Tuesday, August 9, 2011

duduk sambil shopping jom

dah lama tak update stok kat Arissa's Choice. Jom layan apa yang terkini....

BABY DOVE GOWN + HEADBAND : RM 30


 HOT ITEM! SUDAH RESTOK 3 KALI. BABY ROMPER GIFT SET: RM 38 SAHAJA.
SANGAT JIMAT KALAU BELI SET NI. SEBAB HARGA SEHELAI ROMPER = RM 10.
HARGA SEPASANG STOKING = RM 3
TOTAL 4 ROMPER DAN 6 PASANG STOKING = RM 58.
SET NI HANYA RM 38. JIMAT RM 20


TSHIRT YANG SANGAT FUN. TSHIRT NI ADA HOODED. MULUT MONKEY YANG ADA ZIP. BOLEH BUKA UNTUK JELIRKAN LIDAH MONKEY. RM 32.


HOT ITEM JUGAK! KAMI SUDAH RESTOCK YANG INI. TOTSEAT IALAH SARUNG KERUSI BABY MUDAH ALIH. BOLEH BAWAK KE MANA-MANA SEBAB DIDATANGKAN DENGAN BEG KECIK. BOLEH MASUK HENBEG YANG BERSAIZ SEDERHANA. RM 46.

GAUN SANTAI UNTUK BABY 6 - 12 BULAN. RM 20 SAHAJA.

KID'S BATH ROBE UNTUK KANAK-KANAK. PEGI SWIMMING POOL BOLEH TERUS PAKAI. NAK MANDI BUKAK JE JUBAH MANDI. TAK PAYAH SUSAH-SUSAH NAK TUKAR BAJU.
RM 35

HOT ITEM LAGIK! KAMI SUDAH RESTOCK INI JUGA! WINNIE THE POOH HIGH MEASUREMENT RULLER. UKUR KETINGGIAN ANAK ANDA DAN SELITKAN PHOTO SETIAP KALI TINGGI BERTAMBAH. RM 28.

ADA MACAM-MACAM LAGIK KAT ARISSA'S CHOICE. BOLEH KLIK SINI UNTUK TENGOK. DI ARISSA'S CHOICE KAMI MENAWARKAN DISKAUN YANG JARANG ANDA AKAN DAPAT DIKEDAI-KEDAI ONLINE LAIN. SELAIN DARIPADA ITU, ADA FREE GIFT JUGA (SELAGI STOK MASIH ADA). UNTUK RAYA NI AKAN ADA BAJU RAYA YANG CANTIK DAN MENARIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA JUGA ANAK-ANAK SEDARA ANDA ^_^.
TUNGGU SAJA KAMI UPDATE OK.

kalau lah aku tak bangun...

kalau lah aku tak bangun...mesti tak jadi macam ni. tsk tsk tsk T_T.

malam tadi kan, macam biasa la...uruskan bisnes online sambil melayan arissa yang memang tengah lasak. sesuai la dengan umur dia skang untuk lasak.  encik capo dah tetido keletihan seawal pukul 9 malam. huhuhu. sekejap aku kat pc sekejap datang kat arissa. kat rumah aku malas nak on netbook. on pc desktop. besar sket monitor. puas nak nengok. arissa pulak memang tak suka kalau letak dia dalam walker. kompem melalak kalau letak dalam walker. yang dia suka samada dukung dia 24 jam atau pun biar dia merangkak, memanjat sesuka hati. huhuhu.

semuanya berjalan dengan lancar. masa nak tukarkan pampers, sekali arissa teberak da.... masa nak cebokkan arissa terperasan ada orang nak buat tempahan kat facebook. aku setelkan arissa dulu. ape2 hal, arissa nombor 1. lepas tu baru Arissa's Choice. ^_^. lepas pakaikan arissa pampers, dia pun terbaring atas tilam sebelah ayah dia. aku pun bangun la nak pegi kat meja komputer yang jaraknya hanya 3 langkah dari tilam tempat arissa baring sambil tengok tv.

