Tuesday, August 30, 2011

pesanan untuk family ku

di pagi raya yang mulia ini, ingin aku ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 

kepada keluarga ku yang tersayang yang berada di Kuala Pilah.

Dengan pesanan: "jangan abiskan rendang daging dan kuah kacang mak yang sedap itu. aku nak jugak". huhuhuhu

Monday, August 29, 2011

kad raya dari wildcutecat n family

fuhhh...akhirnya siap jugak 2 kad raya untuk tahun ni.



dan

adik beradik n anak-anak buah ^_^

Friday, August 26, 2011

bersalaman itu mesti namun kemaafan belum tentu lagi

hari ni hari last keje untuk kebanyakan orang kan. semua dah nak balik kampung menyambut hari raya. tapi aku isnin keje lagi. hihihi. so aku belum terasa mood raya lagi *_*. kat opis tadi pun dekat-dekat 4.30 petang dah meriah orang bersalam-salaman.

so, aku pun join la bersalamaman sekali. tapi kan....aku kan...aku segan tau dan tak reti kalau orang salam pastu peluk kiri kanan tu. hihihii. tapi aku buat jugak la sebab nampak mesra gitu kan.

tapi kannnnn............ada la yang aku hanya salam. salam je. tak de peluk kiri kanan tu.

sebabnya....kan....biar masa berlalu...segalanya masih segar dalam ingatan. aku belum bole lupa lagi. so cukup hanya di situ.


sekian entri salam-salam dari aku *_*

* nak update sket. berat dah turun 1 kg lagi. yeay....^_^ total berat turun = 7 kg ^_^

kehilangan yang takkan di cari

sejak akhir-akhir ni aku ada kehilangan sesuatu. suatu kehilangan yang takkan aku cari lagi dimana hilangnya. biarkan ia hilang. selama-lamanya....

yup. aku takkan menyesal kehilangan ia. malah rasa gembira ia hilang. jangan datang lagi...sesungguhnya aku tak mahu melihatnya lagi. cukup la...segala ejekan dan perlian orang-orang berhati busuk hilang bersama ia. walaupun masih ada sisa-sisa lagi...aku harap ia juga akan turut hilang.

suatu kehilangan yang takkan ku cari gantinya.............

*_*.................^_-.

ngeh ngeh ngeh. cukup la aku bermadah. dah lama tak bermadah begini. rasa geli geleman pulak. huhuhuhu.
aku sebenarnya nak update yang aku dah hilang 6 kg lemak di badan aku dalam masa tak sampai sebulan. yup...serius aku kate..tak sampai SEBULAN.
kat rumah aku ada mini gym yang aku dan encik capo sediakan. sikit-sikit beli barang. ada treadmill dan lain-lain aku tak tahu namanya. wahahaha. mahal tau beli peralatan gym. ribu riban beli dengan azam hari-hari nak senaman hilangkan lemak-lemak yang taknak hilang lepas bersalin dulu. kalau aku memang semulajadi gemuk dari kecik mungkin aku tak kisah sangat. tapi aku kurus dulu. berat aku dalam 45 kg - 48 kg ajo. beli baju mesti size S. kalau ada yang lagi kecik memang lagi kecik la baju yang aku beli. lalalalala....

konon ada gym kat rumah rajin la aku bersenam dan berlari atas treadmill. tapi hampeh je. hahaha. aku hangat-hangat tahi ayam. mula-mula je rajin. ada la 2 hari aku buat. lepas tu dah jadi sarang labah-labah semua peralatan gym aku. la la la la la....

bila kak jemah buat entri pasal dia buat treatment kat Marie France Bodyline, aku sikit pun takde tergerak nak cuba. ish tak nak la aku. mesti mahal ribu-ribu. pastu aku dapat panggilan untuk free treatment kat London Weight Management. tapi tak buat pun. sebabnya...korang klik sini kalau nak baca ye. 


rupa-rupanya dalam senyap-senyap encik capo ada tweet dengan itu kak jemah pasal MarieFrance ini. lepas aku g LWM tu, baru encik capo bagitau aku. esoknya terus pegi MF kat seremban. tanya harga pakej, apa die buat dan macam-macam lagi. akhirnya en capo setuju dengan consultant kat MF tu terus je bayar harga pakej. so...bermula la kehidupan aku mengikut jadual treatment di MF tersebut. oh ya...aku tak amik pakej mahal tau. amik pakej yang harga lebih kurang RM 1K.

