Wednesday, April 16, 2014

kemurungan

ambil disini
Tanda-tanda umum: 
  • Emosi negatif dan rasa sedih berpanjangan. 
  • Perasaan tidak menentu, sensitif, resah dan keliru. 
  • Hilang minat dan rasa seronok. 
  • Hilang minat terhadap hubungan seks. 
  • Sentiasa berasa letih. 
  • Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak. 
  • Mengalami gangguan tidur (sama ada sukar tidur atau terlalu banyak tidur). 
  • Sukar menumpukan perhatian. 
  • Rasa kesunyian. 
  • Ada perasaan negatif iaitu hilang harapan, berasa tidak berguna, bersalah dan ingin membunuh diri. 
  • Alami gejala fizikal seperti sakit belakang dan kepala, pening, masalah perut, dada berdebar dan seluruh badan terasa sakit. 


    Senarai di atas juga boleh dijadikan panduan untuk melihat perubahan tingkah laku pada anak-anak kita kerana kajian mendapati semakin ramai golongan muda (remaja dan kanak-kanak) turut dilanda kemurungan. Masih ingatkah anda kisah seorang murid sekolah rendah yang menggantung diri kerana terlalu tertekan selepas mendapati keputusan peperiksaannya tidak seperti yang diharapkan? Tiada siapa yang mahu kisah sedih dan tragik seperti ini berulang, khususnya dalam keluarga kita. 

    Kenapa kemurungan perlu dirawat segera? Kemurungan memberi kesan negatif pada psikologi dan fisiologi. Ia menjejaskan emosi, pemikiran dan perlakuan seseorang. Ia menjejaskan hubungan seseorang sama ada di tempat kerja dan di rumah, menghapuskan kegembiraan, memberi kesan pada kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. Malah pada kes yang serius dan paling membimbangkan, ada yang nekad membunuh diri. 
  • Wednesday, April 9, 2014

    meet alaric

    dengan ini aku merasmikan kucing baru aku. akhirnya aku ada kucing sendiri. pagi tadi cari kat mudah nampak iklan kucing ni untuk dijual. lalu aku pun terus beli ^_^.

    janji dengan owner dia nak jumpa kat tesco seremban 2. dan lebih kurang pukul 6 tadi kucing comel ni bertukar tuan. nasib baik kucing ni jenis manja. jadi tak susah nak kawal masa dalam kereta. mungkin tak biasa lagi, dia takut-takut sikit masa dalam kereta. tapi bila dah belai-belai dengan penuh kasih sayang, anak kucing ni pun ok.

    walaupun encik capo tak minat kucing, tapi dia request nak bagi nama. aku ok je kalau nama tu ok. encik capo cadangkan bagi nama alaric. alaric ni salah satu watak dalam siri vampire diaries. aku pun setuju. asalkan bukan nama comel, comot, kiki dan yang sewaktu dengannya, aku ok je.

    si alaric ni kucing jantan. kacukan parsi dan kucing kampung. bekas tuan dia cakap, alaric ni ikut belah ayah dia. sebab kalau ikut belah mak, kompem bulu kembang sebab kucing parsi.

    lepas ni tak bosan lah aku sebab boleh main-main dan manja-manja dengan kucing. seronok gile ;-).

    hadiah paling best

    salah satu hadiah yang diberi oleh encik capo pada hari lahir aku semalam.

    sangkar kucing.

    wow! speechless.

    ini bermakna encik capo dah bagi green light untuk aku bela kucing. yeeeaaayyyy! kucingnya dia tak bagi sebab tak tau aku suka kucing macam mana. dia suruh pilih sendiri nanti. lepas ni bolehlah aku buat karangan haiwan kesayangan saya ^_^.

    Monday, April 7, 2014

    suami jenis apakah ini?

    manusia berubah. ada yang berubah ke arah kebaikan dan ada yang sebaliknya. perubahan kita kadang-kadang dipengaruhi oleh persekitaran kita, orang disekeliling kita samada keluarga, kawan-kawan, artis, orang yang kita tak kenal dan juga diri kita sendiri. kalau diri sendiri taknak berubah, apa pun nasihat orang bagi takkan jalan juga.

    dulu-dulu aku suka pakai baju yang ketat-ketat. badan slim melim, jadi pakai baju size s sahaja. pada masa itu bagi aku sangat selesa. aku sangat rimas pakai baju tshirt yang memberi ruang pada badan aku. lagi melekap lagi selesa. pakai tudung pun on off sahaja. bila aku rasa nak pakai, aku pakai. kalau aku rasa tak nak pakai maka mengurailah rambut aku ke hulur ke hilir.