tup tup bila aku sampai kat pc tak sampai 3 saat, aku berpaling tengok-tengok arissa dah bukan atas tilam. dia dengan pantasnya dah sampai kat kabinet tv. time jugak terus dia....tsk tsk tsk...T_T. arissa jatuh. aku tak sempat nak buat ape. cepat-cepat aku amik dia dan dukung. masa tu memang dah menangis-nangis. aku peluk sambil gosok-gosok belakang arissa. sekali aku tengok bawah hidung dia ada darah. waaaaaaaaaa........aku cemas sangat tengok darah tu.

nampak tak darah yang dah kering bawah hidung arissa tu?

kesiannya anak aku. jatuh sampai berdarah. aku peluk lagi kuat dan pujuk-pujuk sambil baca selawat banyak-banyak kali untuk  membantu kurangkan sakit arissa. arissa menangis dan menangis. aku pun tak sampai hati tengok budak sekecik arissa tu sakit n berdarah plak tu. aku nak lap darah arissa tak bagi. dapat lap darah sket-sket pelahan-lahan. lukanya antara bawah hidung dan bibir atas. arissa menangis dan menangis. aku pun berdoa supaya semua sakit arissa tu dipindahkan kat aku. biar aku yang tanggung. sian dia kecik lagi. sambil berdoa macam tu aku baca selawat. lama-lama arissa pun diam dan tak nangis lagi. aku pun cepat-cepat minta maaf kat arissa sebab bangun tinggalkan dia walaupun hanya 3 langkah. tsk tsk tsk...sedih tau tengok arissa luka dan berdarah. T_T.

baru lepas nangis. bagi layan video clip gummy bear terus suke ^_^

lepas tu bagi arissa susu dan terus layan arissa je. encik capo yang dah terjaga sebab dengar arissa menangis, terus bagi arissa ipad bukak youtube layan  video clip peberet dia gummy bear song dan clip video hokey pokey dari baby tv. suka betul dia kalau dapat tengok video klip lagu-lagu tu.

kocik-kocik dah dapat pegang ipad.
arissa...jangan jatuh lagi okay. mak kepit ko ke hulu hilir nanti. tak pun lebih baik biar dia menangis dalam walker daripada biar dia merayap dan memanjat sesuka hati sampai jatuh lagi.

asalkan arissa happy, aku cukup senang hati.

Monday, August 8, 2011

meeting yang tak berkesudahan

petang jumaat lepas, aku ada meeting. ingat tak aku ada buat entri mengamuk lepas meeting bulan lepas? kalau tak ingat, takpe...sebab citer dengan yang meeting jumaat lepas sama je. aku tak paham la dengan diorang ni. setiap kali datang meeting, setiap kali tu la orangnya lain-lain. bila orang yang datang meeting tu lain-lain, macam-macam la masalah yang timbul. aku malas nak buat entri maki hamun carut carut bulan pose ni. so aku buat entri senada je la ye.

macam dalam entri lepas aku ada kate, dorang semua ni tak berbincang sesama sendiri dulu ke bila buat keputusan nak buat sistem ni? meeting ni orang ni cakap macam ni. meeting lepas tu orang lain yang datang cakap macam ni pulak. meeting lagi satu orang lain lagi yang datang, dah lain pulak ceritenye. bosan la aku macam ni. ubah-ubah sistem macam aku takde keje lain. aku ada banyak sistem nak handle dan memang tak terkejar dek aku. aku malas nak mengutuk orang tapi aku nak cakap jugak macam bengong je dorang ni. dalam meeting berbalah-balah sesama sendiri. langsung tak tau respek kat orang lain. nasib baik bos aku ada sekali masa meeting tu. so aku tak perlu nak bercakap dengan orang yang tak berakal lagi.