seminggu aku pegi treatment 2 kali. lepas keje je aku terus pegi. bulan puasa pun aku pegi treatment jugak. nak kurus sket gak masa raya ni. la la la la la. setiap kali lepas treatment aku akan hilang 1kg - 2kg. sehingga skang total berat yang hilang ialah 6 kg. berkesan jugak MF ni. aku risau jugak kalau tak turun berat walaupun dah pegi treatment. tapi serius...memang turun. tapi kan...dah 2 minggu aku tak pegi treatment sebab kebizian. selain tu aku juga ada penasihat makanan. dia akan suggest aku makanan-makanan yang perlu di ambil dan jugak di elakkan. tapi bab ni aku memang payah sket. tapi ada jugak la yang aku ikut. huhuhuhu. 

aku cakap hari tu...berat dah turun 10 kg baru aku bagitau kan. tapi sebab dah nak cuti raya...aku bagitau la jugak skang. ada 4 kg lagi aku nak hilangkan sebelum raya. tapi macam tak sempat. mungkin boleh hilang 2 kg lagi lepas pegi treatment petang ni. ^_^. tapi disebabkan nak raya...risau pulak la aku kalau aku terlebih melantak nasi impit dan rendang nanti. hihihi. apa pun aku akan cuba kawal.

10 kg ialah target sebelum raya. 8 atau 7 kg lagi selepas raya. so korang bole kira sendiri berat aku yang sekarang. huhhuhu. 

seronok sangat berat dah turun. baju yang tak muat dah jadi muat. baju yang dulunya muat-muat dah jadi longgar ^_-.


ok la...aku pun dah bocorkan rahsia berat aku turun 6 kg dalam masa tak sampai sebulan ni. 

sekian entri kehilangan aku....




Thursday, August 25, 2011

aku bertuah rupanya

pagi ni ada perhimpunan di opis anjuran unit di mana aku bekerja. setiap bulan memang ada perhimpunan cuma kali ni giliran unit aku jadi tuan rumah. disebabkan tak lama lagi nak merdeka, tema perhimpunan ialah pasal kemerdekaan. ingat lagi tak entri aku pasal kain yang aku tak nak beli tapi kena beli jugak sebab nak seragam bulan lepas? so kain tu dah jadi baju. dan baju tu kena pakai hari ni. masa tu aku salah sorang yang tak nak beli sebab aku cakap mahal. tapi memang mahal pun (bagi aku). kain dah dapat, aku terus je bayar selang beberapa hari. aku takde cakap aku takde duit nak bayar masa ditanya kenapa tak setuju dengan kain tu. aku cuma cakap mahal.

ini la kain tersebut yang dah jadi baju. (walaupun dah turun 6 kg skang, muka tetap tembam lagi.hmmm)
masa perhimpunan ni ada cabutan bertuah. aku kalau bab cabutan bertuah aku selalu down sket. sebab dah banyak kali, 1 pun tak pernah menang. so aku takde la mengharap tapi ada la jugak sket-sket. kih kih kih. dalam pada aku cuba buat tak tahu masa nombor bertuah dipanggil, tetiba terdengar nombor 148 disebut. terus terkejut macam kena kejutan lektrik. dah la aku duk sensorang, takde sape aku nak suh kompemkan betul tak nombor tu yang tertulis kat kad yang aku dapat mase register.

lepas tengok 2,3 kali baru aku turun. masa tu gak rasa nak senyum sampai ke telinga. hihihi. bertuah juga aku. akhirnya berjaya jugak aku dapat cabutan bertuah. ni semua reezki arissa my baby la ni. ^_^.

yea...dapat cabutan bertuah.

148 adalah nombor aku manakala 202 ialah nombor encik capo. ada 25 cabutan bertuah dan aku adalah orang yang ke 20. ^_-. mari kite tengok ada apa dalam bungkusan itu.


yeay...dapat pen drive 4G. Alhamdulillah syukur aku bertuah kali ni ^_^.

selain segmen cabutan bertuah, segmen yang paling aku suka sangat ialah masa menyanyi lagu merdeka yang

'tanggal...31 bulan 8 57...merdeka merdeka tetap la merdeka....'

seronok je nyanyi sambil kibar-kibar bendera. lepas tu perhimpunan pun abis. kena beratur untuk terima door gift lak. sementara tu aku bergambar dengan idola aku dari dulu, kini dan selamanya.....jom tengok sape:


inilah dia Tun Mahathir...suka sangat dengan beliau. sangat cerdik dan bijaksana dalam menguruskan negara. kan bagus kalau beliau masih jadi PM ^_-.


sekian entri bertuah untuk kali ni. ^_^.

