lagi beberapa hari genap la sebulan beraya. jenguk-jenguk entri orang, meriah betul entri pasal raya. beraya sakan korang ye. macam yang aku bagitau entri sebelum-sebelum ni aku malasssssssssssss betul nak update blog. dah terperap citer ni. tapi takpe...skang mood menghapdate blog dah kembali. huhuhu.
pada 3 september lepas iaitu hari ahad bersamaan dengan hari raya ke 5, aku dan encik capo buat open house. tapi lebih kepada family aje la. ada jugak la jemput jiran-jiran yang dah balik dari kampung dan jugak kawan-kawan encik capo. sebenarnya aku nerves nak buat open house. ni first time raya nak buat open house. aku neves bukannya apa. sebab menu semua aku yang akan masak. disebabkan aku skang tahap intermediate masak-memasak ni jadi gelabah adalah tahap gaban ok. menu seperti kuah kacang adalah 1st time aku nak masak. rendang ayam pula aku tak pernah masak sampai 3 ekor ayam. selalunya beberapa ketul je untuk kami makan berdua. antara menu lain yang aku nak masak ialah tom yam. tom yam pun aku tak pernah lagi masak seperiuk besar. jadi memang wajar la aku menggelabah.
malam hari sabtu tu, selepas beli bahan-bahan nak masak kami pun memulakan operasi masak nasi himpit. nasi himpit paket yang jual kat kedai tu je ye. kemudian aku menggendang kacang tanah sebab nak buat kuah kacang. tetiba encik capo offer diri nak setelkan kacang tanah tu. so, daripada menggedang hingga membuang kulit hinggalah blender kacang tanah adalah tugas encik capo. aku pulak kupas bawang, blender bawang, blender lada kering dan blender cili api. merebus nasi himpit amik masa 3 jam lebih. seperiuk besar kami jerang. nasi himpit masak dalam pukul 3 pagi.
lepas tu aku pun tido sementara encik capo main game bola die. aku dah tak mampu bertahan. pagi esoknya bangun awal untuk masak sementara encik capo pergi pasar sebab ada bahan nak kena beli lagi. pagi tu aku masak kuah kacang dulu. resepi kuah kacang aku baru je mintak semalamnye kat mak aku. kuah kacang mak aku terbaeekkk punya. so dengan resepi dari mak aku, harapnya rasa kuah kacang yang aku masak, sama la rasanya dengan kuah kacang mak aku. selepas berhempas pulas memasak kuah kacang seorang diri, akhirnya siap jugak kuah kacang aku. rasanya not bad. 99% hampir sama dengan yang mak aku masak. berbakat jugak aku nih. wawawawa ^_-.
selepas sarapan pagi, aku pun sediakan bahan nak masak tom yam. lepas tu masa untuk potong ayam kecik-kecik pulak untuk masak rendang. korang bayang la ye, suatu ketika dulu aku memang sangat jijik nak pegang ayam mentah. inikan pulak nak potong atau basuh. tapi sejak dah kawin, siang ikan, bersihkan ayam mentah dah jadi permainan pulak kat aku. dah kawin macam tu la. huhuhu. sedang aku sibuk kelentang kelentung potong ayam dengan pisau pemotong daging tu, tiba-tiba loceng berbunyik.
owh siapakah yang datang? aku tak menantikan tetamu pagi ni kecuali petang masa open house bermula nanti. sekali mak, kakak dan anak-anak buah aku datang sebab abang aku hantar terus ke rumah aku dari kampung. bila mak aku tengok aku sibuk memotong ayam, mak aku suruh aku ke tepi. mak aku nak buat. owh...terharunya aku. mungkin mak aku tau dulu aku memang takkan punya potong ayam mentah ni. tak pe mak...anak mu ini dan ayam mentah sudah berkawan. la la la la. disebabkan mak aku nak buat jugak, so aku bagi la mak aku buat, nanti dikata anak derhaka pula huhuhu. seterusnya mak aku masak rendang ayam itu.
aku tak suruh ok. mak aku yang nak buat. kalau aku nak suruh, baik aku dah jemput mak aku tido di rumah malam sebelum tu. sebolehnya taknak menyusahkan mak aku. biar aku masak sendiri semuanya. tapi tak pe la, mak aku dah volunteer. lepas rendang ayam masak, aku pun terus masak tom yam. yang ni memang aku yang masak. mak aku dah berehat. sian...penat kot. selepas bertungkus lumus, akhirnya siap la semua menu lalu aku susun di meja. sebenarnya ada menu tambahan lagi iaitu lontong. kuah lontong aku minta tolong kakngah aku masak sebab aku takut aku tak sempat nak masak. kuah lontong kakngah masak kat rumah dia dan akan bawak ke rumah aku bila dah siap nanti.
open house bermula sepatutnya pukul 5 petang. tapi disebabkan makanan semua dah siap awal iaitu pukul 3 lebih, dan tetamu pun ada yang dah sampai, maka makan-makan pun bermula. aku melayan tetamu dengan apron yang masih dipakai sebab ada la nak siapkan makanan sket2. bergaya sungguh aku dengan apron di hari raya. huhuuuu.
memang penat sangat buat open house ni. tak larat rasanya. cadangnya nak buat open house untuk kawan-kawan pula, tapi macam tak jadi je sebab tak larat. sebabnya aku nak masak semua, aku tak nak beli. beli satu dua menu tu boleh la, tapi nak masak jugak menu lain-lain. tapi...owhhhh memikirkan ketidaklaratan....mungkin di lain tahun ya kawan-kawan.
disebabkan aku sangat bizi, maka tiada gambar semasa kejadian open house tersebut berlaku.
sekian ^_-
2 comments:
wat open ouse mmg tersa penat nyer..tp puas atikan...hehhe
betul3x. puas hati bila time susun makanan tu n masa orang datang makan. kalau orang bertambah, lagi la sy sukeeee ^_^
Post a Comment