meeting yang patut habis awal langsung abis lewat. aku sepatutnya balik pukul 4.30 petang. dan pukul  5 petang aku ada appointment lain yang lagi penting dari layan dorang dalam meeting tu. pukul 4.50 meeting tak abis lagi. so aku minta izin bos kuar masa tu jugak sebab ada appointment. disebabkan aku keluar lambat, maka aku sampai lambat di tempat appointment. jadi..setat pun lambat. bila setat pun lambat, abis pun lambat la. pukul 7 malam baru abis. terkejar-kejar aku nak balik jemput encik capo dan arissa kat rumah untuk berbuka kat rumah kakngah. nasib baik sempat sampai beberapa minit sebelum berbuka. fuhhh...

hmmm...jumpa orang macam ni, membuatkan aku rasa malas nak keje IT lagi. tujuan aku belajar IT dulu sebab aku nak keje dengan komputer je tanpa perlu jumpa user. tetiba...rerupenye keje IT pun kena jumpa user dan jumpa dan jumpa dan jumpa. huh!

Wednesday, August 3, 2011

selamat 7 bulan

semalam 2 hb Ogos 2011, Arissa genap 7 bulan ^_^. apa pencapaian arissa skang? Arissa sibuk berlatih berdiri sambil lepas tangan. tejatuh memang banyak kali. jatuh yang tak terhantuk, jatuh terhantuk, macam-macam style ado. pantang aku pandang tempat lain, atau buat keje lain, tau-tau dah melalak ajo. maknenye dah tegolek jatuh la tu. huhuuh. selain daripada tu berjalan memang dah pandai. memang dia dah laju melangkah. tapi kena pegang tangan dia dua-dua la. bejalan sendiri-sendiri tak pandai lagi.

selain daripada tu dah pandai takut. langsung tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang. nak ke dapo kejap ke, nak g bilik air ke. dia tengok aku atau encik capo takde aje, mula la melalak. melalak pastu menjerit skali. hadoi. mana kau blaja ni Arissa oi. bercakap bahasa yang aku paham dia tak tau lagi. pandai cakap bahasa dia je. pastu kalau buat susu pastu tunjuk je botol tu kat dia tapi tak bagi, kompem melalak lagi. melalak dan menangis tak sama ye. aku guna pekataan melalak sebab memang dia melalak kuat-kuat + menjerit teran suara lagi. hmmmm...budak kecik ni memang comel. ^_^

semua orang tak sama

pagi ni aku sakit perut sangat. tapi bukan sakit perut nak ke jamban ye. memang sakit rasa macam ditarik-tarik je isi perut aku ni. walapun sakit dan jalan lambat-lambat macam aiman (iklan yang selalu keluar kat radio beberapa tahun dulu), aku gigihkan juga pegi keje. padahal dah terseksa rasa nak membaringkan diri lalu menyapu minyak cap kapak je nih. rasa dah berpeluh-peluh kat dalam menahan sakit. bukan apo, kang aku amik mc kang jadi isu. skang ni sakit tak terdaya pun aku cuba jugak datang dan menyeksa diri sendiri. macam aku cakap tadi, jadi isu la sangat kat sini. sebab aku dah kena u all. susah jugak kalau ada orang yang tak reti nak faham yang badan semua orang tak sama.

kat A mungkin walaupun dia demam/pening/sakit perut dan sebagainya,  dia larat lagi nak bangun wat keje dan sebagainya. kat B mungkin tak boleh bangun langsung. kata kunci memang sama. demam. atau sakit perut. atau pening kepala. atau sakit-sakit lain yang mungkin kat sesetengah orang nampak macam sakit yang sempoi. tapi kat orang yang badan dia akan kena impact yang teruk kalau kena sakit-sakit sempoi tu macam mana? cuba la letak diri tu kat tempat orang yang macam B nih. tak pun, cuba la faham jugak. susah kalau asik rasa diri sendiri je yang betul. la la la la la. samalah macam berfikir. kalau tunjukkan 1 gambar yang takde dialog dan suruh rekakan dialog. mesti dapat macam-macan dialog bila ditanya kat 2,3 orang. sebab cara berfikir setiap orang tak sama. sama jugak macam cap jari. semua orang punya cap jari tak sama. bahasa dalam dunia ni pun tak sama jugak. jenis darah, gen, citarasa semua tak sama. ini kan pulak la kalau sakit. lalalalalala lagik.