Bole pulak macam ni

Skang ialah pukul 4.35 pagi. Tengah tunggu nasi masak dan nak kejut encik capo dan anak buah aku sahur. Sementara tu aku nak buat luahan perasaan sket kat seorang customer arissa's choice.

Semalam dia call minta nak tukar size brg yang die beli. Dan aku tak bagi. Serius aku tak bagi sebab aku malas nak layan peel die. Aku flash back balik ye. Dia order baju size dot dot bulan. Ok la, aku dh noted. Pas buat order die senyap tak buat payment. Esoknya atau lusanya, aku remind. Bukan apa, sebab aku dah reserved okan brg tu untuk die. Bila dia senyap je aku kena la tanye jadi beli ke tak supaya aku boleh availablekan balik barang tu untuk orang lain yang betul2 nak beli. Then die jawab bersungguh-sungguh nak bei dan minta booked dan kata akan buat payment hari tu. Au reservedkan la jugak. Sementara aku reservedkan utk die ada la 2,3 org berminat nak beli design yang aku dah bookedkan utk die. Tapi tak bole jual la kan sbb dh rserved.

Lepas tu customer ni senyap beberapa hari. Aku pun malas nak remind lagi dan availablekan brg tersebut. Lepas 3, 4 hari dia mesej balik. Cakap macam-macam alasan. Pastu kata nak tukar lain pulak. Kejap nak yang tu kejap nak yang ni. Lepas tu senyap balii beberapa hari tak buat payment. Kata kejap lagi. Pastu malam pulak. Lepas esok pulak. Pastu macam-macam lagi. Aku bukan nak paksa orang beli tau. Tapi cuba serius sket. Sebab bila dia main-main, orang lain yang serius nak beli tak dapat nak beli sebab dah reserved utk die. De tuka design lain size
yang lebih kecik.

Lepas asik main-main kate dh bayar, akhirnya bayar jugak. Itu pun hari last pejabat pos terima poslaju. Dah la pagi sabtu tu kiteorang nak keluar. Nasib baik time sahur tu aku cek mesej dan ada mesej dia pukul 3,4 pagi bagitau dah bayar. Time sahur tu la packing segala bagai padahal dah bagitau buat bayaran sebelum tengah malam hari sebelum tu. Tapi takpe la...sebab sempat lagi pos. Lepas 2 hr bekerja buat kecoh pulak kat wall bagitau barang tak dapat lagi dan cakap kiteorang cakap blh sampai hari die tanye tu. Memang la aku jawab brg amik masa 1-2 hari untuk sampai. Sbb pos laju cakap macam tu. Orang kedai online lain pun kompem akan jawab benda yang sama. Kalau pos laju tu yang lambat hantar, salah aku ke? Aku dah pos ikut hari yang aku dah bagitau. Lambat sampai, bukan salah aku lagi. Tapi walaumacam mana pun aku memang selalu pantau barang yang aku dah pos sampai ke destinasi. Aku dah bagi tracking nombor, then cek la jugak.

Esoknya brg dah sampai die call minta tukar sbb tak muat. Lepas dah call, die tulis kat wall pulakk benda yang sama die cakap mase call. Kalau nak tulis kat situ buat ape call? Aku tetap tak bagi tukar sebab bukan salah aku. Dia yang dah order size besar pastu asik tukar-tukar dan minta size kecik pulak. So salah aku ke? Tak cukup kat situ dia sms pulak benda yang sama. Kesian memang kesian ok. Tapi terpaksa la tegas dan keraskan hati jugak. Kalau 10 customer macam ni, tak ke pening kepala aku? Lupe nak cakap, masa buat payment dah la bayar tak cukup. Pastu suka suki mintaak halalkan baki payment yang tak cukup tu. Dan lagi satu aku bagi free gift tau dalam bungkusan. Buat payment lambat, pastu memain, bayar tak cukup, still aku bagi free gift pastu langsung takde ucapan terima kasih.

Lepas beberapa sms panjang lebar die hantar, aku tetap dengan jawapan tak bole tukar. Aku malas nak layan lagi. Sok aku bagi tukar, tetiba die tak berkenan lak yang baru tukar tu. Pastu sok mintak tukar lagi. Sori la aku terpaksa bertegas. Lagipun bukan salah aku. Dah caka kat sms, dia uWmlang balik tulis kat wall pulak nak buat kecoh. Tak paham aku jenis orang macam ni. Kalau nak call, call je la. Dah sms dah la. Ni call ada, sms ada, wall pun ada. Semua benda yang same. Nk sabotaj arissa's choice kah? Whatever la. Sebab yang tu memang salah dia dan bukan salah aku. So aku tak pedulik kalau dia nak buat kecoh kat situ.

