sambungan entri bermulanya di sini
keluar daripada klinik, aku terus call encik capo bagitau yang aku nak ke KPJ hantar arissa buat ujian darah. aku pun tanya samada encik capo nak ikut sekali atau tak? bila encik capo kata nak pegi sekali, aku pun drive ke opis jemput encik capo selepas dapat kebenaran daripada bos. masa ni lebih kurang pukul 10 pagi. sampai je di KPJ, kami pun ke kaunter untuk daftar dan bagitau la pernah datang 2 kali. nurse kat kaunter tu pun tanya nak jumpa doktor biasa atau doktor pakar. sebenarnya aku tak tau apa bezanya kalau jumpa doktor biasa atau jumpa doktor pakar. dari segi jumlah bil mungkin aku tau. masa ni encik capo pegi paking keta. aku memang tak tahu nak decide yang mane. huhuhuu.
kemudian ada sorang kakak yang kebetulan yang ada kat kaunter tu suggest kat aku bawak jumpa doktor pakar. ada la dia explain kenapa. betul jugak cakap kakak tu. so aku pun kate kat nurse nak bawak arissa jumpa doktor pakar. lagipun dah 2 kali bawak g KPJ jumpa doktor biasa, hasilnya arissa tak demam, dan takde apa-apa, so balik rumah. ngokkk betul. kalau tak demam takde la aku saje2 nak bawak arissa g situ cek dan bazirkan puluh2 ringgit bayar bil. huhuhuhu. cek la kat tempat lain punca badan arissa panas dan lemah. masa encik capo sampai, terus ajak dia g tingkat 1 jumpa doktor pakar.
masa doktor pakar ni cek, terus kata something wrong dengan paru-paru arissa. so dia suruh pegi buat ujian darah dan x ray dan kate arissa kena masuk wad untuk rawatan selanjutnya. doktor terus call admission untuk tanya ada katil kosong ke tak. malangnya takde katil kosong buat masa ni. so doktor kate lepas amik ujian darah dan xray, pegi bahagian kecemasan untuk arissa amik gas yang akan bantu cairkan kahak dia lepas tu balik rumah tunggu call untuk masuk wad kalau ada katil kosong.
lepas keluar bilik doktor, bawak arissa amik ujian darah. biasanya kalau arissa nak kena cucuk atau apa saja yang akan datangkan sakit, aku akan bagitau arissa dulu supaya dia tak terkejut dan menangis. contoh macam mana aku bagitau:
"arissa, jap lagi nak kena amik darah tau. kena cucuk sket. arissa jangan nangis ye. tahan tau. arissa kan kuat"
camtu la dialog aku lebih kurang. huhuhuhu.
masa nurse cucuk jari arissa dan tekan2 untuk keluarkan darah, aku saspen gak kalau arissa menangis. skali tak menangis langsung. dia senyap je tengok apa nurse tu buat. lepas ujian darah, terus pegi xray. masa ni arissa menangis sebab bukan mak dia yang pegang dia. masa sakit ni arissa memang nak melekat je dengan mak dia. dengan orang lain memang dia taknak. lepas xray, cepat2 aku amik arissa pujuk2 jangan nangis. sampai pulak giliran sedut gas. bab yang ni memang tak boleh nak tolong. memang arissa menangis-nangis. tak sakit pun. sedut gas je kat topeng oksigen tu. tapi dia rimas kot dengan asap-asap gas dan topeng gas yang diletakkan kat muka dia. so memang sepanjang tempoh sedut gas lebih kurang 5 minit tu, menangis ajo la arissa menambahkan serak suara dia. dua-dua tangan dia memang kena pegang sebab arissa meronta-ronta.
lepas tu kami pun balik rumah sambil menunggu panggilan daripada KPJ untuk arissa masuk wad. sampai rumah, lepas arissa tido aku pun telelap dalam 2 jam. cover balik tido malam sebelumnya. dah dekat pukul 6 petang KPJ takde call. so encik capo pun call tanya status. kata mereka belum ada katil kosong lagi. disebabkan doktor pakar ada bagitau arissa kena amik gas setiap 3 jam, maka malam tu kami pegi ke KPJ lagi untuk arissa sedut gas. lepas tu balik rumah. 3 jam lagi pegi balik KPJ. begitu la rutinnya. pukul 1 pagi bangun dan keluar pegi KPJ semula. sedutan seterusnya pukul 4.30 pagi. so 4 pagi, pegi balik ke KPJ. sepatutnya pukul 7.30 pg kena amik gas lagi. tapi aku dan encik capo dah tak sedar u all. dah terlajak. huhuhuu. so pukul 9 pagi baru pegi amik gas dan akhirnya arissa terus masuk wad sebab dah ada katil kosong. tak perlu lagi berulang alik setiap 3 jam. oh ya, sepanjang rutin setiap 3 jam pegi sedut gas tu, arissa memang melalak-lalak. walaupun dah amik berkali-kali, dia tetap melalak. terpaksa la hati kering dengar dia melalak bila kena sedut gas tu sebab nak elokkan dia kan. kesian memang kesian. tapi untuk kebaikan arissa jugak.
seterusnya, bermula la kehidupan arissa dan aku tinggal di wad. aku kompem la kena duduk wad sekali. takkan nak tinggalkan arissa sorang-sorang kat wad.
bersambung next entri
2 comments:
lg bertambah kesuspenan nye heheheh...
sedut gas tuh pedih sebenarnya. tu sebab dia nangis kot...
adik aku yg citer...dia slalu kena sedut dulu. huhu..
Post a Comment