setelah sekian lama, hampir setahun tak memakai baju batik setiap hari khamis, akhirnya hari ini aku ke opis dengan memakai baju batik. kalau keje gomen kan setiap khamis kena pakai baju batik. huhuhu.
puncanya aku dah lama tak pakai baju batik ialah sebab aku tak muat baju batik aku. tahun lepas kan aku pregnant...so bila perut dah membesar automatik aku tak muat baju-baju aku. lepas bersalin, aku masih membesar lagi. huhuhu. dan secara automatik jugak aku tak muat baju batik aku. dah cuba pakai tapi tak boleh. kain boleh masuk takat peha je. baju pulak, bila pakai sendat tak boleh bernafas.
setelah pegi marie france dan turun 7kg, malam tadi aku cuba la pakai baju batik aku kot-kot dah muat. sekali muat u all. kain boleh masuk, baju pun tak sendat dan tak muat-muat. tapi memang muat macam dulu-dulu. yahooo...suke gile aku. pastu try baju-baju kurung lain yang tak muat sebelum-sebelum ni. kompem la muat jugak sebab saiz dan ukuran semua baju aku sama. so..boleh la melepaskan rindu pakai balik baju-baju kurung lama yang tak muat dulu.
disebabkan hari raya...berat aku naik semula 1 kg. wuwuwuwu. tapi cepat-cepat aku kontrol makan dan akhirnya turun balik. maintain ajo sebab aku dah lama tak pegi treatment kat mf. mmmm..bila ye nak sambung balik. mood raya masih menebal lagi ni. ahak ^_-.
No comments:
Post a Comment