    lepas kahwin, aku terkena kejutan sikit. kena pakai tudung dalam rumah bila ada orang datang (bila ada lelaki bukan muhrim). tak boleh pakai baju ketat lagi. bila pakai tudung pun kena tutup dada. kalau tudung aku terpendek sket, dipaksa tukar oleh encik capo. nak pergi sidai baju kat luar rumah pun kena pakai tudung. nak pergi ambil barang dalam kereta diluar rumah pun kena pakai tudung. bukan tudung sahaja malah pakaian pun kena menutup aurat. tak pakai baju lengan 3 suku apatah lagi lengan pendek.

    oh my!!! apakah??? lelaki jenis apakah yang aku kahwin ni??? semua arahan adalah serta merta selepas kahwin. tak ada tempoh seminggu, sebulan, setahun atau pun menunggu besday. mengapakah beliau tidak tunjukkan perangai ini semasa sedang bercinta atau bertunang??? pernah aku pun tertanya kepada diri sendiri, jika beliau tunjukkan perangai begitu sebelum kahwin, adakah aku akan teruskan perkahwinan??? yelah, seperti aku beritahu di atas, aku kan suka pakai baju yang ikut badan dan pakai tudung pun on off. tiba-tiba sahaja aku dipaksa menutup aurat sepenuhnya selepas kahwin. sesuatu yang sangat sukar aku lakukan ketika itu tetapi terpaksa. beliau sangat tegas. bila beli baju juga beliau akan cek baju tersebut. adakah nipis? adakah lengan panjang? adakah longgar atau nampak bentuk badan?

    jika tidur di rumah saudara mara (jika ada lelaki bukan muhrim), aku akan tidur pakai tudung. 24jam. panas, rimas memang tak payah cakaplah. tapi encik capo pedulik apa. yang dia tau aku kena tutup aurat. lainlah kalau diberi bilik, pasti bebas sedikit untuk membuka tudung dan baju cardigan. tapi sangat jarang tidur dirumah saudara mara dan diberi bilik.

    siapa sangka disebalik lelaki yang gila-gila, suka melawak dan suka mengacau orang di opis rupa-rupanya beliau sangat tegas mengenai aurat isterinya. dammm!!!! (ok, ini perasaan aku ketika itu). walaupun pada mulanya aku tidak ikhlas sebab terpaksa dan rasa terbeban, tetapi lama-lama aku jadi biasa. selepas jadi biasa, aku menjadi selesa dan suka. dengan rela hati aku memakai sarung lengan walaupun aku telah sedia memakai baju lengan panjang. dengan rela hati juga aku memakai stokin bila keluar dan juga dirumah bila ada orang datang (jika ada lelaki bukan muhrim). sebelum ni encik capo ada juga beberapa kali suruh pakai stokin. tapi aku tak endahkan sebab beliau macam tak berapa tegas masa tu. bila pakai dengan rela hati, aku akan jadi lebih gembira. kekekekeke.

    sekarang setelah hampir 4 tahun ni aku pun menjadi suka dan selesa. tak perlu lagi encik capo tegur tudung aku tak tutup dada kerana secara automatik aku akan alert. sebab tu sekarang aku akan buat shawl sendiri kerana aku akan potong size besar supaya bila pakai ia labuh dan selesa untuk aku pakai. tak perlu lagi encik capo tegur baju aku ketat sket sebab secara automatik aku sendiri tidak akan selesa memakai baju yang tak longgar. tak perlu lagi encik capo mengingatkan aku untuk tutup aurat bila nak keluar sidai baju kerana aku sendiri tidak selesa keluar dari pintu rumah walaupun untuk sidai baju tanpa menutup aurat.

    sekarang, badan pun dah tak slim macam dulu. agak-agak jika aku berjaya slim, adakah aku akan kembali memakai baju ketat seperti dulu? insyaallah tidak. aku akan kekalkan imej sekarang sebab ia sangat selesa. baju-baju ketat aku yang dulu pun dah habis aku bagi kat anak-anak buah aku kecik-kecik lagi tu. baju-baju yang aku pakai sejak tahun 2000 - 2010 (18 - 28 tahun) muat dipakai oleh anak-anak buah ku yang masih sekolah rendah. apakah???apakah aku sangat selim ketika itu? jujurnya aku sudah lupa. ngeee ;-p.


