kiteorang selalu datang opis masuk ikut pintu belakang. so tadi masuk-masuk aje, terus terserempak dengan kak sham kat depan surau opis. kak sham kata kiteorang dah terlambat.
owh..apakah yang terlambat itu? skang baru pukul 8.15 pagi belum 8.30 pagi lagi. kiteorang tak datang lambat. huhuhu. rerupanya bukan pasal datang lambat. tapi ada kejadian yang berlaku pagi itu sebelum kiteorang sampai opis.
kak sham bagitau yang kat surau pagi tadi ada sejadah duduk. fuhhhh...automatik bulu roma meremang-remang. dah kebetulan memang lalu depan surau, terus kak sham bukak pintu surau dan tunjuk. tapi masa tu sejadah-sejadah tu dah dileraikan daripada kedudukan duduknya. tengok sejadah yang dah tak duduk tu pun aku dah meremang-remang, ini kan pulak kalau tengok yang masih duduk. entahkan ada yang nak bergurau di opis atau entahkan betul-betul sejadah tu duduk sendiri. sejadah tu tersusun macam 1 family tengah sembahyang. tapi arah kiblatnya tak betul.
nampak tak 4 sejadah tu seolah-olah duduk. |
aku dan kak sham masuk dalam surau. kak sham tolong amik sejadah yang dah terlerai tu dan sangkut kat hanger semula. lepas tu aku pun keluar sambil meremang tak sudah-sudah. sekali masa aku dah separuh jalan nak pegi ke meja kak sham pun keluar dari surau sebab takut. hahaha. aku pun patah balik dan masuk semula ke surau dan teman n tolong kak sham lipat sejadah. tapi serius! memang sambil lipat tu aku menggigil dan meremang segala bulu roma. *_*
masa nak duduk kat tempat aku, hazry tengah tengok gambar sejadah duduk tu kat pc die. terus join sekaki. terus meremang balik.
lepas kejadian tu, terus dengar kejadian sebenar semasa sejadah tu duduk. (banyaknya terus). bukan budak-budak opis yang main-main buat macam tu. kata mereka yang balik lewat malam tadi, memang terdengar bunyi bising di area bilik server iaitu bersebelahan dengan surau. owh...nasib baik aku tak de di tempat kejadian. serammmmm...*_*. tetiba teringat kejadian seram aku dan encik capo di bangunan opis ni tahun lepas. owh...bertambah meremang balik *_*
* gambar di copy dari blog mekchu. huhuhu. kalau nak bace version lain, sila baca blog mekchu pulak.
3 comments:
salam..
mmg seram la tgk..dh bace kt blog mekchu..emm..anda berdua 1 opis ke??
a'ah. kiteorang 1 opis ^_^
banyak gak kisah sejadah duduk
Post a Comment