isnin dan selasa lepas aku tak masuk ke opis. sebabnya aku hadiri seminar di hotel royal bintang. tapi tak jauh pun...kat seremban jugak. tak kisah la, janji seminarnya bukan dalam bangunan opis. huhuhu. setelah sekian lama, akhirnya keluar juga aku daripada opis ni. mana taknye, asik-asik seminar atau taklimat yang aku kena hadiri dibuat kat dewan dalam bangunan opis. tak berkembang langsung.
dapat pegi seminar kat hotel 2 hari memang satu berita yang teramat-amat gumbira buat aku. tapi aku tak tido hotel la. dah tentu la rumah aku 5 minit je nak pegi hotel royal bintang tu. yang seronoknye pegi seminar kat hotel ni ialah bab makan. aku memang buruk perangai bila bab makan ni. tak tau la kenapa. nampak aje makanan kat hotel, terus lupa diri. hahahaha.
sampai-sampai aje kat lobi hotel masa tu terus dapat kawan. hihi. aku ni berat mulut memang payah nak berkawan kat tempat-tempat asing ni. tapi satu keajaiban pagi2 terus dapat kawan. so takde la aku duduk sensorang kat dewan tu nanti macam selalu aku pegi seminar / kursus. huhuhu. sebenarnya yang satu opis dengan aku pun ada gak yang hadiri seminar yang sama dengan aku ni, tapi sebab pagi tu aku tak nampak sorang pun sebab ramai sangat orang. yang kawan baru ni pun selalu je bertembung kat bangunan opis, cuma selalu senyum-senyum je. tak tau nak borak ape, so senyum je la kan. tapi bila jumpa kat seminar ni macam-macam pulak yang diborakkan. ^_^.
aku pun takde amik gambar sepanjang seminar tu. langsung tak teringat. belum boleh jadi blogger sejati lagik aku ni. *_*.
ok la, itu ajo cerita aku kali ni.
No comments:
Post a Comment