Sekian luahan hati yang geram *_*

Wednesday, August 24, 2011

Booth Arissa's Choice


Semalam sehingga esok (25/8), booth Arissa;s Choice akan dibuka di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri, Seremban. Bermula pukul 9 pagi hingga 3.30 petang. jemput la datang ye ^_^.  Semalam aku cuti dan jaga booth bersama anak buah aku dan adik encik capo. so hari ni aku tak jaga booth, keje seperti biasa. sebab semalam dah ajar dan turunkan ilmu kat dorang. sesiapa nak datang ke booth Arissa's Choice, boleh berbuat demikian sehingga esok. kami tak letak banner Arissa's Choice kat kedai tu. langsung takde nama. kalau nak pergi, cari booth nombor 17 ye. tak pun, korang cam kan aje barang-barang yang Arissa's Choice jual sebab kat booth lain takde jual ^_^.

Monday, August 22, 2011

disebabkan itu...

hari ni hari isnin. hari ini aku mc. sebab aku tak sihat. demam dan kepala berpusing-pusing langsung tak boleh nak angkat kepala. dapat gerakkan tangan kejut encik capo pegi keje aje. walaupun mungkin ada yang takkan percaya aku betul-betul tak sihat, lantak lah.


semuanya mungkin terjadi sebab semalam....

untuk pengetahuan, sejak beberapa minggu ni aku memang takde rehat yang cukup. weekend memang tak rehat kat rumah. balik mesti dah malam. patu penat sangat. tapi penat macam mana pun tak boleh nak tido selagi arissa tak tido. tapi kadang-kadang sebab terlampau penat terlelap jugak. so, encik capo kena la tengok-tengokkan arissa yang tak mau tido sebab aku dah surrender dulu. *_*.

semalam ingatkan boleh rehat di hari ahad. sekali kakngah call ada masalah dengan baju raya yang aku tempah. nak kena pegi rumah tukang jahit tu hari ni jugak. mestila aku nak baju raya aku dan arissa siap. kakngah datang rumah aku dan mimi. pastu kami (aku, kakngah, mimi, arissa) pun terus pegi rumah tukang jahit tu. encik capo tak ikut. semalam panas adalah tersangat terik. lepas setel, aku singgah di pacific sebab nak beli susu arissa yang dah abis.

lepas dah  balik rumah, badan tersangat penat. nak tido tak boleh selagi arissa tak tido. lepas arissa tido, aku pun lelap sekali dalam pukul 3 petang gitu. petang ni abang aku nak datang rumah sebab wife dia nak beli tudung. skang ni nak beli tudung takyah g kedai lain. beli kat arissa's choice je. tapi takde kedai la. datang kat rumah aje. dalam pukul 5 petang tu aku kompemkan dengan abg aku nak datang pukul berapa dan nak berbuka kat rumah aku kah? disebab kan itu, terus buat majlis berbuka puasa kat rumah aku. last minit punya decision. bayangkan da;am tempoh 2 jam nak siapkan makanan dengan tenaga yang tinggal sekerat je ni, memang tak laray. encik capo cadangkan buat pot luck. semua jemputan bawak makanan dan rumah kami pun sediakan makanan jugak. agak kelam kelibut mengemas rumah, dan siapkan persiapan.

dah pukul 6 lebih tu tetamu pun sampai. ramai tau. ada 28 orang termasuk arissa ^_-. semua ni family aku dan encik capo. dan macam biasalah, 3/4 daripada jemputan adalah daripada family aku ^_^.

lepas tetamu balik lebih kurang dekat pukul 12 malam, aku pun iron baju untuk pegi opis esoknya. badan memang dah letih-letih. hidung pun tersumbat tetiba dan badan tetiba panas. arissa pulak dekat pukul 1 pagi baru nak lelap padahal pukul 12 tu aku dah tumbang dah cuma tak dapat nak lelap.

disebabkan semua diatas, aku pun tidak sihat hari ini. dicampur juga aku yang tak cukup rehat sejak akhir-akhir ni. walaupun begitu, sangat seronok berbuka ramai-ramai disamping sempat menjual tudung dan keronsang ^_^. hihihhihi.

aku lupa nak amik gambar tetamu-tetamu yang datang berbuka. sebagai tuan rumah, aku sangat la bizi disamping menjaga arissa yang lasak tak boleh blah skang.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails