus tak bermaya. kesian sangat. lepas tu aku pun berdialog lagi dengan arissa.
"tayang (sayang) mak ni cepat baik ye. arissa kan kuat. jangan nangis-nangis lagi amik gas tau. nak cepat baik tak? nak balik rumah tak? nak main pemenan arissa yang banyak-banyak tu tak? cian pemenan tu takde orang nak main. arissa kuat kan? nama arissa ni maksudnye kuat tau. arissa kena la kuat ye. lawan ye sakit tu...." ada lagi sebenarnye dialog tu tapi nak bergenang airmata aku bila teringat. so setakat tu je dialognye yang aku taip. huhuu.
lepas tu arissa pun tetido keletihan. sementara arissa tido aku pun baca la majalah tak pun surfing intenet. nasibbaik encik capo yang baik hati telah meninggalkan ipad nya kepada aku di hospital. takde la aku kebosanan bila arissa tido ^_-.
bintik-bintik merah kat muka dan badan arissa makin teruk bila malam. aku sapu ubat yang doktor bagi tapi belum nampak kurangnya. dah malam sket tu baru la nampak arissa senyum dan nak main-main. tapi makan ubat dan amik gas, tetap melalak *_*. lega la hati sket sebab arissa dah mula nak bergurau dan main-main. rindu betul aku dengan senyuman dan gelak tawa arissa.
bersambung ye ... last entri lepas ni. huhuhuh
1 comment:
kesian nyer...
Post a Comment