    aku tak perlu berkahwin dengan seorang ustat untuk membuatkan aku berubah. tak perlu juga berkahwin dengan lelaki yang berkopiah atau bersongkok 24 jam untuk membuka hati aku untuk menutup aurat. hanya perlu encik capo, seorang yang gila-gila dan suka melawak, dengan hanya menggunakan ketegasan beliau memaksa aku untuk menutup aurat dengan sempurna, bukan tutup rambut sahaja, tetapi seluruh badan. meeemaaaakkkkksaaaaaa ok! tanpa kompromi tanpa tempoh masa.

    ya, itulah encik capo. ini adalah sebahagian dirinya yang orang lain tidak tahu tetapi aku telah dedahkan di sini. dulu aku tidak faham tetapi kini aku sudah faham. kerana setiap kali aurat aku dilihat oleh lelaki bukan muhrim maka encik capo akan menanggung dosanya. beliau tidak mahu menanggung dosa tersebut. selalunya suami yang sayangkan isterinya pasti akan sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya. tetapi encik capo tidak sanggup untuk menanggung dosa aku yang tidak menutup aurat. arrrgghhhh! suami jenis apakah ini? cissss!!!!

    untunglah isteri-isteri diluar sana yang tidak menutup aurat dengan sempurna kerana suami-suami mereka sanggup untuk menanggung dosa itu. aku jeles dan dengki. semasa belum berkahwin, arwah abah aku lah yang telah menanggung dosa itu. aku sangat jahil lalu arwah abah ku yang menanggungnya. maafkan aku.


    aku sharekan sedikit info yang aku ambil dari sini:
    http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/05/suami-tanggung-dosa-isteri-tak-tutup.html


    Siapa Golongan Dayus..?
    Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada:
    - seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka;
    - Penjaga (tuan) yang membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat.
    - seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna;

    Ini bermakna suami atau ketua keluarga tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri atau anak perempuannya atau pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran Surah al-Tahrim:6, ayat di atas sekali .





    Thursday, April 3, 2014

    cuai

    cuai.


    itu yang berlaku kepada kami (aku dan encik capo) pada ahad lepas di Giant Senawang. tapi cuai yang tak teruk sangat sebab dapat dikesan awal. seandainya tidak dapat dikesan atau terlambat dikesan, maka satu kerugian yang sangat besar pada aku.

    aku membeli ubi kentang russet di gian senawang. disebabkan ubi kentang ini besar, 5-6 biji pun dah penuh satu plastik jernih yang disediakan disana. aku selalu beli ubi kentang jenis ini kerana ia besar dan juga tahan lama. dalam tempoh 2 minggu pun, ia masih segar dan elok. kemudian, encik capo pergi bawa ke bahagian timbang dan harga hasil timbangan ditampal pada plastik.

    sementara encik capo beratur membayar, aku bersama-sama arissa, emak dan anak buah aku menunggu dibangku yang disediakan berhampiran pintu keluar. selesai membayar encik capo serahkan resit dan kad kredit aku semula. semasa mengambil kad kredit dan resit, sekali imbas aku terpandang pada resit.


    ?????

    kenapa ada barang berharga RM 115?

    kami hanya membeli 3 barang. satu ice box besar berharga RM 269. 1 pek berkembar vitagen berharga
    RM 8.99. dan satu plastik kentang berharga RM??.

    aku terus keluarkan ubi kentang dari plastik giant dan tengok harga yang pada sticker yang ditampal pada plastik tersebut. RM115.++?????

    terkejut aku tengok harga tu yang tertera. takkan lah 5 ke 6 biji kentang russet berharga RM 115??? dah selalu beli tak pernah cecah RM10 pun!!!


    ini ubi kentang russet. ia besar dan tahan lama. 

    encik capo pergi semula ke kaunter dan cashier minta kami berususan dikaunter khidmat pelanggan. sampai dikaunter khidmat pelanggan kami dilayan oleh staff disitu. dalam pada itu, aku agak cemas juga. manalah tau memang harga kentang tu macam tu. tapi aku yakin aku nampak harga kentang tu RM2.99 sekilo. (rasanya).
    staff tu minta kami isi borang. disebabkan kad kredit adalah kepunyaan aku maka maklumat akulah yang perlu diisi. kami terpaksa isi 2 kali  borang kerana pada borang pertama encik capo mengisi maklumat beliau.

    selepas ditimbang semula, harga sebenar hasil timbangan hanyalah RM 5.++. lebih kurang RM110 beza dengan harga yang awal. disebabkan bayar pakai kad kredit maka aku terpaksa masuk semula ke dalam giant mengekori staff giant tersebut  ke kaunter yang encik capo bayar mula-mula tadi. ini kerana transaksi mesti dibatalkan menggunakan mesin kad yang sama semasa membuat pembayaran.

