masih ingatkah entri aku pasal arissa buat suspen dalam kereta hari tu? ada kesinambungannye. cuma aku kemalasan nak update. biar aku ceritakan di sini....
imbas kembali ye.
arissa demam selsema lalu aku dan encik capo bawa arissa ke klinik. selepas di periksa oleh doktor, masa on the way balik rumah, arissa tiba-tiba muntah melambak-lambak dalam kereta beberapa kali dan macam tercekik-cekik. dalam keadaan yang cemas dan panik, kami terus ke KPJ untuk dapatkan rawatan. seterusnya baca entri yang aku link kan di atas ya.
hari jumaat (9/9/2011), arissa macam dah ok. badan pun tak panas lagi. tapi bila malam, badan panas balik. kami bagi ubat yang diberi oleh doktor je. bagi arissa makan ubat adalah satu cabaran ye. tapi masa ni dia senang lagi makan ubat walaupun dia taknak. hari sabtu pagi badan arissa panas balik. hari ahad pun sama. demam tak surut langsung. mungkinkah ubat yang diberi tidak memberi kesan kepada arissa? malam hari ahad, kami bawak arissa ke KPJ semula. tapi doktor tu asik kate tak demam ajo. nak je aku sekeh kepala doktor tu. suhu memang tak demam tapi badan, kepala, leher arissa ni panas tau tak! bukan panas sket, tapi panas sangat. doktor masukkan ubat kat bontot arissa je untuk turunkan suhu. lepas tu kami pun balik.
hari ahad malam, lebih kurang pukul 1 pagi (dah isnin la tu sebenarnye), arissa tiba-tiba terjaga dari tidur. dia menangis aje. menangis dan menangis dan menangis. tak henti-henti. hidung dia dah tersumbat. batuk-batuk ada kahak dan dalam tekak dia bengkak dan merah. mak aku ajar, letak kunyit hidup yang dicampur kapur sket kat dahi dan batang hidung arissa supaya hidung tak tersumbat. bab yang tu mungkin dah lega sket. tapi arissa menangis dan menangis dan menangis. aku bagi susu dia nak tapi macam mulut dia sakit nak hisap puting botol tu. kemudian aku bagi air kosong guna sudu. arissa minum. tapi bila bagi susu balik, dia tak nakk pastu menangis dan menangis. lepas tu cuba bagi susu guna sudu. baru arissa nak. owh kesiannya anak aku. mulut dia sakit sampai tak boleh hisap botol. tapi susu pun tak banyak dia minum.
lepas tu arissa sambung menangis dan menangis sampai suara dah jadi serak. dia langsung tak nak diam. kesian sangat aku tengok. hati emak mana tak sebak tengok anak kecik dia menderita sakit macam tu. badan arissa tak selesa, sebab tu dia menangis je. jam dah pukul 3 pagi...bayangkan arissa masih lagi menangis tak nak berhenti. berhenti pun sekejap je la masa bagi minum. kemudian pukul 5 pagi. arissa masih lagi menangis. puas aku pujuk langsung tak berhasil. dekat pukul 6 pagi baru arissa tido. kesian dia. bila arissa dah tido, baru la aku tido. semalaman aku tak tido pujuk arissa yang menangis tak henti-henti. kejap lagi nak kena bangun pegi keje. owh...mampukah aku?
pukul 7 pagi, badan arissa panas sangat. ini tidak harus dipandang remeh. dah 5 hari arissa demam tak elok-elok. lalu aku amik keputusan untuk tidak ke opis hari tu. encik capo aje yang pegi. aku takkan tenang pegi keje sedangkan arissa sakit. mungkin takde apa yang aku boleh buat, tapi sekurang-kurangnya aku ada di sisi arissa di saat dia perlukan emaknye. cewah cewah. huhuhuhu. pagi isnin tu dalam pukul 8 pagi lebih, aku bawak arissa ke klinik semula. klinik yang mula-mula aku bawak arissa hari khamis tu. datang pagi-pagi pun penuh jugak orang kat klinik tu. satu jam la aku dan arissa menunggu giliran. nasib baik arissa tak meragam kat klinik tu. dia happy go lucky aje seolah-olah dia tak ingat yang malam tadi dia menangis-nangis sampai pukul 5 lebih pagi. huhuhuu.
akhirnya sampai giliran arissa untuk di periksa. doktor cek rekod dan tau arissa ada datang untuk dirawat hari khamis lepas. disebabkan arissa demam dah 5 hari tak elok-elok, maka ujian darah perlu diambil. tapi diklinik tu tak buat ujian darah untuk baby, doktor tu buat surat untuk dibagi kepada hospital. so aku pilih nak pegi hospital KPJ. maka....bermulalah perjalanan aku dan arissa ke KPJ.
bersambung...
2 comments:
huhuhuh..sugguh tak sabar nak baca sambungan nyer...hehehehe...penuh suspen..heheheh
hehe. sudah di sambung. jemput bace ye ^_^
Post a Comment