okeh la. nak menyambung sakit perut...
maaaaaak....sakit perut.....T_T
arissaaaaaaaaaa....mak sakit perut T_T

Tuesday, August 2, 2011

citer pasal sahur

dah 2 hari puasa. maknanya sudah 2 hari la aku dengan gigihnya bangun sediakan makanan untuk sahur. sebenarnya aku bukan seorang yang bangun sahur ok. masa arwah abah aku ada dulu memang aku kena bangun sahur. kalau tak, kena marah. kalau liat nak bangun, terus kena siram segayung air kat muka. terus segar bugar sebab dah lencun. ahak ahak ahak. lepas arwah abah dah meninggal memang aku jadi hantu. hantu tak nak bangun sahur. tak tau la kenapa memang aku liat sangat nak bangun. walaupun mak aku dah kejut banyak kali, aku masih tak berdaya nak bukakan mata. kadang-kadang tu rasa macam dah bangun dan sampai kat dapo, tapi tiba-tiba bila mak panggil-panggil nama, rupa-rupanya aku masih di atas katil lagi. sempat mimpi bangun sahur. huhuhu. walaupun aku tak bangun sahur, tapi aku mampu bertahan berpuasa okeh.

stat tahun ni 1st time dalam sejarah hidup aku sediakan makanan untuk sahur. yo lah, kalau aku sorang je memang kompem aku tak bangun. tapi laki den nak makan sahur. so..dah set alarm pukul 4 pagi untuk sebulan nih. tapi bangunnya dalam pukul 4.30 pagi la. pukul 4.00 tu nak bagi sedar je. pukul 4.15 nak bagi segar. pukul 4.30 pagi baru mata leh tebukak. huhuhuu. kalau masa berbuka tu ada lebih lauk, aku panaskan ajo. kalau tak, memang aku masak la pagi-pagi buta tu. dah siap hidang baru la aku kejut encik capo dan arissa.  lepas sahur, kalau tak sempat iron baju malam tu, aku iron la pagi tu. kalau tak, duduk kejap pastu terus sambung Zzzzzzzzzzzz.

tapi risau jugak kalau terlajak terbangun lewat. maklumla, bulan pose ni aku dah tukar waktu kerja. skang masuk pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang. pukul 6.45 pagi dah keluar rumah anta arissa. balik keje, jemput arissa pastu terus masak. satu perubahan mendadak betul. dulu aku balik keje bulan pose terus terbongkang dalam bilik. pastu nanti kena kejut kat mak aku dah nak berbuka. ni masa bujang-bujang dulu okey. skang dah kawin lain. otomatik kena tukar schedule. huhuhuhu.

pukul 4.30 pagi tadi, dalam keadaan mamai, aku telah ke dapo untuk memanaskan nasi dan lauk. disebabkan mamai, aku telah tersiram jari manisku sendiri dengan air panas yang tengah mendidih yang baru ajo masak. T_T. sangat sakit okeh. tak pasal-pasa jari ku ada gelembung udara dan lebam skang kesan kena air panas. tsk. tsk. tsk. sahur untuk esok...kena kasi mata segar bugar dulu baru ke dapo.

macam mana nak abiskan entri ni?

tamat. ^_^. kui kui kui.

Monday, August 1, 2011

aku boleh tersenyum kini

ngeh ngeh ngeh. aku kan...aku kan....sejak mengandungkan arissa, berat badan memang bertambah-tambah. 3 kali ganda berat aku yang asal. lepas bersalin, turun seganda. lepas tu tak turun-turun dah. so maknanya ada 2 kali ganda yang tinggal. sejak akhir-akhir ni berat aku turun sikit demi sikit. berdebar-debar betul nak timbang. tapi bila tengok keputusannya...memang aku tersenyum. yes! yes! ni berat sebelum pose tau. walaupun tak banyak, at least turun. kalo tak asal timbang je samada berat aku tak berubah,  tak pun naik. benci ;-(.