    selepas semuanya selesai, maka aku sangat lega. kalaulah benar aku terbeli 5 ke 6 biji ubi kentang dengan harga RM115, maka aku perlu fikir masakan istimewa untuk hidangkan ubi kentang berharga RM115 ini.

    kesimpulan daripada peristiwa ini ada 3 orang yang cuai. staff yang menimbang ubi kentang tersebut. kerana dia tersalah masuk kod. kod yang tertampal pada sticker harga adalah buah pala dengan harga RM59.90 sekilo. (biar benar harga buah pala semahal itu???). jadi hasil timbangan berat ubi kentang tersebut jadilah harganya RM115.++.

    yang kedua cuai adalah encik capo. kerana selepas timbang beliau terus masukkan dalam troli tanpa melihat berapa RM harga timbangan. (kalau aku ditempat beliau, aku pun lakukan perkara yang sama).

    yang ketiga cuai adalah aku. kerana selepas encik capo meletakkan ubi kentang yang dah ditimbang dalam troli, aku tidak bertanya atau tengok sendiri harga hasil timbangan ubi kentang tersebut. kes ni bukan berlaku pada ubi kentang sahaja. malah setiap kali beli barang yang ditimbang, jarang sekali memeriksa harga yang ditampal pada plastik.


    syukur kerana Allah gerakkan mata aku untuk memandang pada resit yang dah terlipat selepas mengambil resit tersebut dari tangan encik capo. kerana biasanya resit-resit bayaran aku akan terus masuk dalam handbag dan entah siapa tahu bila aku akan buka semula. syukur diterangkan penglihatan untuk melihat keganjilan harga pada resit tersebut. kerana jika Dia tidak izinkan, maka aku akan menanggung kerugian RM 110. syukur juga aku tidak membebel atau melaser kepada staff yang tersilap menimbang kentang tersebut kerana secara rasionalnya kami juga bersalah kerana tidak semak.


    pengajaran yang aku dapat ialah betapa aku cuai selama ini. setiap kali selepas timbang barang, aku tak pernah atau jarang sekali semak harga hasil timbangan. aku tak pernah semak resit serta merta selepas tinggalkan kaunter bayaran. kadang-kadang aku akan semak didalam kereta semasa on the way balik. kadang-kadang berminggu-minggu selepas itu. kadang-kadang memang resit akan jadi pekasam dalam handbag seterusnya bila tiba masanya akan dibuang begitu sahaja.


    bila berlaku sesuatu perkara itu samada ia baik atau tidak, pasti ada hikmah atau pengajaran yang tersembunyi. salah satunya adalah jangan percayakan staff yang menimbang ;-p. pastikan semak harga selepas timbang. dan juga pastikan harga barang pada label sama dengan harga yang discan pada cahsier.

    ;-)


    Wednesday, April 2, 2014

    dengki




    dengki.


    dengki biasanya dikaitkan dengan perasaan seseorang yang tidak puas hati atau cemburu dengan kelebihan orang lain yang tiada padanya. secara asas dengki lebih kurang macam cemburu. tapi dengki ni lebih ekstrem sedikit.

    ada orang yang bila wujud perasaan dengki dalam hatinya, boleh kawal lagi dan tidak melakukan apa-apa yang boleh mendatangkan keburukan kepada orang yang didengkinya. ada orang pula yang memang mesti melakukan sesuatu terhadap orang yang didengkinya supaya dia puas hati. lebih tragis apabila dia adalah seseorang yang berpengaruh atau berkuasa. bukan berkuasa macam thor atau kapten amerika atau xmen. yang berkuasa hanyalah Allah s.w.t. bila mempunyai pengaruh yang kuat atau mempunyai kuasa maka habislah orang yang didengkinya itu. tetapi yang lebih tragis apabila ada yang sanggup menggunakan kuasa sihir atau santau untuk mengenakan orang yang didengkinya itu.



    hal ini memang terjadi kepada keluarga aku. keluarga aku kebanyakan perangai adalah sama seperti aku. maksudnya ialah pendiam atau tak banyak cakap. bukan jenis mulut laser yang melaser orang tak kira masa atau tempat. bila bercakap sentiasa berhati-hati. cuba bayangkan jika orang macam ni pun ada yang dengki dan hantar santau, bagaimana pula dengan orang yang jenis mulut jahat dan perangai jahat?

    bagaimana perasaan orang yang dengki kepada orang lain bila berjaya mengenakan orang yang didengkinya? (tidak kira menggunakan kaedah apa pun). puas hatikah mereka? gembirakah mereka? adakah mereka akan mati atau gila jika tidak dapat mengenakan orang yang didengkinya?

    jika dengki kerana orang itu kaya, jadi berusahalah untuk menjadi kaya dengan jalan halal dan diredhai.
    jika dengki kerana orang itu rajin bekerja dan selalu mendapat pujian maka berusahalah untuk tingkatkan prestasi.
    jika dengki kerana orang itu cantik, kacak atau bergaya maka belilah mekap, pegi buat facial supaya kulit cantik berseri juga dan pergilah shopping baju-baju yang boleh membuatkan diri nampak bergaya.




    jika tidak mampu buat semua itu tetapi perasaan dengki sentiasa meluap-luap...maka beristighfarlah banyak-banyak supaya perasaan dengki itu hilang.


    kategori dengki ada banyak. kadang-kadang benda tak masuk akal pun boleh nak didengki. hati dan fikiran manusia manalah kita dapat meniliknya.

    dulu masa zaman student aku selalu akan dengki dengan markah exam kawan-kawan aku. aku akan dengki jika markah mereka lebih dari aku. tapi aku tak pernah nak bergaduh sebab markah mereka labih tinggi. apa yang aku buat ialah jika mereka study 2 jam, maka aku akan study 4 jam. jika mereka study 4 jam aku akan pastikan aku akan study lebih dari itu. terima kasih dengan perasaan dengki yang wujud pada aku ketika itu. kerana dengan perasaan dengki itu maka aku berjaya meningkatkan markah-markah exam aku tanpa perlu bergaduh atau tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan aku.


    perasaan dengki tak semestinya mendatangkan perkara negatif. ia boleh juga ditukarkan menjadi sesuatu yang positif. pokok pangkalnya adalah hati. kalau hati dah busuk, maka....busuklah tindakan yang akan diambil.





    Tuesday, April 1, 2014

    aku.... maafkan kamu



    maaf.

    maaf pada pemahaman aku adalah kata yang diungkapkan kepada seseorang apabila menyesali perbuatan atau kata-kata yang telah menyakiti  seseorang itu samada secara sengaja atau tidak. samada ikhlas meminta maaf atau sekadar kata maaf yang kosong hanya diketahui oleh si empunya diri.

    memaafkan seseorang juga adalah sangat sukar bagi aku. terutama jika seseorang itu telah menyakiti hingga ke fasa yang sangat dalam. kadang-kadang timbul juga persoalan adakah ikhlas memaafkan seseorang itu atau sekadar mengambil hati.




    untuk cuba memaafkan seseorang, aku perlu bersihkan hati. bersihkan minda. memikirkan hanya perkara-perkara yang positif. ia nampak mudah tetapi sangat sukar untuk dilakukan. memerlukan mental yang kuat. kunci utama yang perlu aku lakukan adalah muhasabah diri terlebih dahulu. memikirkan kelemahan dan kelebihan diri sendiri. meletakkan diri aku ditempat yang paling rendah.seterusnya memaksa diri untuk sabar. sabar dan sabar dan memohon kepadaNya untuk memberikan aku kesabaran yang banyak. kadang-kadang aku berjaya. namun kadang-kadang aku tewas juga. tewasnya aku kerana membiarkan emosi mengambil alih akal fikiran. apabila tersedar, segera kembalikan akal untuk membuat penilaian semula.


    hasil yang aku dapat daripada pembersihan hati, pembersihan minda dan muhasabah diri ini adalah, fikiran dan jiwa lebih tenang. perasaan benci menjadi semakin mengecil dan seterusnya aku mampu memaafkan semua orang yang telah menyakiti hati aku. perasaan benci hanya mengecil tetapi ia tidak hilang keseluruhannya. kerana masih ada perkara-perkara yang aku perlu untuk dibenci. benci kepada rasuah, benci kepada fitnah, benci kepada penipuan dan lain-lain hal yang semestinya harus dibenci.

    boleh dikatakan aku hari ini telah menjadi lebih baik dari diri aku yang semalam, yang minggu lepas, bulan lepas dan tahun-tahun yang sudah. dan aku akan terus cuba dan mencuba untuk menjadi lebih baik lagi di masa-masa hadapan. semoga aku akan terus melangkah di jalan yang aku pilih ini dan tidak berpatah balik.





    Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
    Related Posts with Thumbnails