yelah, sejak badan kembang ni asik kena perli-perli je kat opis. sentap hati aku tau. tapi cuba buat donno je padahal hati memang kecik sangat-sangat. kadang-kadang bergenang jugak air mata. aku tau badan aku dah kembang, tak payah nak perli-perli. kompem la aku ni baru lepas pregant. memang la badan kembang susah nak turun. tak tau agaknye dulu badan macam kareena kapoor. huhuhuu. so kareena kapoor...i'm coming to u....ahak ahak ahak. aku suke berangan.

aku suke ^_^. tq kepada encik capo dan 'tut tut tut'. ngeh ngeh ngeh. diharapkan gabungan 'tut tut tut' dan aku berpuasa, aku dapat turun kan 10 kg raya nanti.

apa itu 'tut tut tut'? aku dah turun 10 kg nanti aku bagitau. lalalalala...

ape ye tajuk entri ni...

sibuk betul aku sejak 2 menjak ni. dengan keje opis, dengan bisnes, dengan macam-macam lagi. takde masa nak update blog. (perasan tak, asalkan aku lambat update je intro mesti sama. hahahha). tapi memang betul u oll, aku sangat bizi. weekend langsung tak lekat kat rumah. konon-konon nak rehat tapi lepas tu kompem keluar. tapi biasanya atas urusan kedai online Arissa's Choice la. samada beli barang untuk restok barang yang dah abis dan beli barang baru, tak pun buat penghantaran kepada pelanggan sekitar seremban. Alhamdullillah, bisnes nampaknya makin cerah.

tapi yang paling laju ialah tudung dan kerongsang. memang kalau yang masuk blog Arissa's Choice takkan nampak entri untuk kerongsang. tudung pun tak hupdate-hupdate. tapi sebenarnya banyak tudung macam-macam design. aku yang malas nak pakaikan kat patung dan amik gambar. nak suh aku jadi model macam kak jemah, memang takkan ado la. malas nak pakai, bukak, pakai bukak. i tak rajin u oll. so tudung dan kerongsang dijual dari opis ke opis. tapi...bukan opis aku la. kakak-kakak aku yang tolong jualkan kat opis dorang. memang laju je dan ada permintaan lagi. tu yang weekend tak lekat kat rumah tu.

kenapa tak jual kat opis sendiri? hahahaha. kalau korang yang tak tau, aku ni berat mulut. dalam mulut ada emas. tambahan, aku adalah seorang yang pendiam tak tak ramah pengguna. sebab tu aku tak ramai kawan u oll. aku memang tak reti nak beborak dan bersosial. suruh la aku berubah macam mana pun. aku tetap aku. dari azali lagi macam nih. so, sebab tu memang takkan ado den nak berbisnes kat opis. buang tebiat kalau aku tetiba buat pengumuman kat tengah-tengah opis sambil melaungkan 'tudung! tudung!' 'kerongsang! kerongsang!' 'holabebe! holabebe!'. huhuhuu. runtuh bangunan opis ni kalau tetiba aku wat macam tu. kui kui kui.

so korang, rajin-rajin la masuk blog Arissa's Choice ye. sebenarnya banyak sangat stok barang baru yang tak update-update dalam  blog. nak update tapi kadang-kadang dah balik rumah, badan terlampau letih, tak larat nak buat apa. tau nak tido aje sambil mengharapkan arissa tido awal. tapi jarang sekali arissa tido awal. tsk tsk tsk T_T. aku kalau ke hulu hilir aku mesti nak bawak arissa. tak kiro la dia lasak ke atau meragam. kalau arissa takde, tak lengkap la hidup aku untuk hari tu. bosan dan sunyi. walaupun dia meragam dan lasak, tak pernah lagi terlintas dalam fikiran dan hati dia menyusahkan aku. malah aku rasa susah  kalau dia takde *_*. kecuali kalau g tengok wayang atau karoke memang terpaksa tinggal la sebab kompem tak boleh bawak arissa. tapi dah ada arissa ni aktiviti2 tersebut sangat la jarang berlaku ^_-.

macam-macam barang ada kat Arissa's Choice. nanti aku update di sini ye.
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails